9

2.2K 68 2
                                    

"Aku dah call Tok Wan aku. Nanti dia datang pulihkan semangat kau." Ujar Amin menamatkan kisahnya.
Farid hanya mengangguk lemah. Jantungnya masih lagi berdegup laju. Fikirannya resah. Terasa ada tapak tangan singgah di bahunya, agak kejap.
"Jangan berhenti berzikir, jangan leka." Nasihat Amin lagi sebelum berlalu menuju ke biliknya.
Jantung Farid masih lagi berdegup laju. Dia bangun ke biliknya juga sambil menggenggam naskhah yassin.

***

"Yang haritu punya dah Tok Wan buangkan. Yang ini dari jiran sebelah." Ujar Tok Wan sambil matanya dibuka perlahan lahan.
"Jiran sebelah pun amalkan benda tak elok ke, Tok Wan?" Soal Amin.
"Bukan. Rumah sebelah ni memang takde orang, dah beranak pinaklah segala jin. Lepas tu kawan kamu ni langgar syarat haritu. Jemput masuk pulak." Tokwan melihat wajah Farid dengan rasa kesal. Farid menunduk membisu, rasa bersalah.
"Jadi Tok Wan, kali ni macam mana cara pulak?" Soal Amin lagi. Dia malas berurusan dengan hal ini lagi.
"Tok Wan akan uruskan seperti yang sebelum ni tapi atok tak janji mereka akan pergi dengan baik." Jawab Tok Wan.
"Maksud Tok Wan?" Kali ini Farid bersuara. Takmahu dianggap lepas tangan oleh Tok Wan.
"Mungkin mereka akan marah dan susah utk singkirkan mereka kerana kamu yg jemput, kemudian kamu halau."jawapan Tok Wan mengena tepat ke lubuk hati Farid. Dia abaikan saja perasaan itu.

***

Selesai bacaan yassin, Tok Wan meriba botol berisi air jernih lalu mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci untuk membersihkan kawasan rumah. Tok Wan kemudian menyerahkan botol tersebut kepada Farid.
"Nah, pergi renjis setiap dinding rumah sambil selawat. Kecuali tandas, kamu buat dari pintu saja sudah memadai." Arah Tok Wan dan botol tersebut bertukar tangan. Farid bangun dan berlalu.

"Amin, ada sesuatu yang Tok Wan nak beritahu kamu." Tok Wan menarik nafas perlahan lahan. Amin tekun membuka telinga.

"Kamu mahu ke kalau ilmu Tok Wan ni turun ke kamu?"soal Tok Wan serius. Tok Wan tahu Amin berpotensi. Jika tanpa ilmu sekalipun, dia boleh melindungi dirinya sendiri kelak.

"Huh? Takpela Tok Wan. Saya takmahu." Ujar Amin cuba menolaknya dengan baik sambil tersenyum kelat. Kekok. Seketika kemudian setelah lama diam, Amin bersuara." Tapi Tok Wan, kalau bila bila nanti saya bersedia, boleh ke?" Tok Wan tersenyum. "Tawaran ni cuma sekali sahaja. Kalau kamu buat keputusan kali kedua itu bukan diri kamu lagi. Silap silap ilmu tu kamu salahguna."

Amin menunduk. Kesal barangkali. Namun di sudut hatinya rasa lega dia tidak menerimanya, mungkin dia takkan mampu untuk menggunakan ilmu tersebut dengan baik.

Farid muncul kembali di ruang tengah rumah. "Airnya ada lagi, Tok Wan."

"Besok lusa buat lagi, cu. Sampai airnya habis. Jangan diletak di bawah. Jangan dilangkah. Letak atas meja." Farid mengangguk tanda faham.

***

Farid terjaga dari tidur. Kedengaran jiran mereka sedang rancak bergaduh. Seorang lelaki, seorang perempuan dan diselangi dengan bunyi muzik kuat namun sayup sayup. Yang perempuan seringkali menjerit seperti dipukul. Suara lelaki seperti marah tapi tiada butir yang dapat ditangkap. Sesekali bunyi pintu dihempas. Farid tak senang duduk. Dia membuka langsir. Dan kemudian tingkap. Mungkin lebih jelas apa yang berlaku. Tapi tanggapannya meleset. Bunyi itu semua masih sayup sayup. Lama dia termenung di tingkap. 

Kemudian ada bunyi guli di siling. Farid memandang siling dalam gelap. "Ada kena mengena ke?"soal Farid dalam hati. Farid kemudian menutup tingkap sambil mengucap "Bismillahirrahmanirrahim" dan kembali baring di atas katil. Segala bunyi gaduh, pintu, muzik masih lagi ada tatkala jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi.

***

"Semalam apahal?" soal Farid kepada Amin sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas kusyen lusuh.

"Kenapa dengan semalam?" soal Amin kembali. Sepertinya langsung tidak tahu menahu.

"Semalam jiran kita bergaduh laki bini riuh. Takkan tak dengar." Farid pelik. Amin tidur mati ke? Bilik Amin hanya bersebelahan dengan biliknya dan tingkap bilik mereka mengadap tempat yang sama.

"Tak dengar pun. Kuat ke? Gaduh pasal apa?" tanya Amin ala paparazzi.

"Kuat la jugak sampai aku terjaga. Tapi bila aku bukak tingkap, masih lagi sayup. Tak dengar la butir apa." jawab Farid selamba. Mereka berdua senyap seketika.

Kemudian Farid menyambung, "tapi lepas tu ada bunyi guli." Amin melihat wajah Farid dengan berkerut muka.
"Ada kena mengena tak kau rasa?" soal Farid. Risau kalau kalau dia jadi penyebab mereka diganggu lagi.

"Mungkin ada. Kan semalam kita halau, jadi mungkin lepas tu diorang jadi panas tapi taknak keluar. Orang cakap, kalau bunyi sayup sayup tu maksudnya dekat." jelas Amin.

Wajah Farid berubah. Cepat cepat Amin bersuara, "jangan risau. Nanti Maghrib renjis lagi air yang Tok Wan bagi."

JIRANWhere stories live. Discover now