{ 0.8 }

1.2K 100 2
                                    

Day 7.

"Tak buat solat witir ke?"

Aku yang bagai retak kaca terkesima sendiri. Sudah seminggu solat terawih bagaikan nasi tiada kuahnya kerana tidak lengkap tanpa solat sunat witir tiga rakaat. Ini lebih sedih dari hal semalam!

"Solat witir tu macam mana?"

"Balik ni aku google lah." aku berkata.
Selama ni, selama terawih aku tak pernah lagi bawa telefon. Dalam diam, bagus juga aku ni.

Aku tekad! Kali ini tiada lagi namanya menanti budak terawih itu. Sudah boleh jalan! Aku tak mahu lagi fikirkan dia. Sakit hati dan sedih. Hanya aku sahaja yang perasan sedangkan dia tidak mengingkannya.

"Tu dia.."

Aku menoleh.
Cukuplah, kali ini yang terakhir.

Aku sudah berjanji.
Antara aku dan Dia.

Aku sedar sesuatu.
Dia pasti memakai baju melayu hitam dan beanie hitam.
Sebenarnya..

Dia ni wujud ke tidak?

Aku hanya mampu mengintai.
"Aku nak tahu nama dia.."

"Pergilah."

"Malu." aku mengeluh.

Dia masih tetap berjalan di belakang. Aku berharap dia akan berjalan di hadapan. Awal-awal! Jadi aku boleh mengacau dan menegurnya namun apa yang aku bayangkan sebaliknya yang jadi.

Ini kali terakhir.

Esok, aku mahu benar-benar melakukan ibadah.
Solat terawih aku seperti sia-sia.
Witir pun baru aku sedar kewujudan nama itu.

Malam lailatul qadar orang sibuk cari.
Bukan seperti aku..

Staring at you like..
Crazy girl.

Perhaps,
I am.

Since i saw you.

Hanya Seminggu | √Where stories live. Discover now