Fakhrul mengadap cermin di bilik mandi hotel itu selepas dia membersihkan diri. Dia juga membetulkan rambutnya yang sedikit tebal. Minyak rambut dia sapu. Walaupun dia lupa untuk memotong rambutnya minggu ini. Namun tetap saja menyerlahkan raut wajahnya yang tampan itu.
Fakhrul duduk dikatil sambil menghadap ke luar. Cuaca sangat baik dan sedikit dingin pagi ini. Kemudian dia mula teringat akan isi perbualan antara dia dan ibunya Puan Fatni pada malam kelmarin.
" Kamu ajak la Humaira tu tinggal dengan kamu sementara. Jangan bagi dia duk rumah sewa tu. Kesian dia " Celah Puan Fatni tatkala berbicara dengan anak terunanya.
" Kesian apanya mak , dia kan memang tinggal dekat situ..Alang dah jumpa Humaira dah pun. Siap ajak dia pergi makan lagi. Takkan Alang nak kacau dia belajar pulak. Lagipun dia sibuk nak exam tu malas Alang nak kacau dia "
" Kamu ni.. dah kahwin pun nak mak ajar lagi. Kamu tu bukan selalu jumpa Humaira kan. Ajak dia tinggal dengan kamu ye. Bukan lama pun. Esok mak call lagi. Mak nak Humaira ada dengan kamu. Mak nak dengar suara dia"
" Tapi mak...Alang busy la mak. Tujuan Alang datang sini pun sebab atas urusan kerja. Bukan nak..."
Puan Fatni terus memotong kata-kata Fakhrul. Dia tahu anaknya itu suka mencipta banyak alasan. Lebih baik dia yang bagi cadangan.
" Ish! Alang-alang kamu duk situ. Biar Humaira je yang temankan kamu. Bila time kelas..kamu pergi la hantar dia. Alah tak susah pun. Yang penting inilah masanya kamu nak bersama dengan isteri kamu. Sehari dua pun okey. Alang duk situ berapa lama? "
" Seminggu mak. " Jawab Fakhrul sepatah sebelum dia mematikan percakapan dia dan ibunya malam itu.
Pagi ini Fakhrul kusut. Apa yang perlu dia lakukan. Perlukah dia mengkhabarkan pada Humaira tentang tujuan sebenar dia ke tempat gadis itu. Nanti jatuh pula harga dirinya didepan gadis itu. Fakhrul mengaru kepalanya yang tidak gatal. Maknya pun satu hal. Pantang dengar Fakhrul outstation mulalah suruh Humaira ikut sekali. Lagipun Puan Fatni bukannya tahu persis apa hubungan dia dengan Humaira yang tidak seperti suami isteri yang lain. Malah jika Humaira ada bersamanya, makin sukar la dia hendak kesana kemari.
Fakhrul menutupi tingkap yang menerobos cahayanya kedalam dengan langsir. Kemudian dia bergegas menyiapkan diri menuju ke parking kereta dan berlalu pergi dari kawasan hotel itu.
***
" Cepat la sikit Maira oii. Dah berpeluh ketiak aku tunggu kau bersiap tahu tak " Tempik Elina setelah pintu bilik Humaira dia ketuk beberapa kali.
" ye ye kejap! " Sahutnya dari dalam.
" Nak pergi beli barang je pun. Bukan nak pergi terima award ke apa ke. Tak payah lawa sangat " Sambung Elina lagi sambil mencapai kasutnya diatas rak kasut yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk rumah sewa mereka.
" Dah siap dah " Humaira mendekati rakan serumahnya itu dengan sebaris tayangan gigi.
" Haa ni kalau berlaki ni. Jenuh la laki nak tunggu. Bersiap kemain lama. Lain kali sebelum subuh lagi kau bersiap erk. Aku malas nak tunggu macam ni "
" Rilek la. Tak lama pun la. Setengah jam je. Kau tu yang ajak aku lambat. Memang lambat la aku nak bersiap "
Humaira membalas kata-kata Elina sambil memasuki kedalam perut kereta bersebelahan tempat memandu. Beg silangnya dia letak di bawah. Elina pula sudah mula menghidupkan enjin kereta untuk memulakan pemanduan.
" Kau tak ada kelas ke harini? Aku ajak ayam aje pun terus on " Soal Elina bersama tawanya.
" Tak ada. Semua cancel. Lect aku ada hal dengan orang jabatan atas. So aku free "
YOU ARE READING
Semakin BENCI Semakin RINDU
RomanceTrue Love ( Insp Fakhrul & Humaira ) ; yang tidak pernah saling mengenali dan cuba untuk jatuh cinta setelah berlangsungnya perkahwinan mereka. Meskipun Fakhrul sukar untuk menerbitkan rasa cinta terhadap isterinya, namun seorang suami tetap kalah...