{ 0.5 }

1.6K 118 0
                                    

Day 4.

Otak dah diperas sehabis mungkin tapi hasilnya masih tetap sama. Aku masih tak berjaya ingat muka lelaki itu. Blury! Kesedihan semalam masih belum terubat. Hari ini aku harap aku dapat jumpa dia lagi!

"Kita kena balik lambat sikit." cadangku.

"Tunggu yang lain balik dulu?"

Aku mengangguk.
"Tak lambat sangat. Nanti takut pula balik tak ada orang. Kita balik macam biasa tapi tunggu sekejap."

Aku memandang luar masjid meskipun aku duduk di dalam tetapi mata ni gatal sungguh mahu melilau sekeliling mana tahu nampak lelaki pakai baju melayu warna hitam. Boleh jadi itu dia!

Niat untuk solat terawih sudah terbang jauh.
Tujuan utama aku datang untuk cari dia.

"Jom balik sekarang." aku menarik tangan dia.

"Cepat! Nanti kereta banyak!"

Aku menoleh ke belakang. Tiada lagi! Aku sudah malas dan berputus asa. Dia hanya hadir sekali sahaja ke? Atau sebenarnya dia tidak wujud? Hanya jejaka ilusi? Hampa sedikit sama seperti semalam.

Salah aku di mana?

"Cuba tengok belakang." kata aku kepada dia.

"Eh! Tu budak yang panggil Ya Rab!"

Aku terus sahaja tersenyum dan takut-takut untuk menoleh ke belakang. Memanglah mahu pandang tetapi takut dan malu! Aku beranikan diri menoleh kebelakang. Dan ya!

Dia ada!
Aku menutup mulut dengan kain telekung.
Gembira dan bahagia. Sumpah!

Aku toleh lagi. Sedari sesuatu, langkah besar yang diambil tadi sudah bertukar menjadi langkah yang kecil. Oh! Terasa sungguh. Aku membuang pandangan pahit.

Dia tidak lalu lagi dilaluan pertama kali aku berjumpa dia.
Muka dia masih lagi tidak jelas kelihatan. Kaki dia jejak di tanah! Aku memerhati kawasan mana yang dia ambil.

Oh..

Hanya Seminggu | √Where stories live. Discover now