Part 7

251 35 3
                                    

Okay maafkan author kerana part ni cuma sedikit Dan agak annoying Tapi bacelah ..okay tu he yg gitahu. Annyeong.

Sehun menyeka peluh didahi.Soalan ujian Fizik sebentar tadi agak susah.Ada beberapa formula yang belum betul-betul dihadam di kepalanya.Tambah pula dia tidak menyangka guru matapelajaran fizik itu,Cikgu Hyomin membuat ujian secara mengejut.Tidak memberitahu mereka terlebih dahulu.Namun begitu,dia tidak cepat gelabah.Dia hanya menjawab semampunya.Lagi pula akhir2 ini fikirannya agak tertumpu pada hal-hal disiplin asrama yang sudah kecoh dan heboh.Banyak kes-kes perlangaran disiplin berlaku secara berleluasa kerana jawatankuasa disiplin tidak segagah jawatankuasa tahun-tahun sebelum ini.

Cikgu Hyomin menbenarkan pelajar yang sudah siap menjawab keluar kelas lebih awal dari biasa.Sehun menyelitkan pen Kilometrico di belakang telinga seperti biasa lalau beredar menuju ke perpustakaan.Masuk saja ke dalam bilik berhawa dingin itu,kakinya terus menapak ke bahagian surat khabar.Tangannya laju mencari surat khabaryang tergangtung di rak khas.Banyak juga akhbar tabloid yang disediakan untuk bacaan para pelajar tetapi dia lebih berminat pada akhbar THE NEWS.

Belum sempat matanya menatap berita2 dalam surat akhbar itu,perhatiannya dicuri pula oleh gelagat pelajar junior di kaunter perpustakaan.Kelihatan Hongseok,pelajar gred 5XW2 sedang menganggu seorang pelajar yeoja.

"Jangan kacau saya boleh tak?Mana kad metrik saya?Awak yang ambil tadi."

Suara lembut milik Haneul menerjah ke corong pendengaran Sehun.Tidak salah lagi gadis yang sedang membelakanginya itu adalah pelajar baharu yang sedang di rebut-rebut orang.Sana-sini kawan2nya sibuk membicarakan tentang Kim Haneul ataupun Haneul.

Sana-sini kawan2nya sibuk membicarakan tentang Kim Haneul ataupun Haneul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar diatas adalah Kim Haneul. Untuk pengetahuan korang haneul salah satu watak or main character. ^_^

"Manalah saya tahu."Hongseok tersengih-sengih memandang Haneul.

"Pulangkan kad metrik pada dia,Hongseok.Kau yang ambil tadi."Sora ,pustakawan yang sedang bertugas bersuara dengan kening berkerut.Barangkali dia juga geram dengan kelakuan sunbae gred 5 itu.

"Pandai-pandai aja kau tuduh aku ,eh?Aku belasah nanti baru tahu."Hongseok menjegilkan mata,merenung pustakawan itu.

Sehun memerhati sejenak kawasan kaunter perpustakaan itu.Seperti yang diduganya sekeping kad metrik kelihatan terletak di atas rak paling tinggi,berhampiran dengan kaunter itu.Sehun terus saja mengambil kad metrik tersebut.Tertera nama Kim Haneul.

Sehun terus saja menyerahkan kad segi empat bujur itu kepada gadis yang sudah mencuka mukanya.Mukanya yang putih Nampak merah padam.Gadis it terus saja berlalu sebaik saja mencapai kad metrik miliknya.

"Kau tak de kerja lain?"Asyik nak ganggu budak yeoja ja."Sehun merenung teman satu gred yang berlainan kelas itu.

Hongseok hanya mencebik muka,kurang senang kerana halnya dicampuri.Mujur orang yang menyibuk adalah ketua pelajar.Kalau tak tentu namja itu akan merasa penangannya.Malas bertelingkah ,Hongseok terus saja beredar dengan buku yang baru saja dipinjamnya.

Sehun pulak kembali ke mejaya.Matanya terus menatap berita hadapan surat khabar.Sedang khusyuk membaca berita-berita yang tepapar di dada akhbar itu,telinganya menagkap suatu bunyi pula.Sejurus kemudian,matanya dihalakan ke suatu arah.Kelihatan seorang pelajar yeoja sedang duduk di suatu sudut sambil menulis sesuatu di dalam bukunya.

Rupanya pelajar itu adalah Jihyo.Entah sejak bila pelajar tersebut berada di sudut terperuk itu,dia sendiri tidak tahu.Tekun betul yeoja itu membuat kerjanyatanpa menghiraukan hiruk-pikuk di sekeliling.Melihat pen berwarna yang berselerah diatas mejanya,Sehun menduga yeoja itu sedang membuat nota pelajarannya.

Terdetik juga dalam fikirannya untuk berbual dengan pelajar yeoja gred 4 itu bagi membicarakan masalah disiplin.Sejak rombokan tugas telas dibuat,Jihyo di letakkan di bahagian pengawas dan disiplin sekolah.Disiplin asama ditukar kepada AJKT yang lain.Namun,melihat konsentrasi yeoja itu menelaah pelajar,Sehun tidak jadi menganggu.Manalah tahu takut yeoja itu betempik kerana diganggu,dia juga yang malu nanti.Dalam ramai2 AJKT yeoja di sekolah,Jihyo seorang saja Nampak tidak ramah.Dia sendiri masih ragu2 hendak menegur yeoja itu jika terserempak dimana-mana.Tidak tahu kenapa.

"Apa tengok-tengok?"
Sehun terkejut,Tertelan liur sendiri.Tersentak takkala mata Jihyo tepat merenungnya.Tidak terlintas di benaknya,gadis itu menyedari renungannya.

"Eh,perasan pulak kau ni.Aku tengok papan kenyataan sana tu."Sehun cepat memuncungkan mulutnya kea rah papan kenyataan berhampiran dengan tempat duduk Jihyo.Serentak itu menjelingkan matanya lalu kembali meneruskan kerjanya.

Sehun terus menghala perhatiannya pada surat khabar.Namun konsentrasinya sedikit terganggu kerana tembung padang tadi.Mujur dia spontan dapat menjawab pertanyaan Jihyo.Kalau tak tentu Jihyo sudah salah faham dengannya.

Loceng rehat berdering kuat.Sehun cepat2 menutup helaian surat khabar terlanjur semangatnya hendak membaca berita sudah meluntur.Dia terus keluar dari perpustakaan menuju ke kantin.Di sana sudah pasti kawan2nya sudah membelikan makanan untuknya seperti biasa.Rutin harian.Namun sewaktu memakai kasut,matanya sempat mengerling kearah Jihyo.Ternyata yeoja itu masih tidak berganjak dari posisinya walaupun loceng rehat sudah berbunyi.Terus tekun dengan kerjanya.

Guys. Sorry tau part ni sikit and annoying sbb author tak sihat rasa cm nak demam. Nanti author update lagi yee. Annyeong. Kamsahamida

Exchange Love Where stories live. Discover now