Selamat Tinggal Kyle

934 82 3
                                    

Selasa, 30 Disember
Tahun 1986

Jarum jam tepat menunjukkan pukul 11 malam tatkala Kyle menguak pintu utama rumah. Dengan gerakan paling perlahan, dia melangkah naik ke atas untuk ke biliknya. Kyle cuba meminimumkan bunyi yang dihasilkan sebaik mungkin. Takut seandainya Monica tersedar.

"Seronok berhibur dengan kawan-kawan?"

Kyle tersentak. Hayunan kakinya tiba-tiba terbantut mendengar teguran sinis mamanya yang kini sudah tercegat di puncak tangga.

Sambil bercekak pinggang, mata hijau jernihnya tak lepas daripada merenung tajam wajah Kyle yang sudah pucat lesi bagai tak berdarah.

Kyle kelu.

"M-Mama..." hanya itu yang mampu diucap Kyle.

"Seronok ke berhibur dengan kawan tu?" ulang Monica dengan jengilan yang lebih besar.

Bibir cantik Kyle tak terkata apa. Hanya peluh dingin saja yang mula keluar dari liang kulit dahi dan lehernya.

"Sekarang ni dah pukul berapa, Kyle? What did I tell you about discipline and being punctual?" soal Monica, bersuara keras.

Kyle tertunduk lemah. Terpisat-pisat dia mencari alasan yang kukuh supaya tidak dihukum oleh Monica. Tapi Kyle sedar, Monica pasti enggan menerima walau apa jua alasannya. Paling tak pun, dia pasti dimarahi wanita itu.

"I'm sorry, ma... I promise this will never happen again," kata Kyle bersungguh-sungguh.

Monica mendengus. "I can guarantee it myself because there'll be no next time for you!"

Serentak itu, Kyle terasa lengannya ditarik secara kasar. Dia dipaksa untuk mengikut langkah Monica yang sedang mengheretnya ke suatu tempat gelap yang bercahaya malap.

Kyle tahu tempat apakah itu. Ianya adalah bilik kurungan bawah tanah. Khas dibuat oleh nenek moyangnya dulu sewaktu zaman peperangan legenda puak puntianak tulen dan puntianak hibrid yang berebutkan kawasan dan darah manusia.

Memang terbelalak mata Kyle melihat tempat itu. Dia hairan kenapa Monica mengheretnya ke ruang itu.

Dahlah bersawang, hamis dan gelap pulak tu!

"Ma, apa kita nak buat kat sini?!"

Monica diam. Dia langsung tak menjawab. Tapi, sebelah tangannya lincah membuka mangga salah satu pintu besi bilik kurungan bawah tanah itu.

"Mama!" Kyle terus menjerit apabila tubuhnya tiba-tiba ditolak masuk ke dalam bilik gelap itu. Kemudian, Monica mengunci semula mangganya.

Kyle terkejut bukan kepalang dengan tindakan wanita itu. Sedaya-upaya dia mengetuk dan menggoncang pintu besi itu, tapi ianya langsung tak mampu untuk membuatkan Monica menukar fikirannya.

"Mama loves you, but you've failed me, Kyle. You disobey me! I don't want and I don't have a son with so much disrespectful manner like you! All this time, I gave you chances to prove that you can be useful to me, but one thing you only care about is just music! Music here, music there. You never really give a damn about me... and our goal! Who's gonna inherit Julius's wealth if it's not you, the first born son in this family?! Answer me, Kyle!!"

"Mama, please! Let me out!"

Monica tak mempedulikan rayuan Kyle, malah tanpa sedikitpun rasa belas, dia beredar dari situ.

***

Rabu, 31 Disember
Tahun 1986

Sehari suntuk Kyle dikurung di dalam penjara bawah tanah oleh ibu kandungnya sendiri.

Maka, pada malam tanggal 31 Disember itu, Monica nekad untuk mengakhiri riwayat hidup anak lelakinya akibat terlalu kecewa dengan sikap Kyle.

Dalam perjalanan ke sel yang menempatkan Kyle, bibir Monica tak putus-putus melafazkan rangkai mantera sihir sumpahan puntianak yang dipelajarinya sewaktu dia remaja dulu.

Monica nekad untuk menghidupkan kembali mantera sumpahan yang telah ditinggalkannya selama belasan tahun yang lalu.

Apa yang paling penting, sudah tentu tikus makmalnya ialah anak lelaki sulungnya, Kyle. Selepas Kyle berjaya dihapuskan, dia akan pastikan Chris, Reece dan anak-anak tirinya yang lain pula menerima nasib yang sama.

Botol minyak tanah bersama pemetik api digenggam erat. Monica tersenyum sinis.

***

[593 words]

PrecedentWhere stories live. Discover now