Lima

8.7K 438 2
                                    

Amir berjalan mengawasi sekitar blok King. Blok tu agak sunyi sebab dia terletak di hujung sekolah. Amir terdengar sebuah suara.

"Kau dah prepare belum barangnya?" Suara A

"Bukan aku yang buat. Budak junior. Dia cakap dia dah settle semuanya. Tinggal diorang je datang." Suara B

"Baik ah. Macam mana kau dapat budak tu?" Suara C.

"Ugut ah. Dia cakap dia tak sengaja pecahkan barang kat dalam bilik displin. Tapi tu dulu. Kesah pulak dulu ke tak dulu." Suara A.

"Baiklah." Suara D.

Amir mendengar dengan teliti. Budak yang pecahkan barang. Cuma ada satu je barang yang pecah tahun lepas. Tapi, si Isyraff yang handle kes tu biar tak kecoh. Siapa target diorang ni? Amir perlahan pergi dari situ apabila perbincangan diorang melalut ke bahagian gosip.

***

Marsha meletakkan beg sukannya di lapangan panah. Hari ini dia ada latihan panah. Dia mengambil batang pemanah biru kegemarannya.

"Ouch..." Marsha memandang tangannya. Berdarah. Dia memandang dengan teliti batang tersebut. Kaca.

***

Amir, Isyraff dan dan Zariel menuju ke padang untuk latihan padang.

"Eh tu Marsha." Zariel menunjukkan ke arah budak perempuan. Marsha yang membawa alat memanah dan beg sukan masuk ke dalam bilik rehat.

"Jom jom." Isyraff segera berlari ke arah Marsha serta yang lain.

Marsha meletakkan beg dan alat pemanahnya di atas katil. Nurse yang jaga bilik rehat tiada. Jadi, dia menyelongkar di atas meja mencari first aid.

"Cari apa Marsha?" Mereka sudah menyerbu Marsha.

"First aid." Marsha menjawab. Amir memandang tangan Marsha yang berdarah.

"Dah duduk sini. Biar kitaorang yang buat." Amir memaksa Marsha duduk. Zariel mencari first aid. Amir dan Isyraff perlahan-lahan mengeluarkan kaca di tangan Marsha.

"Slow-slow lah. Sakit." Marsha mengadu.

"Ye ye." Selesai mengeluarkannya, Zariel meletakkan ubat dan membalut tangan Marsha.

"Dah siap my Angel." Zariel menutup kotak first aid.

"Thanks korang." Marsha memandang mereka bertiga.

"Now, cerita dekat kitaorang apa yang jadi." Mereka mula bersiap.

"Kena ke?" Marsha bertanya.

"Kenalah. Kau kan QP kitaorang, so tiada rahsia antara kitaorang." Amir berkata.

"Huh...ok." Marsha cerita bagaimana dia boleh cedera. Tapi, dia tidak menceritakan tentang permintaan Qhairyl.

"Aku rasa mulai sekarang, kau kena sentiasa dengan kitaorang." Isyraff berkata.

"Mmm...aku rasa aku nak jadi Silent Devil." Marsha berkata.

"Seriuslah!?" Diorang terkejut.

"Tak salah cuba personaliti aku yang lagi satu " Marsha senyum. Antara ikhlas atau tak.

"Yelah. Jom aku hantar kau balik. Kau susah nak drive. Kereta kau Zariel bawak." Amir mengambil beg Marsha. Marsha cuma menurut.

T-Ara Kondominium

Marsha turun dari kereta Amir.

"So..kalau esok kau tak baik lagi. Tak yah lah sekolah." Amir berkata.

"Chill lah. Aku sakit kat tangan je." Marsha senyum.

"Eh kau ni. Yang pasal kaca tu, nanti aku siasat." Amir berkata. Dia tahu dari Aidil, sejak Marsha jadi QP ramai yang membangkang. Dan kebanyakkan mereka merupakan fans setialah sangat Tengku Kylie.

