Part 5

261 38 2
                                    

“Kau ni main cakap jaa.Buruk sangka”

“Ala,kita dulu pun belajar di bangunan yang sama juga dengan budak-budak tu kan masa kita di gred tiga dulu.Aku pun suka juga melepak disitu.Aku tahulah...”Jungkook mempertahankan dirinya.

“Maksud kau apa.Kau dulu selalu menghendap Yoona senget  berjalan di dorm ke kelas,gitu..”Taehyung mencelah,menduga-duga.Matanya bulat merenung Jungkook.

Jungkook merubah air muka.Tiba-tiba saja hatinya panas mendengar bicara Taehyung.Lagi-lagi kekasihnya digelar dengan nama yang tidak sedap didengar..

“Jangan nak merepek,Taehyung.Yoona,bukan Yoona senget.Kau tak faham lagi ke.Kang bersepai gigi kau tu...”Leo cepat2 menyampuk menegur sikap Taehyung.Teman itu bagai senjata memancing kemarahan pelajar lelaki yang pantang benar jika nama kekasih hatinya digelar Senget.Boleh huru hara keadaan kelas jadinya.
Taehyung hanya mencebik muka.Entah apa yang hebat sangat Si Yoona senget tu di mata Jungkook,dia sendiri tidak tahu.Memanglah rupanya cantik dan hidungnya tinggi,dahi luas.tapi itu tidak langsung menjadi tarikan Taehyung.Tapi itulah gerangan yang selalu menjadi pujaan hati Jungkook.Dunia ni kadang2 memang aneh bagi diri Taehyung.

Tidak perlu dilihat orang lain,cukup dengan memerhati keadaan keluarganya sendiri.Appanya seorang lelaki bertubuh rendah dan berkulit agak gelap manakala ommanya seorang wanita cantik yang bertubuh tinggi lampai.Sesekali kepalanya terfikir juga bagaimana ommanya boleh jatuh hati kepada appa.

“Sudahlah kau ni.Dah tahu tak elok mengelar-gelari orang dengan nama yang tak baik,kenapa buat jugak.Kita sama kita juga yang bergaduh sebab gelar-mengelar ni.Yang aku pelik ni,dah tiga hari aku perhatikan dorm tak terurus.Semak macam reban ayam.Bayangkan  Bambam pun aku tak Nampak.”Sehun mula beralih tajuk cerita,teringat keadaan dorm semasa dia membuat rondaan tadi.

“Kalau pemalas macam Bambam tu kau lantik jadi Ketua Disiplin Asrama  memanglah begitu hasilnya.Cubalah cari orang yang berkaliber sikit.Paling tak pun macam Song Jihyo...”Leo mencelah dengan wajah yang selamba,menatap buku notanya sanbil mencatat beberapa perkataan English yang perlu dirujuk pada kamus.

Dia tidak terkejut dengan bicara Sehun sebentar tadi.Keadaan dorm sudah lama begitu,berselerak kerana tidak sesiapa yang mengemas.Kadangkala barang-barang ketua dorm itu sendiri berselerak didalam bilir air.Dia sendiri yang melihatnya.

Sehun tersentak.Begitu juga dengan Jungkook,Taehyung dan Mark.Bicara Leo tadi sedikit mengejutkan mereka.Song Jihyo...?Pertama kali mendengar nama itu terpacul daripada mulut Leo.

“Song Jihyo.?Sehun mengulang semula nama itu.Bayangan kabur tentang pelajar yeoja bernama Song Jihyo.

“Yalah,juara catur yang tak reti nak senyum tu.Aku rasa singa pun lagi peramah daripada dia.”Taehyung mencelah cepat.Terbayang pula susuk tubuh si yeoja gempal bernama Song Jihyo.Sekali diperhatikan lekuk tubunya memang sedikit mengiurkan tetapi takkala terpandang wajah tuan empunya diri,semua angan2 berahi lari bertempiaran.Cukup2lah dengan ulas bibir manis yang tidak pernah mengukir senyuman.Tidak sanggup dia menahan renungan tajam ketua disiplin yeoja itu,serasa-rasa tubuh Taehyung bagai ditelanjankan satu persatu.Selisih..

“Song Jihyo.budak gred 4 yang tak duduk asrama.Berulang ke sekolah hari-hari.”Jungkook memberi bayang pula.

Sehun masih samar2.Nama Song Jihyo sangat asing pada pendengarannya.
“Song Jihyo tu AJKT MPS tahun ni.Dia dilantik jadi ketua disiplin tapi dia tolak jawatan tu.Kau tak ingat Sehun.?Leo cuba memberi ingat.

Sehun menepuk dahi.

“Aha,aku ingat.Budak yang selalu Nampak menyinga aja tu,kan?Baru terbayang susuk tubuh berisi pelajar yeoja gred 4 berwatak serius itu.Jalannya tegak saja seperti tiang.Derap langkah kakinya laju saja bagai lipas kudung.Tak pernah berlenggang kangkung seperti pelajar-pelajar yeoja yang lain.

“Tahu pun kau.”Leo menghela nafas seketika.

“Dengarnya,dia tu bekas ahli lembaga disiplin asrama di Slentra High School.Orangnya tegas.Kononnya keadaan asrama bersih dan teratur bawah kawalan dia.Semua orang kenal dia dengan disilpin yang tinggi dan juga Queenka di sekolah itu.”Jungkook bercerita.Entah sahih atau tak sumber yang diperolehinya itu,dia juga sendiri tidak pasti.

“Mana boleh samakan sekolah kita dengan sekolah lain.Budak2 namja tak berani nak berlebih-lebih macam Song Jihyo tu.Garang sedikit,habis kita dipulau oleh pelajar2 lain.Itulah sebabnya  Bambam tak mahu terlalu tegas,bimbang hilang kawan.”Leo memberikan pendapatnya pula.

Sehun hanya mengangguk-angguk.Bayangan Song Jihyo masih belum lenyap dalam benak fikirannya.

“Hei...apalah  kau orang ni.Dari tadi menceceh-ceceh ja.Nota tak siap2 juga.Bila nak belajar?”
Mark yang sejak tadi membisu mula bersuara.

Sehun segera membuka buku notanya.Begitu juga dengan rakan2 yang lain.Masing2 mula menumpukan perhatian pada nota Sejarah yang masih belum selesai diperbincangkan.Persoalan yang masih belum tuntas dibahaskan sebentar tadi dibiarkan saja tergantung tidak berjawapan.

Okay guys. Kali ni sikit je. Sorry author rasa nk just nk buat sampai 50 part je cerita ni and author  akan make sure cerita ni habis di hujung atau awal bulan 2 2017 ni sebab author tak nak ganggu pelajar author sebab tahun depan dah form 4 .okay tu ja. Lepas ni cerita ni author akan always update. Just be patient sikit okay. Thanks juga ^_^

Exchange Love Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang