Malam itu Fakhrul leka melayan filem twilight dikaca televisyennya. Kakinya terjulur diatas meja sambil mengunyah chips potato. Ni tengok filem ala-ala tengok wayang ke ni. Sekejap-sekejap lelaki itu tersenyum sendiri bila part Robert Pattinson beredegan romantis dengan heroinnya, Bella.
" Nah..saya buat jus oren untuk awak". Sapa Humaira sambil meletak segelas jus oren disebelah kaki Fakhrul. Seharian dia berada didalam bilik. Tiada apa yang ingin dia buat. Tekak sudah kering dahaga. Dia singgah ke dapur sebentar.
Lantas pemuda itu menurunkan kakinya. Wajah Humaira dia jeling dengan tajam.
" Movie apa ni? Macam best je." Sambungnya lagi. Dia duduk dihujung sofa. Jauh sedikit dari pemuda itu.
" Boleh tak kalau harini aku tak nak tengok muka kau langsung!? " Dengus Fakhrul. Benci hatinya melihat gadis yang bertudung hitam disebelahnya.
" Mulai malam ni kau buat hal kau. Aku buat hal aku. Lagipun dalam bilik kau aku dah sedia tv. Tengok jelah dalam tu. Tak payah keluar!." Kali ini dia betul-betul marah.
Humaira kecut perut. Berdesing telinganya. Pertama kali dia kena tengking dengan pemuda itu. Pasal tv pun nak naik angin ke. Dia bersoal sendiri.
Fakhrul memandang tepat kearah LCD. Kening dan matanya hampir bertembung. Berkerut didahi tiga inci. Bengang!. Tetiba edegan pelakon Edward dan Bella berpelukkan. Fakhrul malu pula menonton movie itu saat gadis itu masih berada disitu. Humaira masih berlagak biasa.
Dia menekan butang off untuk menutup LCD sekuat hati lalu bingkas bangun menuju ke tingkat atas. Humaira tidak mengendahkan kelakuan lelaki itu. Berlagak betul.
Butang on pada remort dia tekan kembali.
' Cerita romance macam ni pun layan ke? Aku ingat muka kacak badan tegap ni jenis layan filem action je. Haha.. Omelnya.
Matanya melekat pada screen LCD. Kali ini dia pula yang terlanjur. Dah tangkap cintun dengan movie itu. Humaira mendakap bantal kecil disofa.
'Romantisnyaaa....' . Humaira membuat muka. Macam tak pernah tengok. Dulu pernah sekali Nadia mengajaknya menonton di youtube. Tapi dia tak berminat pula. Siap bergaduh lagi dengan adiknya. Sekarang dia pula yang excited lebih.
Kedengaran pintu dikuak. Kelihatan figura Fakhrul menempel keluar dicelah pintu.
"Nak kemana pula tu?".
Humaira bangun mendapatkan suaminya. Segak begitu nak kemana. Bukankah sudah hampir 11.30 malam.
" Fakhrul!!.."
Fakhrul berhenti saat Humaira memangil namanya. Kulit putih bert-shirt biru muda serta dipandankan dengan jaket kulit hitam. Berdiri dibawah gelap malam. Kacaknyaa..persis Edward dalam filem tadi.
Fakhrul bergerak menghampiri isterinya. Jari telunjuk dia angkat. Dengan suara seperti berbisik. Dia berkata " Kau tahu tak benda apa yang paling aku tak sukaaa?"
Humaira terkebil-kebil. Lupa pula dia yang lelaki itu tidak suka dia menyibuk akan hal peribadinya.
" Ya..ya..saya buat hal saya. Awak hal awak..hehe". Humaira menutup daun pintu dengan laju. Mujur tidak terkepit jari pemuda itu.
'' Berlagak betul. Tanya sikit pun tak boleh. Aku tanya sebab aku caring. Sharing is caring. Tengok la kalau aku tak peduli pasal kau. Kau nazak nak mati pun aku tak heran lah!''.Bebel Humaira sendirian. Eh jangan..tak nak aku menjanda awal. tarik balik tarik balik. Shuh shuh
Rumah banglow itu tiba-tiba saja kelihatan seperti filem seram. Tidak biasa dia tinggal seorang diri seperti ini. Bermacam-macam bermain difikiran. Filem hantu yang dia tonton empat tahun dulu pun dia teringat. Tanpa menoleh kiri kanan Humaira terus pecut mendaki anak tangga untuk kebiliknya. Errrrrrrrrr takutttt
***
" Pehal ni bro? Lama tak lepak." Soal Ayad takkala Fakhrul sedikit diam. Bunyi suara anak-anak muda yang masih berfoya-foya kedengaran disaat ini manakala mereka yang berada dalam tangungjawab dan tanggungan sedang lena diulit mimpi.
