Siapa Kyle?

1.6K 93 6
                                    

Selasa, 8 April
Tahun 1980

Segala-galanya bagaikan sebuah mimpi ngeri buat sekeping jiwa yang masih mentah. Tanggungjawab yang digalasnya seawal umur 12 tahun tidaklah semudah yang disangka. Dalam diam, Monica menaruh harapan terhadap anak sulungnya, Kyle supaya menjadi pewaris harta suaminya setelah anak lelakinya itu membesar. Oleh itu, sejak kecil lagi Kyle dipaksa oleh Monica agar belajar selok-belok perniagaan dan kecekapan pengurusan dari pagi hingga lewat malam semata-mata untuk menjadikan anak sulungnya itu lebih bijak berbanding anak-anak madunya.

Petang itu, seperti biasa Monica akan membelai bunga-bunga ros yang ditanamnya di taman botani di hadapan rumah agam Julius Ackerman. Kemudian, Kyle dan dua orang adiknya datang menghampiri ibu mereka yang sedang leka dengan tanaman bunga ros merahnya di bangku taman botani.

Saat Kyle baru saja ingin membuka mulut, salah seorang adiknya telah terlanggar pasu bunga ros milik Monica. Bukan main melenting wanita itu apabila melihat pasu bunganya yang telah berkecai menjadi serpihan yang tak berguna.

"Reece!! Apa yang kamu dah buat?!" jerkah Monica, garang. Reece kelihatan cuak. Walaupun sudah meminta maaf, amarah Monica masih belum reda. Malah, wanita itu menyuruh Reece supaya masuk ke dalam rumah dan jangan sesekali keluar dari rumah selagi dia tidak menghabiskan baca kesemua buku yang ada di dalam perpustakaan rumah mereka.

Awalnya, Reece membantah. Namun, Monica masih mendesak adiknya itu sehinggalah Reece terpaksa akur juga dengan kehendak wanita itu.

Kyle hanya diam. Dia tidak berani masuk campur. Sudahnya, dia hanya mengiringi langkah Reece yang semakin menjauh dengan pandangan kasihan bercampur pilu. Dia juga pernah berada dalam situasi Reece, malah sehingga kini dia masih kekal dalam situasi itu.

Situasi yang memaksa Kyle supaya melupakan kehidupan sosial zaman kanak-kanaknya.

Setelah Monica duduk semula di bangku, Kyle cuba memaniskan mukanya sehabis baik. Dia ingin menceriakan mood ibunya semula. Oleh itu, Kyle menghulurkan sekeping kertas putih yang berlipat kepada Monica.

"Apa benda ni?" soal wanita itu. Berkerut dahinya memandang kertas putih di tangan Kyle.

Kyle masih mengekalkan senyumannya. "Hadiah untuk mama. Kyle buatkan khas untuk mama seorang je. Nah, mama bukalah!"

Monica merenung kertas putih itu seketika sebelum menyambutnya dengan gaya acuh tak acuh. Bersinar anak mata Kyle apabila wanita itu mula meleraikan lipatan kertas yang diberinya.

Sebaik saja Monica membuka lipatan kertas putih itu, bebola matanya yang hijau seperti guli terus membuntang luas. Kyle sangka wanita itu teruja melihat hasil kerja pertamanya, namun sangkaannya jauh meleset. Monica malah merenyukkan kertas putih itu dan melemparkannya ke tanah dengan penuh rasa benci. Bebola mata wanita itu mencari wajah Kyle dan kemudiannya merenungnya tajam dengan penuh marah.

Kyle terkesima melihat perubahan reaksi pada wajah ibunya.

"Kamu ni dah kenapa?! Kamu tak faham ke bila mama cakap kamu kena belajar sampai kamu pandai?! Mama tak suruh pun kamu cipta lagu bodoh macam ni! Mama suruh kamu belajar! BELAJAR! Berapa kali kamu nak mama ingatkan, hah?! Itu pun kamu tak faham ke, Kyle?!" Monica mula naik angin semula. Kyle terperanjat dengan kelantangan suara wanita itu.

Monica sudah bercekak pinggang dengan mata yang terbeliak memandang Kyle di hadapannya.

"T-Tapi... Kyle cuma nak buat mama h-happy. I-Itu je..." Kyle meningkah dengan suara yang tersekat-sekat.

"TAK PAYAH!! Kamu tahu tak yang kamu ni anak harapan mama?!"

Kyle mengangguk takut-takut. "Y-Ya, mama..."

PrecedentWhere stories live. Discover now