Love High School
By Rayyln_HarlenUntuk pengetahuan korang author tak buat watak Dan perwatakan sebab nak surprise sikit. Okay read
Part 1
"Engkau perlu bezakan antara 'pemeliharaan' dengan 'pemuliharaan dalam ayat ni. Miss Suzy dah terangkan, dua istilah ni nampak sama tapi tak serupa".Sehun menunjukkan beberapa baris ayat didalam nota yang sedang disemaknya.
Nota tulisan Jungkook itu tidaklah begitu tebal, isi pentingnya agak padat. Mereka telah membahagikan tajuk-tajuk yang terdapat dalam subjek itu kepada ahli kumpulan mereka yang berjumlah empat orang. Nota -nota yang telah siap akan disemak oleh ketua kumpulan mereka,Oh Sehun.
"Apa pula salah? Pemeliharaan ialah penggunaan dan pengurusan secara bijaksana sumber semula jadi untuk meminimumkan kehilangan,pembaziran atau kerosakan. Apa yang salahnya?"Jungkook mengerut kening sambil membaca nota yang ditulisnya sendiri berdasarkan isi penting yang terdapat dalam buku teks kimia matapelajaran sains.
"Itu adalah 'pemuliharaan' bukannya 'pemeliharaan'. Kita jangan keliru. Pemeliharaan ialah usaha yang diambik untuk mengekalkan sumber semula jadi dalam keadaan asal.Itulah maksud pemeliharaan. Ianya lebih cenderung kepada menjaga sesuatu sumber. Pemuliharaan pula lebih kearah menguruskan dengan bijak sesuatu sumber".Sehun menerangkan dengan panjang lebar. Renungannya tepat kearah ahli sekumpulannya itu, Jungkook.
"Betul tu Jungkook,Miss Suzy terangkan pada kita macam itulah masa dalam kelas,"sokong Taehyung kemudian.
Jungkook masih lagi termangu-mangu.Barangkali penerangan yang begitu formal tidak dapat meresap kedalam saraf optiknya untuk diterjemahkan ke dalam pemahaman otaknya.
"Kata kunci yang boleh kau jadikan petunjuk ialah 'pemeliharaan' merujuk kepada mengekalkan manakala 'pemuliharaan' merujuk kepada urus dengan bijak.Andaikan soalan yang keluar nanti meminta kita memberi 'pemeliharaan' sesuatu sumber dibumi, jawapan yang patut kita terangkan ialah usaha mengekalkan sumber tersebut itu dan bukan pengurusan sumber secara bijak. Faham tak aku cakap ni? Aku dah separuh bersyarah ni. Kalau tak faham juga, nampak gaya kau kena masuk kelas "pemulihan".
Sehun menghela nafas panjang.Barangkali letih hendak menjadikan teman sekumpulannya itu benar-benar jelas tentang konsep bab yang dipelajari.Jungkook pula kelihatan hanya mengangguk-angguk sambil muka menggariskan ayat-ayat yang perlu dibuat pembetulan.
"Kenapa tulisan kau macam cakar ayam ja aku tengok ni, Jungkook? Aku nak baca pun tak berselera. Elokkanlah sikit tulisan engkau biar sedap aku nak menghafal nota".Sehun menegur lagi.
Antara tiga orang temannya, tulisan Jungkooklah paling susah hendak dibaca, mengalahkan tulisan doktor. Sering Kali menulis nota, dialah siap yang paling awal. Dia juga yang paling cepat membuat salinan nota untuk teman-teman dan mahu menjadi nota yang paling awal disemak oleh ketua kumpulan. Barangkali ia suatu kebanggan bagi diri lelaki bermuka bayi itu yang tidak suka memakai pewangi ketiak. Banyak minyak wangi dipasaran mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan sistem pituitari manusia. Begitu pendapat Jungkook.
"Apa tidaknya, asyik ber-SMS memanjang dengan Si Yoona tu. Tulis nota pun macam tulisan SMS juga.Nak cepat macam dikejar hantu,"celah Leo yang sedang menyiapkan notanya pula.
"Oi! Kau tu makan boleh sebarang makan,Leo.Cakap tu agak-agaklah sikit.Kang tapak kaki aku masuk dalam perut kau".Jungkook menjeling ,sakit hati kerana dikata sebegitu.
"La........ Marah pula aku cakap benda betul. Kau ni nak bergurau pun tak boleh. Relax laaa.... Leo mempertahankan diri sambil tersengih-sengih.
"Kau berdua ni tak habis-habis la!".Sehun cepat mencelah sebelum adegan yang tidak diingini dilihat berlaku. Bibit-bibit kelahi sudah menunjukkan tanda-tanda. Jika tidak dicegak, tentu perut leo betul-betul merasa penangan kaki Jungkook kerana Jungkook selalu memaksudkan apa yang dikatakanya.
YOU ARE READING
Exchange Love
Dla nastolatków"Siapa suruh kau bercinta? Setahu aku,disekolah atau universiti pun pelajar tak belajar tentang cinta. Kalaulah cinta itu sangat penting tentu kerajaan dah wujudkan mata pelajaran cinta". Tapi Sehun dalam bahaya, yeoja tu betul-betul nak rosakkan di...