Dia merenung lelaki di hadapannya ini. Ada raut bersalah di situ. Tapi kenapa mesti rasa bersalah sedang dia yang mahukan perpisahan ini. Oh, mestilah rasa bersalah. Lupa pula Aisyah. Esokkan hari mereka akad nikah? Sepatutnyalah...
"Saya minta maaf dengan awak. Saya bukan yang terbaik untuk awak. Awak layak untuk yang lebih baik dari saya." ujar Herman.
"Alasan tipikal." Aisyah sedaya upaya menahan dirinya dari menangis atau mencaci maki atau mengamuk. Atau perlukah dia buat dua darinya? Ah, tak berbaloi untuk lelaki seperti Herman.
"Mak ayah awak dah tau?" tanya Aisyah tegar suaranya.
"Dah." Ujar Herman. Dia tidak mahu menikahi Aisyah yang sudah tidak gadis lagi. Bukan Aisyah yang layak mendapat lelaki yang lebih baik darinya, tetapi dialah yang lebih layak mendapatkan gadis yang lebih baik, lebih suci dari Aisyah! Hatinya menjerit.
"Saya serahkan pada umi dan abah untuk selesaikan perkara ni dengan mak dan ayah awak. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Aisyah ingin bangun dari situ. Tidak lagi mahu melihat wajah lelaki itu.
"Awak langsung tak mahu tahu kenapa saya nak putuskan pertunangan kita? Atau awak memang dah tahu kenapa saya ambil keputusan macam ni?" Herman bertanya. Sinis pula pertanyaan itu di pendengaran Aisyah.
Aisyah kembali melihat wajah Herman. Pelik. "Apa yang awak cuba nak cakap ni?"
"Awak tu bukan dara lagi. Saya tahu ni dari seseorang." Ujar Herman samar-samar.
Aisyah terbeliak. "Apa? Astaghfirullahalazim..." spontan Aisyah beristighfar. Dadanya bergoncang hebat. Terasa langit di atas kepalanya jatuh menimpa.
"Awak jangan kurang ajar ya. Jangan cuba nak fitnah saya!" Aisyah yang selama ini terkenal dengan sifat sabarnya benar-benar meradang sekarang. Siapa yang menabur fitnah ni?
"Fitnah apa kalau dah bekas teman lelaki awak yang cakap sendiri dengan saya. Korang pernah terlanjur kan? Come on Aisyah, just admit it and we all can move forward." mudah sungguh Herman berkata-kata.
Aisyah melepaskan sengih sinis. Rifqi. Selamanya lelaki itu tetap mahu mengacaubilaukan hidupnya.
"Dia memang bekas teman lelaki saya. Yang dah bersumpah untuk menghalang saya dari hidup bahagia." Aisyah penat untuk menerangkan tentang hal yang sama.
"Sudahlah, tak payah nak berdrama. Berlagak suci bagai. Diri tu dah tercemar buat-buat jadi mangsa. Hei! Saya pun tak kebulur nak makan sisa orang! I can get better woman than you. Awak boleh berambus." sindir Herman. Marahnya berapi-api. Mati-mati Herman ingat Aisyah seorang perempuan yang tulus. Sanggup gadis itu hendak memerangkapnya. Mujurlah dia sempat tahu sebelum menikahi perempuan ini. Kalau dilihat dari perawakan Aisya, sampai mati Herman takkan tahu betapa liarnya Aisyah.
Aisyah melihat Herman. Keningnya terangkat. "Call dia tengok. Cakap depan saya sekarang. I believe you will apologize for your shitty attitude." cabarnya. Aisyah masih tenang. Ini bukan kali pertama dia terpaksa berdepan dengan situasi ini. Dia sudah memberi amaran kepada Rifqi supaya tidak lagi menganggu hidupnya.
Dua lelaki sebelum Herman juga mengangkat kaki sebelum hubungan mereka serius. Rifqi juga yang menfitnahnya macam-macam. Tetapi kali ini Rifqi sudah melampau. Segala persiapan sudah selesai, hanya menunggu majlis akad nikah esok sahaja. Allah. Dugaan sungguh.
Perempuan ini memang sengaja mahu memalukan dirinya sendiri. Herman mengeluarkan telefonnya. Nombor yang sama didail. Tak berangkat.
"Tak angkat. Sudahlah Aisyah, jangan nak malukan diri sendiri." Herman mengingatkan.