"Aku tolong kau. Kau baliklah. Aku nak masuk dulu ni. Jumpa esok. Bye." Amir mengangguk. Amir membuka pintu keretanya dan memandang sejenak muka Marsha. Dia berlari mendekati Marsha. Chup... Ciuman beberapa saat di pipi Marsha sebelum dia berlari pergi ke keretanya.

Marsha terpaku dengan tindakan Amir. Dia mula kembali ke alam realiti. Marsha menuju ke kondominium miliknya.

***

Seseorang masuk ke dalam stor sukan memanah. Dia mendekati almari pemanah yang kosong. Almari pemanah Marsha. Dia memandang ke bawah. Beberapa pecahan kaca terdapat di situ. Orang tersebut menunduk. Mengambil beberapa gambar dan pecahan kaca sebelum berlalu keluar.

***

Amir menghempaskan badannya ke atas katil. Peristiwa ciuman tadi diingat semula. Entah kenapa dia mencium Marsha. Mungkin bahagian otak serebrum dia tidak betul kot.

"Aish...!" Amir menguak rambutnya ke belakang. Dia menuju ke meja belajarnya. Keychain kucing Marsha dipandang. Itulah kekuatan dia sekarang ini. Kemudian, matanya tertancap di frame. Gambar dirinya dan 2 orang lagi kawannya.

"Esok genap 5 tahun dia pergi. Esok nak lawat dia lah. Esok cuti." Amir memandang frame tersebut sebelum dia menutup frame itu.

***

Marsha menutup peti ais rumahnya. Dia membuat senarai belian untuk rumahnya. Barang di rumahnya semakin sedikit.

"Ni semua salah Myrul. Kalau dia tak lepak dengan Kriz haritu, barang aku mesti tak habis lagi. Ni tak sampai 2 bulan barang dah habis. Aish...jinja..." Marsha membebel. Terpaksalah dia keluar pagi ini. Selamat hari ni hari Jumaat. Hujung minggu.

Marsha menuju ke closetnya. Baju lengan panjang berbentuk kimono biru diambil. Seluar slack putih dipadankan dengan kasut ballet tumit rendah boysenberry. Siap semua, dia keluar menuju ke kereta kesayangannya.

"Oh my Angel." Marsha memeluk keretanya. Selepas Amir menghantarnya semalam, Zariel menghantar ke sini dengan cara tidak selamat. Zariel kata dia sempat race. Kuang hajo. Dah lah ni pemberian dari dia. Only one.

***

Qhairyl meletakkan bunga di atas kubur seseorang. Dia membaca nama di situ. Tengku Asyraf Iskandar. Dah lima tahun. Lima tahun dia pergi. And dah lima tahun persahabatannya putus.

"Tak sangka kau datang juga." Qhairyl memandang ke belakang. Amir meletakkan bunga di atas kubur.

"Amir....." Qhairyl berkata sayu.

"Pergi. Aku tak sudi nak berkumpul dalam keadaan Asyraf macam ni." Amir berkata tanpa memandang Qhairyl.

"Aku nak kita kawan semula." Qhairyl berkata.

"Aku tak nak dan TAK AKAN nak sambung balik persahabatan kita. Sebab kaulah Asyraf pergi tinggalkan aku." Amir memandang Qhairyl.

"Kau tak rasa sedih ke kalau Asyraf tengok kita macam ni. Sampai bila kau nak salahkan aku. Asyraf bukan tinggalkan kau sorang. Dia tinggalkan aku juga." Qhairyl membalas.

"Salah kau. Kalau kau tolak permintaan dia, dia TAK AKAN MATILAH." Amir berkata. Geram.

"Terima takdir Amir. Itu takdir dia. Kita tak boleh lawan takdir. Kau ego. Ego. Sebab itu kau tak rasa apa yang aku rasa. Aku pon rasa bersalah sebab tak tolak permintaan dia tapi ini takdir dia Amir. Takdir Asyraf." Qhairyl meluahkan segala isi hatinya kepada Amir. Qhairyl mengeluh.

"Aku tak nak gaduh dengan kau." Qhairyl berlalu pergi. Amir terjelepuk di hadapan kubur Asyraf.

Silent Angel✔Where stories live. Discover now