1

19.3K 111 2
                                    

Amin menghempas badannya di atas tilam katil bujangnya. Penat sungguh hari ni. Banyak kerja yang perlu dibuat. Stok barang pejabat baru sampai perlu diangkat, belum pun habis penatnya, dia ditugaskan menghantar sekotak surat, rata-rata ditujukan kepada klien syarikat.

Matanya memandang kosong kipas siling yang berpusing laju. Angin kipas yang kuat membuatkan rambut panjangnya mengerbang seperti heroin dalam filem Bollywood. Saat matanya mula terlelap, deringan bunyi teks mesej masuk membuat matanya kembali segar.

"Hey, I'm home. But I need to go to my gran's. They asked me to. Rindu mungkin."

"Okay. Takecare."

Mesej yang ringkas dibalas Amin untuk Alia. Dah lama mereka bersama. Masih mencari waktu yang sesuai untuk melangkah setapak ke hadapan. Amin bingkas duduk di hujung katil. "Tak boleh jadi ni. Terlelap nanti susah." Dia terus mengatur langkah ke tandas mengambil wudhuk.

Tidur pada waktu petang bukan hobinya. Asar selesai. Perut mula berkeroncong. Nak keluar malas, nak masak, lagi lah malas. Dia berpaling pada telefon pintarnya yang sedang dicaj. Tiada notifikasi. Dipanjatkan doa pada Yang Esa. Mudah mudahan dosa dosanya terampun, diberkati rezeki dan dipermudahkan segala yang dirancang. Terus saja dia melekat di atas sejadah hingga Maghrib.

Masa kian berlalu. Amin menatap kaca televisyen. Drama, drama, drama. Entah apa yang sedang berlaku pun dia tak pasti. Jarang sekali dia menonton drama. Biasanya lepas kerja terus dia bersiap untuk makan malam bersama Alia. Tetapi tidak pada malam ini. Alia maklumkan teman serumahnya masak. 

Amin bangun dari kusyen. Ke dapur masak maggie mee. Di saat kemelut ekonomi kian meruncing, itu saja fikirnya. Dah selalu sangat keluar makan di luar. Dua mulut pulak tu yang perlu dibayar. Takkan nak makan duit perempuan. Berita bersiaran tika dia sudah siap untuk makan. Dimulakan dengan ekonomi. Bismillah pun takde. Cehh. Fikirannya ligat bekerja. Apa yang perlu dia buat untuk legakan diri dari masalah ini.

Housemate!

JIRANWhere stories live. Discover now