Rabu, 31 Disember
Tahun 1986Tengah hari itu, Chris terpaksa menolak ajakan Monica untuk sarapan bersama-sama kerana dia ingin meneruskan eksperimen 'Alpha Project 005'nya yang tergendala malam tadi.
Tanpa Chris sedar, tindakannya telah membuatkan Monica berubah mood sehingga terbit perasaan marah dalam diri wanita itu.
"Mama can never tolerate that kind of manner," desis Monica sendirian. Anak matanya tajam merenung setiap hayunan langkah Chris yang sedang berlalu dari ruang dapur itu.
***
TOK! TOKK! TOK!
"Come in. The door wasn't locked," ujar Chris tanpa memandang ke arah pintu bilik. Tangannya sedang sibuk mencampurkan beberapa titis ekstrak fibroblast ke dalam tabung uji yang berisi gel kolagen.
Sebaik saja mendengar jawapan balas daripada Chris, Monica terus memulas tombol pintu dan masuk sambil menatang dulang berisi minuman dan makanan sarapan untuk lelaki itu.
"Chris, mama ada bawakan makanan untuk Chris. Makan la dulu," Monica bersuara sambil meletakkan dulang itu di atas meja kopi di ruang rehat dalam bilik Chris.
Selesai mencampurkan kedua-dua sebatian itu tadi, Chris menoleh sekilas ke arah Monica.
"I'm not hungry," jawabnya mendatar. Kemudian, dia kembali menyambung kerjanya.
Monica bertambah berang setelah mendengar jawapan lelaki itu. Namun, dia pandai menyembunyikan riak wajahnya. Monica seorang wanita yang pandai melakonkan ekspresi wajah yang bertentangan dengan kata hatinya.
Tanpa diketahui Chris, wanita jelita itu mengeluarkan satu botol ubat berwarna putih daripada poket bajunya, lalu 10 biji pil dilarutkan sekaligus ke dalam minuman lelaki itu sebelum Monica menyimpannya semula ke dalam poket baju.
'Caution! : Isosorbide Dinitrate (ISDN).
Do not consume pills in excessive amount'Monica menghampiri Chris sekali lagi.
"Chris, sayang... Makan la sikit. Nanti Chris sakit, eksperimen ni tetap tak boleh dijalankan, betul tak?" pujuk Monica.
Pergerakan Chris terhenti. Dia mengeluh seketika sebelum menoleh ke arah mamanya itu.
"Fine," jawabnya ringkas.
Monica mengukir senyuman manis. Diam-diam, hatinya melonjak suka tatkala jemari Chris mengangkat cawan di dalam dulang yang dibawanya tadi.
Wanita jelita itu bertambah gembira saat melihat Chris tanpa ragu-ragu meneguk air minumannya sehingga licin sebelum meletakkannya semula ke atas piring kecil di dalam dulang itu.
"Sedap?" Monica sengaja bertanya. Dia meleretkan sebuah sengihan senget.
Chris tak bersuara, tapi dia hanya mengangguk tanda mengiyakan.
Ketika Chris menghulurkan tangannya untuk mencapai pinggan berisi jagung bakar dan roti bakar yang disapu jem kacang, perutnya tiba-tiba terasa pedih seperti dicucuk dengan beratus jarum. Kemudian, tak semena-mena, tubuhnya terasa panas dan kepalanya pula pening sehingga dia tiba-tiba saja rebah melutut di atas lantai.
Chris memegang lehernya sendiri. Matanya terbeliak, namun pandangannya kabur. Dia cuba bersuara, namun suaranya bagaikan tersekat di kerongkong sendiri.
Chris merenung Monica dengan mata yang terbuntang luas sambil sebelah tangannya dikibas berkali-kali akibat kebas. Dia sukar menggerakkan tangan dan kakinya. Kepalanya pening dan ringan.
Lalu tak semena-mena, Chris terpandangkan sebuah cermin yang digantung berdekatan. Ketika dia melihat pantulan imej dirinya pada cermin itu, Chris sungguh terkejut apabila melihat mata putihnya sendiri sudah bertukar merah. Urat-urat halus di sekitar matanya kian mengembang dan membesar sehingga hampir memenuhi keseluruhan ruang matanya.
Begitu juga dengan urat-urat pada sekitar wajah dan tangannya. Semuanya mengembang dan kelihatan jelas pada permukaan kulit cerahnya.
Chris memandang Monica semula. Dia bagaikan tak percaya yang Monica sanggup mengkhianatinya begitu.
"Tak ada siapa boleh cakap tidak pada mama, Chris," ujar Monica. Dia langsung tak menunjukkan tanda-tanda ingin membantu anak lelakinya itu.
Chris sudah nyawa-nyawa ikan. Dia tak mampu lagi untuk bersuara. Hanya titisan air matanya saja yang kelihatan mengalir dari tubir matanya sebagai tanda kekesalan dan kekecewaannya.
Monica tak menunggu lama. Bibirnya terkumat-kamit melafazkan mantera sihir sumpahan puntianak yang ingin dimeterai ke atas Chris.
Sehingga tiba ke rangkap terakhir, bagaikan sudah bersatu jasad, jiwa dan sihir, Chris menghembuskan nafasnya yang terakhir sebaik saja Monica selesai melafazkan sihir sumpahannya.
Kepala lelaki itu tersembam ke lantai. Matanya terbeliak.
Monica melutut di sisi Chris, lalu tangannya melurutkan kelopak mata lelaki itu supaya ianya kekal tertutup.
"Hush, little baby... It's time to sleep..." bisik Monica.
Dia tersengih lebar, lalu dengan lenggok anggun, wanita itu mengorak langkah keluar dari bilik anak lelakinya itu.
***
[670 words]

YOU ARE READING
Precedent
VampireSILA BACA DIABOLIC TERLEBIH DAHULU SEBELUM BACA EDISI TAMBAHAN DIABOLIC : PRECEDENT ******************** Everyone has their own secret that has not been told. Setiap jiwa ada kisahnya Setiap nyawa termaktub hayatnya Dan setiap kehidupan tersimpan r...