Setelah dia benci akan kehadiran gadis itu dirumahnya. Fakhrul membawa diri kesini bertemu dengan sahabat yang sekian lama setia menunggu. Tak ada kerja lain. Melepak sahaja. Kecuali Ikmal yang tak dapat join malam ni kerana ada urusan di Penang.
" Tak ada apa lahhh.." Jawab Fakhrul sepatah.
" Ada masalah citer la bro. Mana tahu kita orang boleh tolong an.." Kali ini Azwan pula bersuara.
" Asal muka aku macam ni je kau kata aku ada masalah. Dah tu kau nak aku sengih dua puluh empat jam ke?"
" Woo lek lek..Marah nampak.."
" Cuti lama kau pegi mana. Seminggu jugak tu. Ke kau dah letak jawatan? Jadi model full time.." . Tanya Ayad lagi bila dia perasan Fakhrul sudah seminggu tidak datang kerja.
" Aku balik kampung. Mak aku sakit ".
Nak menipu pun guna la alasan lain. Ni babitkan mak pulak." Ingatkan cuti nikah tadiiiiii......" Seloroh Ayad dan Azwan serentak. Riak pemuda itu sedikit berubah. Macam tahu-tahu pula mereka berdua. Rasanya tiada pula dia kenakan inai dijari. Cincin nikah pun dia tidak pakai. Ke muka dia dah nampak muka laki orang.
Fakhrul menolak rambutnya ke belakang seraya berkata " Nikah?.. Muda lagi kut muka aku. Tak puas lagi enjoy. Kalau dah nikah ni susah sikit. Pikir bini je. Nak lepak pun susah"
Yeke nak lepak pun susah? Dia lupa ke yang dia sudah beristeri. Buat habis air liur je bercakap.
" Mana tau kau dah terbuka hati nak beristeri. Kannnn yaddddd...". Azwan menjongket kening kearah Ayad.
Ayad sengih sambil menyindir " Kalau Fakhrul ni dah kawin. Aku pulak dah ada tunang maka kau sorang jelah yang forever alone...hahaha" . Mereka ketawa terbahak-bahak.
Azwan mengeleng-geleng. Tak akan dibiarkan perkara ni terjadi. Tak dapat juga dia bayangkan jikalau Fakhrul jadi suami orang. Malahan lelaki itu sudah berjanji tidak akan berkahwin sehingga umurnya melebihi tiga puluh tahun. Pasti riuh sekampung jika mereka tahu hal yang sebenar.
" Aku bukan apa..cinta sejati aku masih sesat lagi kut. Taste aku mestilah yang berjubah bertudung labuh. Ala ustazah sikit. Nanti dia boleh ajar anak-anak aku mengaji."
" Ada ke perempuan macam tu hendak dekat kau? Cuci rambut kau dulu sebelum nak tackle ustazah. Tak pasal-pasal bapak dia pi cuci air karat dekat rumah kau tu" Ejek Ayad selamba.
" Eleh mentang-mentang aku macam ni kau boleh la pandang aku sebelah mata. Nanti aku dapat. Gigit jari je kau tengok aku." Azwan membalas.
" Nak cakap besar konon. Baik..aku cabar kau! " Fakhrul memberi idea bila dia lihat Azwan semakin berlagak. Sebenarnya Fakhrul langsung tidak berminat untuk bersembang seperti biasa. Kadang-kadang sahaja dia membalas percakapan Ayad dan Azwan. Demi mengelakkan membernya itu mengesyaki apa-apa. Fikiran kini lebih tertumpu pada gadis itu. Dia perlu rancang sesuatu supaya tiada yang mengetahui tentang statusnya kini.
YOU ARE READING
Semakin BENCI Semakin RINDU
RomanceTrue Love ( Insp Fakhrul & Humaira ) ; yang tidak pernah saling mengenali dan cuba untuk jatuh cinta setelah berlangsungnya perkahwinan mereka. Meskipun Fakhrul sukar untuk menerbitkan rasa cinta terhadap isterinya, namun seorang suami tetap kalah...