Empat

9K 466 4
                                    

Bilik displine sunyi sepi. Mereka sedang tekun mendengar pembelajaran dari Miss Amyla. Kemudian, Miss Amyla keluar.

"Penatnya." Mereka bersandar di kerusi mereka. Namun, Marsha masih menghadap laptopnya. Sekali sekala menghirup iced chocolate di hadapannya.

"Wei Marsha. Tak penat ke?" Zariel bertanya.

"Tak. Aku tahulah aku tak pandai macam korang yang top student." Marsha membalas tanpa memandang mereka.

"Kau pun top student ye Cik Marsha." Amir mengecek Iphonenya.

"Hari ni spotcheck 5 Saphire. Jom gerak." Amir berkata.

"Angel, bawak buku pointer diorang." Isyraff mengingatkan. Marsha mengangguk. Dia menuju ke almari dan mengambil buku pointer 5 Saphire.

***

Kelas 5 Saphire sangat bising. Kelas Saphire ada ahli starz dan 3 ekor juvana.

"Ehem..." Apabila KP masuk ke kelas, suasana terus bertukar dari kelab malam ke tepi kubur.

"Seronok ya bising anak-anak." Isyraff bergurau. Dia memaut salah satu lengan pelajar 5 Saphire. Marsha berada di stand guru.

"Letak beg di atas meja. KP akan lakukan spotcheck. Saya akan bacakan pointer kamu semua." Marsha berkata. Semua murid meletakkan beg di atas meja.

Beberapa barang pelajar diambil. Kebanyakkan majalah lucah dari pelajar lelaki. Pelajar perempuan ditahan kerana skirt terlalu pendek.

"Qhairyl, Danish dan Amri sila ke 5 Silver sekarang. Terima kasih atas kerjasama anda." Amir berkata.

"Yelah Amir. Mesti tak bestkan ada perempuan tu kat dalam bilik displine. Yelah, sekarang 3 orang. Eh, sekali tambah lagi seorang." Kylie berkata sambil memandang Marsha dengan sinis.

Marsha menutup buku pointer dan berjalan menuju ke Tengku Kylie dan menatap tajam.

"Bangun." Marsha mengarahkan bangun. Mereka memandang drama free yang dibintangi oleh mereka berdua.

"Kau sapa nak arahkan aku?!" Kylie menjerit dan berdiri.

"Tapi kau dah bangun." Marsha berkata. Kylie tidak keruan. KP dan 3 juvana menahan tawa mereka.

"Kau nak ape!?" Kylie menjerit lagi.

"Menjerit pada QP. Kurang 4 poin. Baju terlalu ketat. Kurang 4 poin. Skirt terlalu pendek. Kurang 3 poin. Tumit kasut melebihi 2cm. Kurang 4 poin dan....." Marsha berjalan ke loker Kylie.

"Loker tidak berkemas. Kurang 3 poin. Total pengurangan poin 18. Dan poin terakhir kau adalah 35." Marsha berkata. Kylie geram. Muka dia menjadi merah.

"Carefull Miss Kylie. 5 lagi poin sebelum ke kelas tahanan. Walaupun aku baru jadi QP, aku dah boleh hafal rules Airis. Why? Because I'm not a loser like you." Marsha keluar dari kelas 5 Saphire diikuti yang lain.

"Denda kau, kemas stadium bola ye." Kata Amir sebelum berlalu pergi.

"F**K YOU MARSHA. TENGOKLAH AKU KERJAKAN KAU NANTI!!!" Marsha menjerit. Ahli Starz cuma memandang. Tidak mampu menegur.

"We must start the plans A. ASAP." Tengku Qairi berbisik kepada Tengku Faryna;setiausaha Starz. Tengku Faryna mengangguk.

***

Marsha mengetatkan tali kasutnya. Pada setiap petang Khamis, Marsha akan berlatih berlari di padang sekolah. Dia sudah berada di trek larian dan membuat sedikit senaman.

"Kalau nak lari, kau patut lumba dengan aku." Seseorang berdiri di sebelahnya. Tengku Qhairyl Syah; partner padangnya.

"Kau nak ape?" Marsha berkata.

"Permintaan." Qhairyl berkata. Marsha memandang Qhairyl.

"Permintaan apa?" Marsha bertanya.

"Lumba lari dengan aku. Kalau aku menang, tunaikan 2 permintaan aku. Kalau kau menang, 2 permintaan aku." Qhairyl berterus terang.

