Part 4

307 39 3
                                    

Kawasan kantin kelihatan lengang saja bagai negeri dilanggar geroda.Dia meninjau-ninjau juga keadaan di kantin yeoja kalau-kalau masih ada pelajar yang liat punggung untuk beredar.Kantin pelajar yeoja yang terletak bersebelahan saja dng kantin pelajar namja itu nampak sunyi sepi.Kini mereka dalam waktu belajar malam.

Pelajar-pelajar seharusnya sudah berada di dalam kelas mengulang kaji pelajaran secara individual atau berkumpulan. Dia meneruskan rondaan dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain.

Sudah lumrah menjadi  ketua pelajar di Empire High School, dia perlu memantau semua tempat dan keadaan meskipun sudah ada ahli jawatankuasa yang ditugaskan secara kursus menyelia kawasan-kawasan tertentu. Apa jua masalah pelajar dan perkara-perkara yang berlaku, dialah orang pertama yang akan dicari oleh cikgu displin dan warden dorm.

Mark, Leo, Taehyung dan Jungkook sudah maklum dengan tugasnya itu. Mereka selalu memulakan sesi belajar berkumpupan lebih awal tanpa menunggunya.

"Terhegeh-hegeh lagi di dorm ni kenapa? "Kau dah lupa sekarang ni waktu belajar? "Sehun menegur seorang pelajar junior yang masih berada didalam bilik. Matanya membelingkas ke arah semua sudut di dalam dorm itu. Tungang langgang saja keadaannya. Pakaian berselerah dimana-mana. Baldi dan perkakas mandi juga terabur didepan almari masing-masing. Tilam juga tidak bercadar, bogel saja menampakkan sebahagian isi yang sudah terburai dan berlubang.

"Er... Tadi sakit perut, hyung. Cirit-birit".Jison, pelajar gred 1 itu pantas mencapai bukunya dan berlari ke pintu depan bilik, menyarung selipar dan menapak pantas meninggalkan senior yang sedang memerhati suasana bilik dorm yang diberi nama NAMIE ZANIA.

Sehun mengeluh pendek. Wajah ketua disiplin dorm namja menerjah ke dalam kotak fikiran. Ke mana si Bambam  sehingga tidak memeriksa bilik2 dorm pada waktu2 sebegini?

Dia teringat sewaktu dirinya freshies empat tahun dulu, jangan cuba-cuba hendak bertindak keras kepala, melanggar peraturan. Hyung2 senior tidak banyak kompromi. Semua yang bersepah akan diterajang keluar dari bilik, bersepai di kaki Lima. Tilam yang tidak bercadar dihumban keluar, tidak mengira anak orang berada atau si miskin. Semua mendapat hukuman yang sama rata. Setimpal dengan kelalaian dan kesilapan yang dilakukan. Silap hari bulan, berjaga malamlah jawabnya, tidur dengan tangan diikat pada pokok. Tidur bertemankan bunyi unggas dalam hutan di belakang dorm, berkawan dengan nyamuk yang sentiasa dahaga.

Kini hukuman seperti itu sudah dilupuskan, diganti dengan denda yang lebih ringan dan berbentuk nasihat. Tapi bukan semua telinga pelajar dapat menelan nasihat yang cenderung dianggap sebagai 'bebelan'atau 'leteran'.

Kadangkala kekerasan perlu juga digunakan untuk memberi pengajaran. Buktinya malam itu, keadaan dorm lebih teruk daripada kandang kambing. Bagaimanakah ketua disiplin menjalankan tugas sehingga segalanya tidak teratur, bersimpang-siur dan berselerah? Dia pula malas hendak bertegang urat dengan si Bambam. Selagi boleh bersabar, dia akan bersabar dulu.

Selesai membuat pemantuan, dia terus saja bergerak menuju bangunan kelas kerana biasanya Encik Lee, warden dorm akan membuat pemantuan penuh di bangunan asrama mereka tiap-tiap malam.

"Kau orang kalau nak berdedai-dedai macam main buruk disini, lebih baik balik dorm. Tak payah belajar di kelas! "

Sehun merenung pelajar2 gred 3 yang suka benar melepak di tepi kaki lima, sambil memerhati dorm yeoja yang terletak tidak jauh daripada kedudukan bangunan kelas mereka. Bagai sudah menjadi tradisi, sesiapa yang belajar di bangunan itu pasti lebih banyak meluangkan masa diluar kelas berbanding didalam.

Pelajar2 itu pula hanya melangkah malas masuk ke dalam kelas setelah ditegur oleh senior mereka. Muka masing2 toya saja seperti betik benyek. Barangkali kerana keseronokan memerhati yeoja yang cantik2 dan menikmati panorama indah tu sudah disekat.

Sehun memerhati keadaan dorm yeoja. Tiada apa yang menarik pada matanya yang hendak diperhatikan di situ. Semua pelajar yeoja sudah berada di kelas masing2 mengikuti pembelajaran mereka. Jadi mengapa adik-adik junior itu sering menghabiskan masa mereka di kaki lima ini? Melihat apa? Melihat siapa? Mungkinkah ada apa2 yang seronok yang tidak diketahuinya?

"Malas. Malas nak belajar. Melepak saja dua puluh empat jam".

Leo memberi pendapatnya ketika hal pelajar2 gred 4 itu diutarakan kepada teman-temannya.
Sehun hanya mengangkat kening. Ruang belalang kelas yg dijadikan Medan belajar berkumpulan itu agak meriah berbanding hari biasa. Beberapa kumpulan belajar lain turut kelihatan didalam kelas.

"Kau dah habis meronda? "Taehyung bertanya.
"Dah. Yang aku tak habis fikir tu,budak-budak gred 3 suka benar melepak di situ.Entah apa yang dia orang tengok agaknya.Aku perhatikan keadaan dorm yeoja lengang aja.Tak ada sesiapapun."

"Mana kau tahu tak ada sesiapa?Budak2 tu nampak ja macam budak2 mentah tapi dia orang tu kecil2 cili padi,tahu tak?Mana kau tahu dia orang buat apa.Aku tak rasa semua budak yeoja belajar didalam kelas.Tentu ada jugak yg malas dan melepak di asrama.Sambil-sambil tu main matalah dengan budak2 namja di bangunan kelas tu."Jungkook mencelah dengan muka bersahaja.

Bukan dia tidak tahu parangai junior2 mereka.Dia juga pernah menjadi seperti mereka.Selalu mengeyitkan mata kepada Yoona,kekasih hatinya apabila yeoja itu berjalan menuju ke kelas.Dan Yoona pula hanya tersenyum simpul kepadanya.Malu2 kucing....

Okay guys. Semuanya 784 word.. Sorry author tak leh buat banyak2 sbb author busy.. Sorry.... Author janji akan update secepat mungkin... Dan author rasa nk buat ff baru.. Tajuknya That Student is My Husband.. Tapi tak tahu nak letak hero and heroin ape??.. Tahu tak??.

Exchange Love Where stories live. Discover now