{ 1.5 }

2.7K 148 19
                                    

Untill now.

Aku masih lagi belum pernah nampak dia. Ada juga aku dengar dia pergi masjid tapi bila aku tunggu dia pulang, mustahil dan seperti tidak wujud. Nampaknya, apa yang aku janjikan untuk berjumpa dia hanya dalam seminggu dikotakan. Kelu aku nak fikirkan.

Bila hati berdetik untuk berharap berjumpa dia,
"Ya Allah aku mohon sekali je lagi aku dapat jumpa dia. Seminggu ni pun tak apa. Hanya seminggu sahaja. Nanti raya dah pasti tak jumpa." ayat yang sering aku ulang.

Dan ya,
Hanya seminggu.

Seperti hijab tertutup untuk melihat dia. Aku tak tahu kenapa aku perlu jumpa dia pada hari pertama tu. Tapi bila difikirkan di sudut perspektif lain, mungkin Allah nak beri aku sesuatu untuk aku pergi terawih. Mungkin juga ini salah satu ujian untuk aku.

Samaada kewajiban ibadah itu penting ataupun
Manusia yang penting. Dang!

Dan bila kau pilih manusia, dia akan menjauh.
Biasa bukan? Mencintai manusia dan meletakkan pencipta di belakang pasti manusia itu akan menjauh. Sebaliknya, mencintai pencipta terlebih dahulu dan pasti akan ada yang menunggu, the perfect one.

Aku sedar. Bila hati ni mula berkata.
"Aku tak akan jatuh pada mana-mana lelaki lagi lepas ni."

Pasti akan ada lelaki yang Allah kirimkan untuk mendekati.
Nak pula yang handsome lupa terus dengan azam di dada. Itu bukan hadiah, tetapi ujian. Baru ujian tetapi kau dah gagal. Nampak tak kat sini? Pegangan iman dan azam yang rendah. Allah sengaja uji untuk melihat sejauh mana kau mampu bersabar dan berjalan di jalanNya. Jalan yang kau baru nak melangkah namun terus terjatuh semula hanya disebabkan seorang manusia.

Kau hilang.
Hilang dalam rentak diri kau sendiri.

Aku sedar itu.
Dunia ini hanya tempat sepermainan.

Allah akan uji samaada dengan nikmat ataupun dugaan.
Kau mampu untuk terima atau kau hanyut dalam deras kenikmatan. Kau mampu untuk sabar atau tetap menyalahkan takdir diri kau.

Dan budak terawih tu. Aku pasti, dia hanya datang dan pergi untuk uji aku. Uji samaada aku berjalan kaki ke masjid untuk solat terawih itu demi siapa. Untuk siapa. Lalai sekali hanya kerana teguran sekali dan aku terus rebah..

Dahsyat sungguh.

Tapi..
Aku masih tetap mencarinya.
Untuk kali ini.

Sekali sahaja lagi.
Ataupun untuk seminggu lagi.

Mustahil, aku melihatnya..
Hanya seminggu.

To the man in black Baju Melayu and a beanie's on
I hope i can see you again
In my lifetime

A second chance for me
Knowing you

Again.

End

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya Seminggu | √Where stories live. Discover now