"Kau tahu kan yang aku akan kalah." Tenaga lelaki lagi kuat berbanding perempuan.

"Then, aku akan buat kau menang." Qhairyl tersenyum.

"What?" Marsha pelik. Qhairyl sudah pon bersedia di garisan. Mereka berlumba. Akhirnya, Marsha menang.

"Huh huh huh... laju gila kau." Memang dia akui, Marsha merupakan atlet harapan Airis.

"Diamlah." Marsha meneguk air yang dia bawa.

"So, aku akan tunaikan 2 permintaan kau." Qhairyl berkata.

"Kau serius ke ni?" Marsha bertanya.

"Kau pernah nampak aku main-main ke?" Qhairyl membalas. Dia memandang Marsha.

"Aku akan dengar setiap masalah kau." Marsha menunaikan permintaan pertamanya.

"Eh?" Qhairyl pelik.

"Kenapa? Kira ok lagi daripada aku heret kau teman aku pergi shopping." Marsha menipu. Dia tidak berminat shopping kecuali barang-barang dia habis.

"Ok ok. Aku akan tunaikan." Qhairyl mengalah. Tak sanggup dia mengkorbankan tenaga kaki dia untuk ke mall.

"Good. So, apa masalah kau yang pertama?" Marsha memandang Qhairyl serius.

"QP." Pendek sahaja jawapan yang Qhairyl bagi.

"Kenapa? Kau tak suka ke aku jadi QP? Kau nak balas dendam ke?" Marsha bertanya.

"That's it. Tapi bukan sekarang. Aku nak kau jaga diri dari Starz. So, bolehlah aku yang balas dendam kat kau." Qhairyl berlalu meninggalkan Marsha.

Marsha memandang susuk tubuh Qhairyl yang keluar dari kawasan padang. Marsha mengambil beg sukannya lalu pergi. Tiada mood untuk sambung berlatih.

***

Amir menuju ke arah Qhairyl yang berada di tepi motornya.

"Wei Qhai, ape yang kau cakap dekat Marsha dekat padang?" Amir nampak Qhairyl dengan Marsha di padang tadi. Dia lambat balik sebab mengecek 'keadaan' Kylie yang didenda.

"Bukan urusan kau." Qhairyl memasukkan IPhone 6+ ke dalam poketnya.

"Urusan QP urusan aku juga." Amir membalas.

"Sejak bila kau buzy body pasal aku?" Qhairyl memperli.

"Sejak kau bunuh dia." Amir membalas.

"Aku dah cakap aku tak bunuh dia!! It just accident." Qhairyl menatap geram Amir.

"Jangan sentuh Marsha." Amir memberi amaran.

"Kau yang patutnya jangan sentuh dia. Aku akan jaga dia kalau kau tak jaga dia dengan betul. Kalau aku nampak ada calar sikit dekat dia, you the first one." Qhairyl memakai topi keledarnya dan berlalu pergi.

***

Marsha menghempaskan badannya ke sofa. Peristiwa di padang masih segar dalam ingatannya.

"Ui Marsha....awal balik." Amyrul duduk di sebelah Marsha.

"Aku tak de mood nak bersukan." Marsha memejamkan matanya.

"Pelik kau ni. Dah lah aku nak jumpa Kriz. Tu makanan atas meja. Hairul yang masak." Amyrul mengambil kunci kereta di atas meja.

"Kirim salam sayang kat diorang." Marsha berkata.

"Diorang je? Aku tak?" Amyrul memaut bibirnya.

"Bye Myrul!" Marsha masuk ke dalam biliknya.

"Cheese cake punya sepupu." Amyrul keluar dari kondo Marsha.

Marsha keluar dari bilik sebaik sahaja dia siap mandi. Dia menuju ke dapur. Terdapat nasi goreng kimchi, sup sayur dan air tembikai di atas meja. Mesti sedap. Hairul digelar Chef di VIP Highschool.

***

Amir duduk di meja belajarnya sambil memikirkan kejadian masa lalu. Sebuah frame yang terisi tiga orang remaja diambil. Itu dia. Dulu. Dia memandang keychain hp milik Marsha. Masih belum dipulangkan lagi. Mungkin dia lebih layak mempunyai lucky cat berbanding Marsha. Lucky cat mengingatkan dia pada Marsha. Yes. Dia suka Marsha waktu first time jumpa. Tapi, dia bukan jenis yang suka straight foward. Dia takut nak mengambil keputusan yang salah. Tu je.

Silent Angel✔Where stories live. Discover now