Daniel mengejar langkah Qaira dari belakang. Lengan Qaira ditarik.
"Haihh! Apa ni main tarik-tarik?!" marah Qaira. Rimas tahu! Dari tadi ikut dia ke hulu ke hilir. Ingat dia ni magnet ke?!
"Kau lah yang larikan diri dari aku! Aku nak cakap je pun!" balas Daniel. Dahi Qaira berkerut. "Kau nak cakap 'Jepun'? Eihh! Amende kau ni?! Cakap jelah 'Jepun'. Tak susah. J.E.P.U.N. Jepun," kata Qaira dengan pelik? Nak cakap Jepun?
Aku tak suka Sejarah doh. Jangan ceritakan tentang kisah Sejarah kat sini.
Daniel menepuk dahinya.
"Perangai bengong kau dari cerita first sampai cerita kau sendiri memang tak pernah berubah en? Bengong memanjang. Seingat aku, takde watak yang ketuk kepala kau lagi kan?"
Qaira terkebil-kebil mendengar ayat Daniel. Ketuk kepala? Zaman tu dah berlalu. Tu zaman TR dengan ILY, IRY. Setakat ni takde yang ketuk kepala dia lagi.
"Aku terketuk kepala aku sendiri semalam," kata Qaira. Memang semalam dia ketuk kepala dia kan?
Sebab si Syafiq tu.
"Lah! Patutlah bongok kau datang. Aku cakap yang aku nak bercakap dengan kau SAHAJA PUN! Bukannya Jepun!" tekan Daniel. Sengaja dia menekan ayat sahaja pun itu.
Apa jadah nak cakap pasal Jepun dengan dia? Bukannya dia pandai sangat Sejarah. Bongok punya Qaira.
"Ooo.. ha kau nak cakap apa? Nak ajak aku keluar? Weihh, Dan. Kan aku dah tolak kau dua kali. Takkan kau masih nak aku?" perli Qaira. Tangan disilangkan.
"Aku nak mintak nomb--"
"Nombor aku? Huh! Jangan harap!" pantas Qaira memotong percakapan Daniel. Tahu sangat yang mamat ni nak ngorat dia lagi.
"Bukan. Aku nak mintak nimbor telefon perempuan yang berpeluk dengan kau masa kat butik haritu," kata Daniel. Qaira tersentak. Hampir tersedak air liur.
"K.. kau bukan nak ngorat aku?"
Daniel menggeleng serupa budak kecil yang innocent. Comel!
Qaira berdehem.
"Err.. maksud kau Elisya ke?" soal Qaira. Masih malu sebab salah anggap tadi.
Daniel mengangguk laju. Senyumannya melebar.
"Err.." tangan Qaira menyusup masuk ke dalam beg tangannya.
Sekeping kad kecil dihulur kepada Daniel.
"Tu kad Elisya. Err.. aku pergi dulu ye?" terus Qaira memecut lari. Huahua! Segan weih salah anggap! Jatuh saham aku!
Lain pula situasinya bagi Daniel. Kad nama Elisya dipandang dengan senyuman.
Tengku Elisya Natasya
Golden Boutique
011××××××××"Target, Elisya. Hurmm.. Tak jadi lah nak balas dendam kat Qaira. Gunakan dia untuk rapat dengan Elisya je lah," gumam Daniel.
Otaknya ligat memproses idea untuk membuat Elisya jatuh suka padanya.
"Betul lah kata umi. Bunga bukan sekuntum,"
***
Elisya keluar dari keretanya. Dengan kalut dia melangkah masuk ke dalam bangunan S.Agency.
"Weih, Salsha!"
Salsha menoleh. Keluhan dilepaskan sebaik sahaja melihat kelibat Elisya.
Ni mesti Aizad yang suruh!
YOU ARE READING
Dia Amaran Mama!
RomanceShafiq Hakimi seorang lelaki berkerjaya. Keperluan peribadi semua mencukupi. Kereta? Rumah? Petik jari sahaja. Perempuan? Oh sorry, dia bukan macam lelaki kaya yang lain. Dia takde perempuan keliling pinggang. Tapi, ramai yang tergila-gilakan dia. N...