" Saya nak balik kolej petang ni.." Ucap Humaira sebaris ketika dia melihat kelibat Fakhrul yang segak mengenakan uniform polis berjalan kearah pintu rumah banglow itu. Pantas dia berlari anak mengejar lelaki itu.
Namun Fakhrul tidak mendengar pun. Wajahnya selamba sahaja.
"Saya nak balik kolej. Petang ni"
Humaira mengulang ayat tersebut sambil mendekati suaminya.
" So? Balik la. Kenapa bagitau aku ". Ucap Fakhrul sambil buat muka berkerut.
' Hello aku ni isteri kau. Kalau aku tak bagitahu. Tu isteri derhaka namanya '
Ayat itu humaira hembur didalam hati.
"Oookey. Awak takpa kan duduk sorang? Emm nanti saya masak untuk malam ni. Awak balik nanti boleh panaskan lepastu makan"
"Sebelum ni aku duduk berdua ke?"
Potong Fakhrul kemudian buat-buat gelak."Bukan macam tu. Maksud saya..ish apa aku nak cakap ni" Humaira membelakangi Fakhrul. Malu setelah terlepas tanya sesuatu yang tak sepatutnya dia tanya. Bongoknya tanya soalan tu. Kau ingat kau siapa pada dia.
"Hmm..Ok"
Selepas mendengar sepatah jawapan dari mulut lelaki itu. Terasa umpama cengkerik mula berterbangan disekeliling Humaira.
Hish dia ni. Tanya la aku balik pukul berapa. Dengan sapa. Naik apa. Kolej aku tu jauh ke dekat.
Meskipun hatinya mengomel, tangan Fakhrul dia gapai untuk menyalami. Kali terakhir dia menyentuh tangan pemuda itu ketika majlis pembatalan air sembanyang mereka. Waktu tu buat saja apa yang disuruh. Tak terasa apa sangat.
Fakhrul seolah-olah terkena renjatan eletrik. Tangannya dia biarkan Humaira menyalami. Namun dadanya berdegup kencang berombak. Pantas dia beredar ke garaj kereta. Sebelom tu Humaira menjerit..
" Pukul 4.30 saya bertolak. Saya naik bas. Saya pergi sendiri je. Awak tak payah hantar. Saya okey je!!"
Fakhrul mengelengkan kepalanya tanpa bersuara apa-apa. Siapa jugak nak hantar kau.
Humaira mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Haduhh macam mana boleh terlepas tanya tadi. Dah la buat muka kerek. Ee ingat orang nak dia hantar la tu. Tak hingin pun. Aku boleh pergi sendiri la.
Usai menghantar kepergian tubuh badan suaminya ke tempat kerja pagi itu, Humaira terus bergerak ke ruang dapur untuk menyediakan menu malam ini. Sebelum dia berangkat ke kolej, dia ingin menyediakan lauk-pauk untuk suaminya itu. Maka, tidak perlulah pemuda itu makan diluar.
Selepas berejam didapur, Humaira naik ke tingkap atas. Luggage yang terletak diatas almari biliknya dia bawa turun. Segala baju kurung dia lipat dan dia masukkan. Nasib baik baju tak banyak dia bawa pulang. Kalau tak mana nak sumbat. Selebihnya dia tinggal di rumah sewa yang menjadi rumah kedua selepas rumah keluarganya. Rumah sewa itu pula berdekatan dengan kampusnya. Dengan berjalan kaki pun boleh sampai. Cuma panas hujan cuaca sajalah yang kadang-kadang membuat dia dan rakan serumahnya menaiki motosikal.
Humaira termenung seketika. Teringat akan rakan serumahnya. Perlu ke housematenya tahu tentang statusnya kini. Dan agak-agak apa riaksi mereka.
Lamunan Humaira terhenti apabila satu pesanan ringkas 'whatsapp' mengeluarkan bip. Pesanan itu dia tidak buka. Matanya mengerling jam. Sudah pukul tiga. Dia perlu bersiap. Maklum la perempuan bersiap bukan setengah jam.
Usai mandi, Humaira duduk semula diatas katil. Ada sejam lagi sebelom dia berangkat ke stesen bas. Rasa seronok rasa tak sabar nak pulang ke kolej membuak-buak. Masuk ni dia akan memulakan semester kelima. Cuti dua bulan rasa kosong saja tanpa penambahan ilmu. Buku pun jangan kata dia buka. Bawa balik pun tidak.
YOU ARE READING
Semakin BENCI Semakin RINDU
RomansaTrue Love ( Insp Fakhrul & Humaira ) ; yang tidak pernah saling mengenali dan cuba untuk jatuh cinta setelah berlangsungnya perkahwinan mereka. Meskipun Fakhrul sukar untuk menerbitkan rasa cinta terhadap isterinya, namun seorang suami tetap kalah...