BAB 7

102 6 0
                                        

Usai berdoa selepas solat zuhur, Iqa termenung seketika.
Dia hanya melihat permukaan sejadah.
Hatinya terasa sebak.
Sanggup Afiq mainkan perasaannya.
Cinta yang mereka bina terkubur begitu sahaja.
Tiba-tiba wajah Afiq bermain di kotak fikiran.
Teringat dia semasa berjalan bersama-sama Afiq di Pavilion, dia pernah mengajak Afiq untuk singgah melihat cincin pertunangan mereka di Tiffany & Co., namun Afiq menolak. Katanya masih awal lagi untuk membeli cincin pertunangan mereka. Langsung dia tidak mengesyaki Afiq sudah bermain kayu tiga dengannya ketika itu. Dia terlalu percayakan Afiq.

Teringat pula dia pada kata-kata Shikin; "Couple 10 tahun lamanya pun tak semestinya jodoh kita dengan kekasih hati kita. Ada pasangan tu baru kenal seminggu pun dah boleh kahwin tahu. Dah tertulis mereka itu jodoh. Ni semua kerja Allah, kita perlu percaya pada ketentuan Ilahi. Dan kita harus redha dengan apa yang berlaku. Baru hati kita rasa tenang."

'Redha.' Desis Iqa.
Memang betul apa yang dikatakan oleh Shikin.
Aku harus redha dengan apa yang berlaku.
Mungkin Afiq bukan jodoh yang terbaik untuk aku.
"Ya, aku harus redha. Aku harus terima yang Afiq bukan milik aku lagi. Mama dan abah kena tahu hal ni."
Lantas dia mencapai telefonnya yang berada di atas katil dan menghubungi mamanya.

Redha atau Pasrah?Where stories live. Discover now