BAB 3

6.2K 109 1
                                    

Dua bulan kemudian....

" Ummi chatting dengan siapa tu..? Amboi busynya.." . Tegur Humaira ketika melihat Puan Zulaikha sedang ralit tersenyum-senyum melayan aplikasi whatsAppnya. Entah dengan siapa umminya berchatting itu. Setahunya umminya jarang menghadap telefon. Sejak balik dari umrah, dia lihat umminya semakin ramai kenalan. Sekejap ada yang menelefon. Sekejap ketawa. Malah sudah mula ada whatapps group. Maju....

" Ni haa kawan ummi yang ummi jumpa waktu sama-sama menginap dekat hotel di mekkah. Sembang kosong je". Mata umminya masih melekat discreen walaupun mulutnya laju berkata-kata.

Humaira menepek disebelah umminya seraya berkata " Ewahhh.. dah pandai tukar nombor phone sekarang. Dulu punya la susah kakak nak ajar ummi main whatapps ni. Sekarang..... bukan main".

Puan Zulaikha membetulkan cermin matanya. Dekat benar matanya dengan screen phone. Mana tak naik power spek tu. Tengok gambar siapa tu. Humaira mengintai.

Umminya mengalihkan phonenya kearah lain. Menyorok sesuatu pula.

" Puan Fatni ni baik orangnya. Selalu mesej ummi berkongsi ilmu-ilmu masakan. Dia dulu cikgu memasak. Lepas anak-anak dia semua berkerja. Dia berhenti mengajar. Sekarang hidup dengan duit anak-anak lah. Untung dia " Cerita Puan Zulaikha bersungguh.

" Apa miii..cikgu memasak? Oo habis tu apa yang ummi sorok-sorok tu. Macam ada sesuatu je. " Humaira menekan remote tv. Matanya tertacap pada raut wajah umminya. Haih ralit benar sampai anak didepan mata pun tidak dinengoknya.

"Iyer.. lagi satu. Mak Cik Kamilah yang duk di hujung kampung tu adik-beradik Puan Fatni ni.. Sekejap tadi dia bagitahu ummi. Rupanya kecik benar dunia ni. Patutlah muka dia orang nak ada iras-iras sikit "

Sebut sahaja Mak Long Kamilah terus Humaira tersedak. Tak jadi dia ingin menonton drama Do Re Mi ditv2. Bayangan Aisya. Gadis kecil yang dia langgar tempoh hari mula bermain difikiran. Sehingga ke hari ini perkara tersebut menjadi rahsia. Hanya dia, Nadia , Mak Long Kamilah sekeluarga sahaja yang tahu tentang eksiden yang tak disengajakan itu. Umminya juga tiada bertanya tentang calar di keretanya. Mungkin tidak perasan. Syukurlah.

" Nanti ummi nak jemput mereka datang kerumah kita. Ajak makan " Sambung Puan Zulaikha setelah melihat anaknya membisu.

Humaira membulatkan matanya. Hatinya ada sedikit gusar. Alamak. Kalau Mak Long Kamilah tercerita macam mana. Naya aku. Setakat ini biarlah dia diam daripada mengeluarkan kata-kata.

Sementara itu divilla Encik Ikhsan.

Agak lama Puan Fatni menatap gambar display picture whatapps Puan Zulaikha. Bibirnya mengukir senyuman. Indah sungguh gambar mereka sekeluarga. Tiba-tiba hatinya mula merindui anak-anaknya yang berjauhan. Tinggal Aisya sahaja dirumah, anak bongsu mereka.

" Cantiknya.... " Bisik hati Puan Fatni. Jari telunjuknya menyentuh wajah gadis itu di screen handphonenya. Sebentar tadi dia berbincang sesuatu dengan Puan Zulaikha. Berharap sekali Puan Zulaikha mempertimbangkan hajatnya. Wajah Fakhrul dan gadis itu berselang seli dalam benaknya. Ada sesuatu tentang gadis itu yang sudah menarik hatinya.

Puan Fatni senyum kecil.

Alangkah bahagianya jika dia dapat berkumpul kembali bersama anak-anak dan dua cucunya di Sabah waktu ini. Terutama satu-satunya anak terunanya itu. Sudah la jarang pulang ke kampung menjenguk dia dan suami. Mesej pun terkadang sahaja. Sibuk agaknya. Puan Fatni positif selalu.

Semakin BENCI Semakin RINDUWhere stories live. Discover now