Siapa Chris?

880 88 2
                                    

Ahad, 13 April
Tahun 1980

Chris, seorang anak kecil berusia 11 tahun yang genius dan sangat bercita-cita tinggi. Dia rajin meneroka dan mendalami ilmu sains. Kerana cintanya yang terlalu dalam pada bidang sains, Chris membuat keputusan untuk meminta Monica supaya membina sebuah makmal sains untuk dia menjalankan uji kaji dan eksperimen sainsnya di situ.

Malangnya, Monica menolak permintaannya mentah-mentah dengan alasan yang dia masih kecil dan belum mampu untuk mengendalikan peralatan dan radas di dalam makmal itu sendiri.

"Tapi, ma... Chris tak pernah minta banyak benda daripada mama sebelum ni. Cuma makmal sains je yang Chris minta. Kalau Chris tak boleh dapatkan makmal sains, kenapa Kyle boleh dapat sebuah perpustakaan?" Chris membantah keputusan Monica dengan membandingkan kemudahan yang diberikan oleh Monica kepada abang sulungnya.

Tak semena-mena, Monica menghayun tangannya lalu menampar pipi Chris sehingga mengakibatkan kesan merah berbalam pada pipi budak lelaki itu.

Kepala Chris terteleng sedikit ke kanan. Dia terkesima, lalu perlahan-lahan, Chris memegang pipi kirinya yang terasa pijar selepas terkena penampar Monica.

"Jangan kurang ajar, Chris! Mama can never tolerate that kind of manner!" Monica meninggikan suaranya dengan mata yang terbuntang luas.

Chris tertunduk. Dia menahan air matanya daripada jatuh ke lantai. Sambil itu, tangan kecilnya menggenggam penumbuk gara-gara terkilan dengan tindakan Monica yang selalu menyebelahi abangnya. Chris tahu Monica lebih sayangkan Kyle kerana Kyle ialah anak harapan wanita itu, namun Chris juga tahu yang dia bukan budak lelaki yang lemah. Jadi, fizikal dan mentalnya perlu kuat!

"C-Chris cuma minta satu je. Tapi, mama... tak nak tunaikan. Sorry to say, ma, tapi mama tak adil dengan Chris!"

Sebaik saja menuturkan kata-kata yang sudah lama terpendam jauh dalam lubuk hatinya, Chris terus berlari meninggalkan Monica di ruang tamu itu.

***

Ahad, 20 April
Tahun 1986

"Macam mana dengan formula kolagen tiruan tu, Chris? Fully completed or still in progress?" Julius menyentuh bahu Chris sambil menjenguk cara kerja anak lelakinya di dalam makmal sains yang dihadiahkannya sempena hari lahir Chris yang ke-15, 2 tahun yang lepas.

Chris yang sedang mencampurkan dua jenis bahan yang berbeza, fibroblasts extract dan collagen gel ke dalam sebuah bikar, tak jadi untuk meneruskan kerjanya.

"Nope. In fact, Chris cancelkan eksperimen tu," balas Chris selamba.

Julius terkejut mendengar jawapan anaknya. "But, why? I personally think that it would be pretty amazing if we both got to see the result."

Chris menggelengkan kepalanya. "I changed the subject. It's not about artificial collagen anymore. But, I was thinking of conducting an experiment to develop the production of tissue in human body. Might as well as in 'Alpha Project 005' category," Chris membuka cermin mata makmal yang dipakainya lalu diletakkan ke atas meja.

"Plus, eksperimen untuk hasilkan formula kolagen tiruan tu nampaknya kurang beneficial for mankind. Like if, I said if, Chris jalankan eksperimen untuk mempercepatkan penghasilan tisu baru dalam badan manusia, mungkin lepas ni kita boleh selamatkan banyak nyawa," sambung Chris sambil berlegar-legar mengelilingi Julius.

"Like what?" Julius jadi penasaran.

"You're a fire magic user. Tak mustahil akan dapat kecederaan lepas berlatih gunakan sihir api tu. Risiko paling kecil pun, mungkin kulit akan melecur sikit kalau ayah tak dapat kawal sihir api ayah. So, the best way to cure it is to help your skin cells to produce more fibroblasts in your connective tissue. Dengan cara tu, fibroblasts dapat atasi masalah tisu rosak akibat lecuran pada kulit. It will cover up the damage caused by the burn. Soon after that, kolagen baru akan terbentuk dan membantu kulit untuk jadi cantik dan tegang semula. See how beneficial it is for the mankind?" Chris tersenyum semasa memberikan hujahnya kepada Julius.

Lelaki itu kelihatan faham dengan penerangan Chris.

"Shouldn't you be in this project together with Edwin? He's quite smart tho," cadang Julius.

Chris memakai semula pelapik mata makmalnya.

"Ya, memang pun. Kami tengah usahakan projek ni sama-sama. He's doing fine, so far. We're kind of great partner by the way," jawab Chris selamba. Julius hanya ketawa mendengar kata-kata Chris.

"Bagus la kalau macam tu. Jadi, bila agaknya projek ni boleh melalui penilaian akhir uji kaji?"

Chris terdiam seketika. Dia pun belum pasti sangat memandangkan ini adalah antara eksperimen terbesar yang dia pernah lakukan setakat ini.

"Not quite sure. Minimum might take 1 to 2 years before I can declare it is safe for the final test. Not even including the lab reports," balas Chris, kedengaran sedikit ragu.

Julius menepuk lembut bahu Chris seolah-olah ingin memberi semangat kepada anak lelakinya itu.

"I wish you luck, son. We rely our hope on you. Don't waste your talent, alright?" pesan Julius.

Chris mengangguk faham. Selepas itu, Julius beredar meninggalkan ruang makmal Chris yang agak berselerak itu.

***

[777 words]

PrecedentWhere stories live. Discover now