Aku seorang pelajar asrama. Aku bukan nak cerita tentang pelajaran atau benda yang boring2 yang terdapat di asrama aku. Tapi aku nak cerita pasal benda misteri yang pernah berlaku di asrama aku.
Aku tak tahulah ini kebetulan atau tak, tapi malam tu malam jumaat. Aku memang tak dapat tidur. Aku tengok kawan-kawan aku semua dah tido. Siap bedengkur pulak tu. Lagipun esok hari jumaat, so aku tak perlu risau sangat pasal mengantuk dalam kelas sebab hari sabtu nanti aku boleh tido puas2 hehehe
Disebab mata aku ni susah sangat nak tido, aku decide untuk jalan2 dekat kawasan asrama. Bila aku nak keluar dari pintu bilik, tiba-tiba aku tengok si Aina ni berdiri depan gate asrama. Aku pun peliklah. Masa tu belum syak apa2 yang pelik. Tiba-tiba kawan dia datang, macam nak tegur dia. Lepas tu tiba-tiba si Aina ni macam nak cekik kawan dia tu. Lepas tu tuppp dia pengsan.
Kawan-kawan kamar dia terus keluar tolong angkat, aku kebetulan berdekatan di situ pun tolong. Bila dah baringkan dia atas katil. Tiba-tiba dia buka mata. Masa tu, aku dah lain macam tengok si Aina ni. Mata dia menyelarkan tengok sekeliling dia. Kami semua dah mula takut tengok dia.
Terus salah seorang dari kami keluar pergi panggil warden. Masa tu jam baru pukul 12. Aku pun keluar bilik tengok si Riana ni dari jauh ketuk-ketuk pintu rumah warden. Masa tu bilik no 4 je yang buka lampu. Ramai orang pulak tu. Senior pun macam pelik tengok keadaan kat situ dan turun bawah nak tengok apa yang berlaku. Masa tu si Aina ni tengah duduk bersila atas katil. Nak tegur pun tak berani.
Warden pun datang, bila dah masuk bilik tu warden tanya apa yang berlaku. Dia tanya aku. Aku pun jawablah yang perangai dia ni pelik semacam sejak dia pengsan depan gate tadi. Warden pun cuba datang dekat Aina. Warden tanya macam-macam. Sepatah haram pun dia tak jawab. Waktu tu ramai pelajar yang dekat pintu tengok-tengok terutama sekali senior. Tentu diorang Overtime study malam tu sebab tu belum tido.
Warden pun berfikiran sama dengan aku. Ada benda pelik dengan budak ni. Warden suruh dua orang pelajar pergi ke rumah warden ustaz. Warden perempuan tu bukan islam so dia tak tau nak baca surah-surah. Dia tanya sapa yang pandai baca surah-surah ni boleh tolong baca kat si Aina.
Waktu tu punyalah ramai budak muslim tapi sorang pun tak berani cakap apa-apa. Tiba-tiba cikgu tengok aku. Dia suruh aku bacakan surah-surah yang aku tahu. Baru je aku nak baca tiba- tiba dia macam nak muntah. Kawan dia pun ambik baldi dan letakkan depan dia untuk dia muntah.
Masa dulu, aku pernah baca dan hafal surah-surah ruqyah ni. Masa si Aina sibuk muntah, aku pun pegang tengkuk dia baca surah-surah ruqyah yang aku tahu. Aku baca berulang-ulang dan tiup kat dia. Masa tulah, dia mula buka mulut. Dia cakap yang dia panas. Dia sakit. Aku tak berhenti baca. Dia pun asyik muntah. Masa aku baca-baca tu, aku sempatlah tengok muntah dia. Muntah dia warna putih susu.
Aku pun berhentilah baca sebab dia memang merayu cakap sakit. Lepas aku habis baca, dia terus terbaring atas katil. Rupa dia pun macam dah okay. Tiba-tiba tak sampai 5 minit dia bangun balik, duduk atas katil macam tadi -.- Kami semua fikir yang dia ni dah okey, rupanya tak. Tepat pada masa, ustaz pun datang. Ustaz tu baca bacalah surah apa yang patut. Ustaz tu pun surah kami baringkan dia. Masa nak dibaring tu, ya allah. Memang susah. Badan dia berat semacam. Keras pulak tu. Sampai 6 orang pelajar yang tolong. Baru dapat dibaringkan.
Lepas tu, si Aina dia macam nak cakap, tapi kami tak faham apa yang dia cakap. Tiba-tiba ustaz tu cakap "kau ni memang suka kacau orang. Aku nak tido pun tak dapat." Semua gelak masa tu. Tapi dalam keadaan macam tu, tiba-tiba ada sorang budak perempuan ni menangis atas katil hujung. Ustaz pun suruhlah kawan dia pergi pujuk. Lemas semangat kot. Lepas dah okey semua benda. Ustaz pun balik pergi asrama. Semua pelajar balik ke bilik prep. Aku pulak balik ke bilik aku. Seramlah pulak masa tu sebab aku sorang je yang belum tido.
Tapi.... tu bukan pengakhir malam tu. Kalau nak tahu bacalah part 2 hihihi 😜
YOU ARE READING
#1 CreepyPastaVersiAku
HorrorDalam ni korang akan baca macam-macam kisah yang menyeramkan :'> *Warning : JANGAN BACA SEBELUM HENDAK TIDUR*