Fakhrul menghirup kopi panas sambil melayani Iphonenya. Jam ditangan dia kerling kemudian kembali menghirup kopi panas yang kian tinggal sedikit.
' Lama lagi ke? '. Fakhrul menyoal sendiri. Sudah hampir setengah jam dia menunggu kedatangan pemuda itu. Kalau bukan disebabkan hal yang mustahak, Fakhrul tidak akan bersungguh untuk datang dari Selangor ke Perak. Lagipula banyak kerja yang dia perlu selesaikan dipejabat.
Seketika kemudian, seorang jejaka yang sudah lama dia tidak bersua akhirnya muncul jua. Dengan tiada salam terus pemuda itu duduk berhadapan dengannya. Fakhrul yang sedang leka melayari laman instagramnya terus bangun dan memeluk rakannya itu dengan rakus.
" hey rul! Lama gila duh tak jumpa kau. Kau apa khabar? Sorry bro aku lambat sikit. Ada hal tadi." Soal pemuda tersebut setelah melepaskan pelukkan dan meminta maaf atas kelewatannya.
" Aku sihat je. Wah! Dah makin berisi sekarang. Dah kahwin ke bro?" Giliran Fakhrul pula bertanyakkan keadaan sahabat baiknya yang sudah lama dia tidak bertemu apatah lagi untuk berbual semeja seperti zaman belajar dahulu.
" Mana ada aku kahwin. Aku single lagi bukan macam kau. Entah entah dah kahwin dulu dari aku. Siapa tak kenal Fakhrul Fadhlin ann" Mereka sama-sama ketawa mendengar usikkan dari Hisyam Aditya. Fakhrul geleng-geleng untuk menafikan kebenaran yang diutarakan oleh rakannya itu.
Fakhrul memesan jus oren untuk menghilangkan dahaga kepada sahabat baiknya. Kemudian mereka mula berkongsi cerita tentang hal masing-masing. Sesekala hilai tawa muncul dibibirnya. Begini riaksi dua sahabat yang sudah lama tidak bertemu. Sehari suntuk bercerita pun belum tentu habis.
" Jadi kau datang sini selama seminggu sebab aku la?" Soal pemuda itu.
" Mestilaaaahh. Siapa taknak jumpa kau. Aku pun sengaja taknak bagitahu kau supaya kau excited sikit nak jumpa aku." Fakhrul ketawa. Inilah kerja yang Fakhrul maksudkan itu. Untuk bertemu seseorang yang sudah lama dia rindui. Fakhrul kemudiannya menyambung pertanyaannya.
" Kau buat apa sekarang?"
" Aku sekarang kerja biasa-biasa je." Jawab pemuda itu dengan merendah diri.
" Aku serius ni. Kau kerja apa sekarang. takkan belajar sampai UK balik sini kerja biasa je"
Pemuda itu ketawa mendengar tekaan dari Fakhrul.
" Aku mengajar je. Jadi pensyarah."
" Wow hebat laa tu. Tak sangka budak yang selalu masuk bilik disiplin masa sekolah dulu sekarang dah jadi pensyarah." Fakhrul mengejek rakannya sambil menghemburkan tawa. Hisyam Aditya yang baru sahaja menyuakan minuman ke mulut tidak jadi untuk meneruskan akibat tidak tahan menahan ketawa.
" Kalau kau aku tak nak tanya sebab aku dah tahu kau kerja apa. Kau polis kan sekarang? haa lepas ni apa-apa saman aku bagi kau. Kau settle. Boleh?"
Fakhrul mengeleng-geleng mendengar celoteh rakan baiknya itu. Mereka bertemu semula pun disebabkan Hisyam Aditya yang menegurnya di Instagram dua hari lepas, Fakhrul tidak bercakap banyak lalu meminta sahabatnya itu menyatakan alamat kediamannya. Jika tidak, mungkin sehingga ke hari ini dia akan lost contact dengan pemuda itu.
Usai mereka berbual-bual Fakhrul meninggalkan alamat rumahnya kepada rakannya itu supaya bila ada waktu terluang. Fakhrul menjemput pemuda itu untuk menginap dirumahnya. Hisyam Aditya menerima perlawaan itu dengan hati yang terbuka. Dia juga sudah lama tidak ke Ibu Kota. Mungkin boleh singgah dirumah Fakhrul bila dia tiba disana nanti.
****
"Jadi awak still ada dekat perak?!" Soal Humaira dengan agak terkejut. Belum sempat dia meletakkan barang-barang yang dia dan Elina beli di tengah bandar sebentar tadi. Fakhrul telah menelefonnya. Laju kakinya berlari menuju ke dalam bilik. Elina memerhati saja gelagat gadis yang masih lengkap bertudung itu tanpa bertanya apa-apa.
YOU ARE READING
Semakin BENCI Semakin RINDU
RomanceTrue Love ( Insp Fakhrul & Humaira ) ; yang tidak pernah saling mengenali dan cuba untuk jatuh cinta setelah berlangsungnya perkahwinan mereka. Meskipun Fakhrul sukar untuk menerbitkan rasa cinta terhadap isterinya, namun seorang suami tetap kalah...