{ 1.3 }

1.3K 108 0
                                    

Jalan suram itu dilalui.

Sekali pandang begitu ngeri. Dua kali pandang terlihat keruh! Kali ketiga, begitu menyeramkan. Suasana begitu kabur dan gelap. Cahaya malap sahaja yang terpancar dari atas. Mungkin bintang dan bulan?

Aku memandang sebelah.
Eh! Ada dia!

Dia masih lagi tetap memandang ke hadapan. Aku memandang diri sendiri, berpakaian telekung dan dia juga masih memakai baju melayu hitam. Kegemaran dia mungkin? Aku aneh! Terawih ke?

Beg yang dia pakai disandang di bahu aku pegang dibahagian bawah. Eh? Tangan gatal pula nak pegang! Aku pusing kepala kebelakang. Seram! Bulu roma berdiri tegak sendiri. Aku kembali mendongak kepala memandang dia yang masih tetap memandang hadapan!

"Awak, saya takut." kataku perlahan.

Dia memandang aku dengan kerlingan mata ke bawah. Isyarat mata apa tu? Aku masih lagi memegang beg yang disandang. Takut punya pasal! Gedik sungguh.

"Dah sampai, baliklah." katanya.

Aku melepaskan pegangan beg itu dan berjalan ke hadapan. Memasuki pagar rumah, aku menoleh lagi ke arahnya. Sungguh! Ini detik bahagia!

Dia tersenyum dan melambaikan tangan.
Kenapa comel sangat? Aku juga turut tersenyum.

Tersedar.
4.00 pagi.

Mimpi rupanya.
Kesedihan apakah ini!

Eh tak!
Ini mimpi paling bahagia.

Mimpi dia!

Hanya Seminggu | √Where stories live. Discover now