"Aku nak Qaira Zafirah mati. Tapi kau mesti pastikan yang dia 'hilang' tanpa jejak. Aku tak nak nama aku, reputasi aku, kerjaya aku tergugat."
Gadis itu tersenyum sinis sambil mengangguk.
Dia menatap gambar lelaki yang diberikan oleh bosnya.
Mask ditarik menutup mulutnya.
"Saya akan pastikan encik tak menyesal."
****
Keadaan yang sesak di lapangan terbang sedikit pun tidak menganggu Qaira. Yang dia tahu, dia nak tengok anak saudaranya terlebih dahulu.
Mata Qaira meliar tajam memerhati balai ketibaan.
"Rosa!!!!"
Dengan perasaan yang gembira, Qaira menjerit. Kebanyakan orang yang memandangnya tidak dihiraukan.
Sukahati aku lah! Hak aku!
"Mak Su!!"
Rosaliny Lisa tersenyum riang melihat ibu saudaranya. Terus dia menolak troli dengan laju sebelum berhenti betul-betul dihadapan Qaira.
Terus dia memeluk ibu saudara yang dia hanya pernah jumpa melalui video call sahaja itu dengan erat.
"Fuhh lawa anak mak su ni!"
"Tengok mak saudara dia laa."
Terus dua-dua ketawa mengekek. Chemistry kuat gila ni. Dua-dua puji satu sama lain. Dua-dua teringin nak makan cheesecake.
HAHAHA
CHEESECAKE KE CISKEK?
K abaikan kegilaan di atas.
Mereka berdua berjalan ke arah kereta milik Qaira yang terparkir elok di tepi jalan.
Beg-beg bercorak bunga mawar milik Rosaliny Lisa di simpan ke dalam bonet. Kemudian, Qaira masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.
Rosa dikerling sekilas sebelum dia memasang tali pinggang keledar. Spy ke bukan, keselamatan mesti diutamakan!
Jangan jadi macam Iriz, Irish dengan Elisya. Lantak dorang lah nak pakai ke tidak. Tak ada apa-apa katanya. Tapi pandu macam rumah nak lari.
186km/j.
Itulah kelajuan biasa bagi mereka bertiga.
Tapi Qaira baik tau!
Qaira bawak 100km/j je.
At least boleh kawal. Ngeh!
"So? Nak balik terus ke nak ronda dulu?" soal Qaira.
"Balik! Rosa nak tidur! Penat seh kat dalam kapal terbang 4 jam! Nasib baik tak cramp kaki ni. Dahlah mamat kerek sebelah Rosa tak reti nak senyap. Eyyy!!"
Qaira tertawa mendengar celoteh anak saudaranya. Perangai dua kali lima dengan mak dia. Membebel sahaja!
Ada gak yang makan kasut sat gi!
Rosaliny Lisa mengerling ibu saudaranya. Qaira sedang fokus memandu.
Iphone 6s miliknya dikeluarkan.
To: Crazy Rose👽
- Aku dah sampai. Ingat! Next week aku nak kau dengan dua orang lagi tu jumpa aku. Location nanti aku hantar. Got it?Terus punat 'send' ditekan tanda mesej dihantar.
"Rosa.. mak su dah daftarkan Rosa kat SM Private School. Pledis Private School terlalu terdedah dengan dunia luar. Lagipun SM Private School memang sekolah khas for spies. Kira macam sekolah latihan la jugak." kata Qaira.
YOU ARE READING
Dia Amaran Mama!
RomanceShafiq Hakimi seorang lelaki berkerjaya. Keperluan peribadi semua mencukupi. Kereta? Rumah? Petik jari sahaja. Perempuan? Oh sorry, dia bukan macam lelaki kaya yang lain. Dia takde perempuan keliling pinggang. Tapi, ramai yang tergila-gilakan dia. N...