Sejak sebulan yang lepas, isteri aku asyik buat muka menyampah dekat aku. Sejak dia balik dari urusan kerja di Kl aku dah perasan perangai dia lain semacam. Setiap malam dia akan membebel yang aku ni suami yang tak bertanggungjawab dan dia menyesal berkahwin dengan aku.
Aku masih dapat terima segala hinaan dia sebab aku sayangkan dia. Malam tu semasa isteri aku tido, aku bangun dan ambik phone dia senyap-senyap. Aku check dan baru aku tahu kenapa dia dah tak suka dengan aku.
Esok harinya, aku cakap yang aku ada bisnes trip di Kl, macam biasa dia tak peduli dengan apa yang aku lakukan. Balik dari bisnes trip aku terus jumpa isteri aku. Aku cakap yang aku rindu dia. Masa tu dia tengok tv. Tiba-tiba keluar berita tentang kes pembunuhan seorang Dato.
Isteri aku terkejut. Aku dapat tengok mata dia mula berair. Aku ambik phone aku dan send sesuatu dengan dia. Dalam keadaan terkejut, dia check telefon. "Kau seterusnya"
Dia pandang aku. Aku angkat dari kerusi. Tiba-tiba dia merayu dekat aku. Dia minta maaf. Aku hairan kenapa dia macam tu. Aku nak tolong dia bersama dengan Dato tu. Tentu dia akan suka balik dengan aku kalau aku tolong dia bersama dengan Dato tu.
Aku keluarkan pisau yang aku sembunyi di belakang aku. Aku kelar leher dia. Dia mula senyap. Aku pun pergi ke dapur dan ambik pisau pemotong daging. Aku potong tangan dia. Aku potong kaki dia. Hahaha aku pun pergi keluar rumah dan ambik kaki dan tangan Dato tu dari belakang bonet kereta dan cepat-cepat aku jahit mereka bersama-sama.
Tapi jantung isteri aku, aku simpan. Sebab aku tahu aku tak perlukan segala tubuh badan dia. Sebab aku tahu yang aku mencintai dia seikhlas hatiku :)
YOU ARE READING
#1 CreepyPastaVersiAku
KorkuDalam ni korang akan baca macam-macam kisah yang menyeramkan :'> *Warning : JANGAN BACA SEBELUM HENDAK TIDUR*