08

116 7 0
                                    

Sebulan pun berlalu. Aku berjalan ke ruang tamu dengan perut yang besar sedikit dari bulan lepas. Mungkin lagi 3 minggu, aku akan beranak.

"Oppa. Tolong ambilkan kek coklat dekat dalam peti ais tu." pintaku dengan nada yang kuat dari ruang tamu.

Taehyung toleh kepalanya ke tepi dari dinding dapur dengan pakai baju maid warna hitam putih. Mukanya kelihatan sedikit kotor. "Nae?"

"Kek coklat dalam peti ais tu. Tolong ambilkan." kataku sekali lagi.

"Jagi nak makan ke?"

Aku gulingkan bola mata. "Eh tak lah. Jagi nak buat main kek tu."

Taehyung garu kepalanya sambil sengih. Dia segera ke peti ais dan ambil kek coklat yang sudah siap dipotong. Sepinggan kek tu diletakkan atas meja di hadapanku.

"Gomawo." ucapku tanpa pandangnya.

Taehyung berdiri dan nak pergi ke dapur. "Oppa oppa oppa" panggilanku buatkan dia toleh ke belakang.

"Nae jagi?"

"Oppa dah siap betulkan paip sinki tu?" soalku.

"Hmm, tengah nak siap."

Aku angguk faham. "Nanti kalau dah siap. Oppa tolong vakum sini eh? Kotor lah." aku tunjuk seluruh ruang tamu dengan jari. Aku pandang karpet. "Ha, tu. Ada benda dekat situ. Nanti oppa vakum nae?"

Taehyung angguk lemah. Dia pergi ke dapur semula. "Banyaknya songeh dia bila dah nak dekat beranak ni. Dahlah suruh pakai baju maid segala. Rasa macam pembantu rumah je. Macam manalah nasib aku bila dia dah beranak? Lagi teruk agaknya. Tabahlah wahai hati. Huu~~" rungut Taehyung malas.

"Oppa, cepatlah betulkan tu. Vakum dalam ni." jerit isterinya dari dalam.

Taehyung membuat muka biasa balik. "N-nae"

Selepas siap, Taehyung tolak vakum hampagas ke ruang tamu. Dia tolak guna kaki.

"Dah tak boleh guna tangan nak tolak tu?" pandangku pada kakinya yang menolak vakum. Taehyung buat muka dan tolak guna tangan.

Selalu dia boleh je guna kaki. Asal aku tak boleh pulak? Apa kena lah. Mungkin mood dia dah bertukar. Tu lah nak cari salah aku je. Tapi nak buat macam mana? Kene ikut je lah. Karang tak pasal-pasal kene tidur luar.

Taehyung vakum seluruh rumahnya, dari ruang tamu ke ruang makan dan ke dapur. Lepastu naik ke tangga. Bilik pun dia vakum.

Dia lap peluhnya yang berada di dahi. Vakum disimpan semula di dalam stor. Punggung dilabuhkan di sebelah isterinya. Dia bersandar dan ambil nafas.

"Penat?" soalku sambil tukar channel TV.

"Eo." angguk Taehyung laju.

"Macam tu lah penat jagi bila kene buat kerja dekat rumah ni."

"Jagiya, mul (air)...."

Aku pandang dia tajam setajam mata pisau. Nak suruh aku ambil air lah tu.

"Nak air?" soal Taehyung cepat.

Aku naikkan sebelah kening.

"O-okay." Taehyung terus bangun dan pergi dapur untuk minum air.

Taehyung pergi dapur dan ambil gelas. "Wuish. Seram betul." gelas diisi dengan air.

Air diteguk sehingga habis. Mulut dilap dengan belakang tangan. Taehyung masuk ke dalam sambil berjalan dengan melompat-lompat. Dia duduk sebelah aku dan letakkan kepalanya di atas peha kiriku. Dia baring dan lunjurkan kaki.

[C] Imagine ||  Stupid Couple ↭ K.th [김태형]Where stories live. Discover now