{ 0.6 }

1.5K 119 12
                                    

Day 5.

Give up.

Tukar matlamat dan niat. Betulkan niat semula. Hari ni aku mulakan sepertimana hari pertama aku pergi. Di hadapan cermin aku betulkan telekung.

"Lupakan dia, kau mampu."

Aku betulkan telekung yang agak tak betul semasa perjalanan. Kali ini, tiada lagi niat untuk berjumpa dia. Puasa pun dah tak lama. Lebih baik kejar pahala dari kejar manusia. Kan?

Kali ini lebih khusyuk.
Suatu perasaan yang lain.

"Cepatlah!" katanya.

"Sabarlah." aku pakai selipar.

Jalan seperti biasa. Tiada lagi niat untuk menoleh. Malas, nanti hampa lagipun aku sudah penat dan letih. Buat apa mencari sedangkan dia yang cuba melenyapkan diri.

"Weh! Budak tu!" katanya.

Aku menggeleng kepala.
"Bukan dia." aku tetap tidak mahu menoleh.

Enggan!
Kerana ia akan berakhir dengan kekecewaan.

"Betul! Budak yang sebut Ya Rab tu. Aku tak tipu sekarang dia makin dekat." katanya.

Ah! Aku masih tetap tak akan percaya dan berjalan lagi disebalik pokok-pokok. Pernah juga kayu dan ranting tersangkut menyebabkan aku tersandung. Buat malu sahaja tapi nak buat macam mana itu laluannya!

Aku pandang ke sebelah.
Dia!

Aku pegang kuat tangannya dan berjalan lebih laju dari Dia! Tidak mahu berjumpa lagi kerana dia akan menghilang lepas aku menanti kehadirannya. Ah! Dia datang untuk apa?

Sebuah kereta saga merah berhenti tepat di tepi jalan dimana aku dan dia berada. Aku berhenti dan menoleh ke arah dia. Dia yang memakai baju melayu hitam tanpa beanie. Hari ni, rambut dia kelihatan.

Aku berjalan lagi, sumpah baru tersedar.
Bahaya betul! Aku lihat dia bercakap dengan orang di dalam kereta itu. Aku terus sahaja berjalan dan aku nampak.

Dia pandang aku.

But i cant deny..
I want to see you again.
Your blury face.

Hanya Seminggu | √Where stories live. Discover now