Suasana di villa milik keluarga Dato' Hisyam pada pagi itu meriah dengan celoteh cucu-cucu nya.
Shafiq Hakimi turun sambil membetulkan necktie-nya. Briefcase ditangan diletak di atas sofa di ruang tamu. Perlahan-lahan langkah diatur ke meja makan.
"Pak su!!!!!!!"
Shafiq tersenyum. Tangan didepakan.
Pak!
"Kau ingat kita tengah shooting filem Titanic ke?"
Shafiq menjeling Shauqi, abangnya. Baru nak feel! Ngok punya abang. Aipp! Terkutuk pulak. Ngeheee...
Anak saudaranya menarik tangannya ke meja makan. Kelihatan Puan Azmah dan Dato' Hisyam duduk sambil tersenyum.
Shafiq duduk dihadapan kakak iparnya, Amni.
"Pak Su, Pak Su! Cemalam papa cakap pak su nak belikan Chicho puku paru," Shafiq yang sedang minum tersembur.
"Paku peparu? Menatang mende tu?" soal Shafiq. Mulut di lap dengan hujung lengan baju. Dasar, pengotor.
"Jisoo cakap semalam papa bagitau dia yang pak su dia ni nak belikan dia buku baru," kata Amni sambil tersenyum.
Shafiq menjeling Shauqi. Suka-suki dia je nak suruh aku beli buku untuk anak dia! Heishh! Nasib baik abang!
"Petang nanti Pak Su belikan. Oh ya, kalau kemaruk sangat dengan Jisoo Black apa tu? Black Magic? Blackpink? Haa.. Blackpink! Jangan lah nama Anis pun jadi nama dia," bebel Shafiq. Kopi disirup sedikit.
"Alaa.. macam kau minat Shawn Mendes tu, aku ni nak lah panggil anak aku Cameron Dallas tapi tu lah. Dia perempuan kan, bagi bini aku je lah letak nama timangan dia," kata Shauqi.
Shafiq memutarkan bebola matanya.
Tiba-tiba Dato' Hisyam berdehem.
Shafiq memandang ayahnya.
"Fiq pun cepat-cepatlah kahwin. Nanti boleh bagi nama timangan kat anak sendiri," kata Puan Azmah. Dato' Hisyam mengangguk setuju dengan isteri nya.
Shafiq sekadar mengangguk.
Nasi goreng di dalam pinggan dihabiskan. Kopi yang tinggal sedikit dihabiskan.
"Gelojohnya makan. Biasa nya dia yang paling lambat," kutuk Shauqi.
"Hari ni, Fiq ada meeting dengan ahli lembaga pengarah. So, kena lah awal. Okay laa.. Fiq pergi dulu. Assalamualaikum,"
Shafiq berjalan ke ruang tamu lalu mencapai briefcase dan kot nya sebelum keluar dari villa milik keluarga nya untuk kerja.
***
Iriz menahan tawanya. Aplikasi kamera pada telefon dibuka. Gambar Qaira yang tersengguk-sengguk menahan kantuk ditangkap.
Klik!
Mata Qaira membesar. Kepala dijenguk ke kiri dan kanan. Manusia mana tengah selfie ni?
Iriz kemudiannya ketawa dengan kuat sambil memandang telefonnya. Qaira yang sedang meliarkan matanya terus menjeling Iriz.
Kemudian Qaira teringat sesuatu. Sekarang ni hanya dia dan Iriz sahaja yang berada di situ memandangkan staf yang lain tiada. Hanya mereka berdua dan dua orang pilot peribadi yang sedang mengawal jet peribadi S.Agency ni.
Makna nya, manusia yang selfie tadi tu,
"Iriz!!!!"
Qaira menyembamkan wajahnya di atas meja. Terlalu mengantuk untuk bergaduh. Dia baru sahaja selesai menjalankan misi di Brazil.
YOU ARE READING
Dia Amaran Mama!
RomanceShafiq Hakimi seorang lelaki berkerjaya. Keperluan peribadi semua mencukupi. Kereta? Rumah? Petik jari sahaja. Perempuan? Oh sorry, dia bukan macam lelaki kaya yang lain. Dia takde perempuan keliling pinggang. Tapi, ramai yang tergila-gilakan dia. N...