"Cuba lagi. Saya pantang jika maruah saya dipersoalkan. Go on, cuba lagi. Saya tak kan ke mana-mana sebelum semua ni terjawab. Well, untuk awaklah. Sebab saya akan maafkan awak sebab fitnah saya berzina sebab saya tak nak nanti kat Padang Mahsyar jenuh awak nak cari saya. Hmm..saya pasti kat sana nanti pun saya tak nak pandang muka awak lagi. Come on, cuba lagi, Herman." getus Aisyah. Dia pantang menyerah sebelum berjuang.
Pantang jika dia dituduh melakukan sesuatu perkara tambah lagi perkara yang terkutuk yang tidak pernah dilakukan. Berani kerana benar! Tidak mungkin dia merayu Herman untuk meneruskan pernikahan mereka esok. Dia rela membatalkan segalanya dan berdepan dengan cemuhan jiran tentangga dan juga persoalan-persoalan umi abah kelak, dari menikahi lelaki cetek akal ini.
Jemari kanan disulam ke jemari kiri lalu diletakkan santai di atas meja. Lagak dia punya masa seumur hidup untuk menunggu Herman membuat panggilan kepada si keparat itu.
Herman sudah berpeluh dingin mencuba lagi. Riak wajah Aisyah sedikit sebanyak menggugah keyakinannya bahawa Aisyah itu memang gadis liar. Mana pulak 'informer' tak bergajinya itu?
Akhirnya taliannya bersambut. "Hello? Hah, kau. Nak apa?" tanya lelaki di hujung talian, kasar.
"Aku nak tanya kau ni, Aisyah pun ada depan aku. Dia nak dengar sendiri kau cakap kau pernah terlanjur dengan dia. Aku bukak loud speaker." Herman pantas menekan butang di dada telefonnya.
Suara ketawa kedengaran lantang. "Cakap la cepat!" gesa Herman. Nampaknya dia dipermainkan.
"Aisyah? Rindunya saya kat awak. Sengaja saya cakap gitu nak bagi dia benci kat awak. Dan nak uji dia, sejauh mana dia bersungguh dengan awak. Hoi! Herman, kau ni memang aku dah agak! Kau cintakan Aisyah ikhlas ke kalau kau persoalkan dia macam-macam? POODAHH!" Rifqi ketawa lagi dengan kebodohan Herman.
Herman terpempam. "Kau ni memang tak guna kan?!" pekik Herman. Dia lantas memutuskan panggilan. Melihat tepat ke wajah Aisyah.
"Aisyah...maafkan saya. Saya bodoh.."
Aisyah menanggalkan cincin tunang bertatah berliannya lalu diletakkan di atas meja. Semuanya sudah selesai. "Cukup. Saya balik dulu. Assalamualaikum."
"Aisyah. Wait. Saya mohon, tak kesian ke kat mak ayah awak nak batalkan semua ni. Maafkan saya. Please Aisyah." rayu Herman. Terasa bodoh sungguh kerana mempercayai seseorang yang langsung tidak pernah bertemu muka dengannya.
Aisyah memandang Herman dengan pandangan tidak percaya. 'Oh, dia cuba berlagak mangsa pulak?'
"Encik Herman, siapa yang nak batalkan dulu majlis ni? Awak ke saya? Dahlah, saya takde masa nak bercakap dengan awak. By the way, sebelum awak ambik keputusan batalkan majlis esok ni, awak fikir ke tentang umi dan abah saya? Takkan? Sudahlah, nampaknya betul kata awak, saya deserve someone better than you. Have a good life." ucap Aisyah berlalu dari situ."Dah jadi anak dara tua pun nak berlagak. Boleh berambus!" maki Herman menutup malunya.
"Hmm..dari kahwin dengan lelaki macam awak, lebih baik saya jadi andartu seumur hidup." habis berkata begitu, Aisyah mengangkat kaki meninggalkan Herman. Dia tidak mahu memberi peluang kepada Herman untuk berkata-kata lagi. Yang penting dia mahu pulang dan menyelesaikan perkara ini dengan umi dan abahnya.
Kata-kata Aisyah itu bagaikan penampar ke muka Herman.
*******************************to be continued...
YOU ARE READING
CERPEN : Kopi dan Karamel
RomansaKopi dan Karamel. Tentang Aisyah yang ditinggalkan sehari sebelum majlis akad nikahnya oleh tunangnya Herman akibat fitnah. Takdir membawanya ke bumi Norway, di Tasik Sognsvann, dia bertemu sorang lelaki.