02

185 15 3
                                    

Soyee di rumahnya duduk di ruang tamu sambil makan buah oren. Perutnya yang besar jelas kelihatan. Sebenarnya Soyee dan (Y/N) dah mengandung 7 bulan.

Jungkook lalu di ruang tamu untuk ke pintu rumah. Dia memakai baju kemeja merah dan seluar slack nya. Soyee memandangnya.

"Nak pergi mana?" soalnya.

"Saya nak...pergi kerja." balas Jungkook perlahan.

"Eh, hari ni kan hari Ahad. Takkan tak cuti? Orang lain cuti takkan awak pergi kerja?"

Jungkook cuba untuk bercakap. Dia sedikit tergagap. "Ah, saya...ha, saya kan orang penting dekat syarikat tu. Jadi saya kenalah pergi. Lagipun saya ada mesyuarat lepas ni. Saya kene cepatlah." Jungkook tengok jamnya.

"Betul ni?"

Jungkook angguk. "Ye betul. Okaylah saya pergi dulu. Dah lambat."

"Kejap-kejap." Soyee bangun dan pergi ke arah suaminya. Tangannya yang kotor akibat air oren dilap sedikit pada baju. "Kotor sikit." sengihnya dan memberi tangan untuk salam. Jungkook salam tangannya dan cium dahi Soyee lembut.

"Anyeong." Jungkook terus jalan ke pintu utama.

"Jangan balik lambat." pesan Soyee.

"Nae." balas Jungkook kuat dari luar.

♬♩

Aku masak di dapur dengan dahi yang sudah berpeluh. Sekarang waktu tengahari, aku terpaksalah masak untuk laki aku tu sebab dia dah macam orang nak mati dekat dalam tu.

Taehyung baring terbalik di atas sofa dengan menghayunkan kakinya atas bawah sambil merengek. Kepala dekat bawah kaki dekat atas. "Jagi..cepatlah masak. Oppa lapar ni." jeritnya. Aku tak pekak lagi kot. Boleh je dengar.

"Sabarlah. Dah nak siap ni. Tahu nak bising je. Cuba tolong jagi masak. Cepatlah sikit siap." balasku dengan mencekak pinggang dengan tangan kiri. Tangan kanan gaul sup ayam dengan senduk.

Taehyung diam. Aman sikit. Kalau tak memekak je. Tak boleh fokus aku nak masak.

"Jagi!!!" jerit Taehyung sambil merengek. Lagi.

"Ye. Sabarlah. Jagi sumbat cili ni dalam mulut oppa kang. Nak?"

Taehyung muncungkan mulut. Merajuk sebab isteri marah.

"Cepat sikit tau. Oppa dah lapar." kata Taehyung dengan suara perlahan.

"Ye. Oppa tunggu je lah."

Taehyung duduk...eh yeke duduk? Dengan posisi die terbalik tu. Lantaklah. Dia main tepuk-tepuk dengan kaki dia tu. Serupa macam budak kecik. Sesekali dia tergelak.

"Apahal dengan laki aku tu?" dahiku berkerut mendengar Taehyung tergelak macam hantu

"Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. Tepuk ramai-ramai emak upah susu. Susu lemak manis santan kelapa muda. Taetae jangan nangis jagi buat kerja. Hahaha" Taehyung menepuk tangannya banyak kali macam anjing laut sambil tergelak.

Aku yang terdengar dia nyanyi rasa pelik. Gila ke? Inilah padahnya bila dapat suami macam ni. "Kepada yeoja di luar sana, kalau nak kahwin nanti, saya nasihatkan anda carilah lelaki yang bersikap matang dan dewasa. Bukan seperti lelaki di dalam tu. Saya pun nak pening dengan perangai dia tu." aku keluh perlahan.

"Nak makaaan!!!"

"Tengok tu, tau nak makan je. Bukannya reti nak tolong. Heih. Pemalas betul. Dahlah perut kita dah macam ni. Perangai tetap sama. Alien betul. Aku hantar balik planet baru tahu." aku angkat tangan sambil pandang dalam. Acah-acah nak pukul tapi sayang. Hahaha.

[C] Imagine ||  Stupid Couple ↭ K.th [김태형]Where stories live. Discover now