° 7 tahun kemudian °
"KIM TAEHYUNG!! KIM TAEYOUNG!! BANGUN. TURUN SEKARANG. MAKAN!!!" jeritku sehingga boleh dengar ke jiran sebelah. Aku berdiri tepi meja makan sambil cekak pinggang.
Di dalam sebuah bilik, Taeyoung tidur di atas perut Taehyung. Taehyung pula tidur sambil terkangkang.
"OPPA!!YONGYONG!!BANGUN!!" jeritan isteri Taehyung boleh kedengaran dengan jelas di atas. Taeyoung gosok matanya. Dia bergolek malas ke sebelah Taehyung.
Taeyoung duduk dan pukul lengan Taehyung. "Papa bangun. Mama suruh kita bangun."
"Nantilah" Taehyung merengek dan peluk bantal peluk di sebelahnya. Dia baring membelakangi Taeyoung.
"MAMA KIRA SAMPAI 3 JE. SIAPA YANG TAK BANGUN, MAMA SURUH CUCIKAN PAMPERS MINMIN."
Aku angkat 3 jari. "1...2..."
Kelihatan Taehyung dan Taeyoung sedang berlari turun dengan cepat. Mereka ambil tempat masing-masing. Aku tersenyum dan pergi ruang tamu.
Aku dukung anak lelakiku yang baru berusia setahun. Di ruang makan, aku letak dia dekat kerusi bayi. Aku duduk sebelahnya. Taehyung pula duduk sebelah Taeyoung.
"Dah tengahari baru nak bangun. Elok sangat." perliku sambil pandang mereka.
Taehyung dan Taeyoung muncungkan mulut. Sama je dua-dua ni. Kalau merajuk, perangai memang sama. Buat-buat comel, buat mulut itik tu.
"Lepas makan, pergi mandi."
Mereka ambil chopstick dan makan nasi dengan sikit. Aku gelengkan kepala bila diorang buat pergerakan macam serentak.
Aku dekatkan sudu pada mulut Taemin. Dia terus buka mulut dan aku masukkan nestum ke dalam mulutnya. Dia telan nestum tu sambil ketuk-ketuk meja dengan tapak tangan. "Hajima" aku tunjukkan jari padanya.
Taemin berhenti ketuk dan pandang aku tajam. Walaupun dia kecik lagi tapi dia boleh faham apa yang aku cakap. Aku pandang dia macam nak marah.
Si Taemin ni pula sama macam aku. Bila kena marah atau geram, dia pandang orang tu tajam. Berlainan dengan noona dia. Noona dia ikut papa, saeng ikut mama.
Aku ambil sesudu nestum dan dekatkan dekat mulut dia. Taemin berhenti pandangku dan pandang nestum tu. Dia nganga mulut. Aku tersenyum dan suapkan dia.
"Aaaeiaiaeaeai" Taemin berkata sambil tangannya buka tutup minta sesuatu. Dia main mulutnya dengan nestum yang dia tak telan. "Minmin nak apa?" soalku pelik.
Taeyoung ambil botol air adiknya dan letak sebelah Taemin. Dia sambung makan. Taemin capai botol dia dan sedut air.
"Lah nak air ke?"
"Mamamamamama" katanya sambil hulurkan botol dia dekat aku. Aku ambil dan letak tepi. Dia nganga mulut. Aku suapkan dia nestum.
"Faham pulak Young. Mama pun tak faham." sengihku.
"Minmin ni bising sangat. Sebab tu Young bagi dia air. Tak tahu pulak yang dia memang nak air." balas Taeyoung tanpa pandangku. Dia tumpukan pada makanannya.
Aku angkat sebelah kening sekejap. "Aeaiaeaeaiae" Taemin goyangkan kaki. Aku suapkan dia lagi.
"Nyumnyumnyumnyum" kata Taemin banyak kali. Aku tersenyum. "Nyum nyum." aku ajuk dia. Taemin tergelak. Aku juga tergelak apabila mendengar gelaknya yang comel.
YOU ARE READING
[C] Imagine || Stupid Couple ↭ K.th [김태형]
Kısa Hikaye" 그 멈청한 놈이 내 남편이에요 " - that stupid guy is my husband - • K.th • On-Going [ ] Hiatus [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start : 28 Dec 2016 End : 19 Ogos 2017