2

14.3K 77 5
                                    

Selesai menangkap gambar bilik kosong yang akan disewakan serta barang barang keperluan rumah yang akan dikongsi, Amin memuat naik gambar tersebut di laman sesawang mudah.my. Harap-harap ada peneman bulan hadapan. Kurang sikit bebannya nanti.

Sedar tak sedar jam telah menunjukkan 11.25pm. Sungguh galak jari jemari menaip skrin bercahaya itu. Berbalas teks mesej dengan Alia. Amin perlahan-lahan mengundur diri. Lagipun besok hari kerja.

Sayup sayup kedengaran bunyi orang bertukang di tingkat atas. Hampir jam 12. Matanya sarat sekali. Tak diendahkan bunyi bising "jiran" di atas. Akhirnya dia tidur didodoikan bunyi bertukang. Setengah jam kemudian, tekaknya rasa tak selesa. Terbatuk-batuk hingga memaksa kakinya membawa dirinya ke dapur. Diteguknya air kosong dalam sedar tak sedar. Ahh. Pedih pula rasa tekaknya. Dia ke tandas membasuh kaki dan muka.

"BAMM!"

Kedengaran bunyi hentaman kuat seperti lori sampah menjalankan tanggungjawab. Amin mengangkat mukanya yang baru dilap dengan tuala mandi. Dia tahu, "pagar" rumahnya cuba diceroboh. Besok harus dipagar lagi.

***

Amin akhirnya berjaya meletakkan dirinya di atas kerusi pejabat. Masuk kerja pagi tadi terus sahaja diberikan tugas menghantar surat. Harini panas terik. Mujur juga tak hujan. Dia mengeluarkan telefon pintar dari poket depan seluar slack hitamnya. Ada satu teks mesej ucapan selamat pagi dari Alia seperti selalu. Dia biarkan saja. Jam telah menunjukkan pukul 12.40. Fikirannya ligat memikirkan menu untuk makan tengah hari. Perutnya sudah berkeroncong. Pun begitu, di hujung bulan begini perutnya tak boleh terlalu demand. Wangnya cukup cukup saja hingga gaji bulan depan. Dia menatap skrin telefonnya dari tadi. Tiba tiba ada panggilan masuk dari nombor yang tidak dikenali.

"Hello"
"Assalamualaikum"
"Wa'alaikummusalam"
"Ni Amin ke?"
"Ya saya"
"Bilik kosong ada lagi"
"Ada"

Seterusnya mereka bersetuju untuk bertemu besok. Amin tersenyum lega. Akhirnya dia punya teman serumah. "Argh!" Tiba tiba ada suara dengusan marah kedengaran dari belakangnya. Amin agak kaget. Lalu dikalihkan pandangannya ke belakang. Mana tahu si Kamil-- . Pergerakan Amin terhenti. Agak tersentak apabila dia dapati tiada siapa pun di belakangnya. Bulu romanya mula mencanak naik. Dia memandang rakan sekerja yang lain di kiri dan kanan. Semua sedang kusyuk mengadap komputer.

"Amin." Amin tersentak. Hampir terjerit. Kamil yang tiba tiba muncul dari belakang dilihatnya dengan mata terbuntang.
"Kau dah kenapa? Jom ah makan." Amin mengangguk. Masih kaget. Dia beristighfar dan menarik nafas dalam dalam cuba mendapatkan dirinya kembali. Dia kemudian mengangkat punggungnya mengekori Kamil ke kafe.

JIRANWhere stories live. Discover now