{ 0.4 }

1.9K 140 0
                                    

Day 3.

Aku tercari-cari mana dia pergi sebaik sahaja lepas solat terawih. Hari ini, niat aku pergi sudah melancong jauh. Kebiasaannya mahu solat terawih tetapi hari ini.

Datang untuk mencari dia.
Lelaki semalam.

Aku memusingkan kepala memandang belakang.
Tiada, hari ini tiada. Dia tiada! Ah! Keluhan hampa jelas terpancar dari muka dan nafas yang dilepaskan. Kecewa.

"Tak ada pun dia hari ni."

"Tapi dia budak terawih."

Aku tersenyum hampa. Nak senyum pun susah. Aku masih lagi gigih memandang belakang, kalau-kalau ternampak dari jauh pun sudah cukuplah. Janji ada. Namun , semua itu hanyalah harapan yang tinggal harapan.

Hakikatnya, dia tiada.

Penantian aku masih belum berakhir, baru sahaja mahu masuk ke rumah aku terlihat dia lalu seorang diri. Dengan memakai baju melayu berwarna hitam dan beanie hitam.

Aku tersenyum sendiri melihat kelibatnya.
Ada juga akhirnya. Jam segera aku lihat.

Esok!
Masih ada esok!

A little hope,
I have a chance to see your smile..
Again.

Hanya Seminggu | √Where stories live. Discover now