#21

4.9K 316 30
                                    

"Welcome back, bro!"

Firash menepuk perlahan bahu Syafiq yang baru berjalan keluar dari balai pelepasan. "Macam mana kat UK? Seronok?" Syafiq menggulingkan bebola matanya.

"Seronok kepala hotak kau! Kau tahu tak, nak buat projek dengan orang UK tu susah! Tu tak betul, ni tak betul! Semua nak perfect macam yang dorang nakkan. Haru jugak aku melayan karenah mat salleh kat sana," bebel Syafiq.

Hampir dua bulan dia berada di United Kingdom bagi menguruskan cawangan syarikat nya di sana. Patut jugak ayahnya melantik seseorang yang serius terhadap kerja untuk menguruskan syarikat nya di sana. Banyak songeh punya mat salleh!

"Ha kau macam mana? Sihat? Bini kau?"

Firash tersenyum.

"Kau nampak kan aku sihat walafiat aje. Irish pun sihat. Next week dia punya due date. Tak lama lagi, lahir la anak aku," ujar Firash. Syafiq mengangguk lerlahan.

Tiba-tiba mata Syafiq menangkap kelibat seseorang. Rasanya dia kenal budak tu.

"Eh tu bukan kawan Aimi ke?"

Firash mengerutkan dahinya.

"Siapa Aimi? Girlfriend kau eh?"

Tak semena-mena kepala Firash diluku. "Adik aku lah bongok." Syafiq melangkah ke arah gadis yang kelihatan sedang menunggu penerbangannya.

"Zahra?"

Gadis itu menoleh. Matanya membulat.

"Err, abang Syafiq. Hai?" dengan kekok Zahra menyapa abang kepada rakannya itu.

Syafiq melihat beg yang disandang Zahra kemudian pemakaian gadis itu. Skinny jeans hitam, long sleeve shirt hitam. Rambut diikat satu.

Pakai pulak backpack comel warna kelabu.

"Nak pergi mana? Bukan patutnya bulan ni ada exam ke? Aimi bagitau abang semalam. Zahra nak pergi mana?" soal Syafiq. Zahra menggigit bibir bawahnya.

Apa aku nak kelentong kat pakcik ni? Takkan nak cakap aku on mission pulak?

"Zahra!"

Kepala Syafiq dan Zahra tertoleh ke kanan serentak apabila mendengar nama Zahra dipanggil. Kening Syafiq bertaut lagi.

"Kau orang nak pergi mana sebenarnya ni? Aimi bagitau abang yang dia exam minggu ni which mean you guys ada exam jugakkan?"

Zahra memandang Mai. Gadis itu ternga-nga seketika.

"Err.. kitaorang tak ambil exam?"

Zahra menepuk dahinya. Mata Mai pula terkelip-kelip memandang lelaki di sebelah Syafiq.

"What do you mean by 'tak ambil exam'?" soal Syafiq. Mai masih ralit memandang Firash. Zahra mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Kaki Mai disepak. Mengaduh gadis itu dibuatnya.

"Apa?" marah Mai sambil menggosok kaki nya.

Zahra memuncungkan mulutnya ke arah Syafiq.

"Eishh! Actually, kitaorang nak fly pergi Belgium. Cari doktor pakar kat sana," terang Mai. Syafiq mengerutkan dahinya. "Siapa sakit?"

"Sepupu saya. Dia kena belasah dengan sape tah. Now she's coma. Plus, keadaan dia agak kritikal. Ada darah beku kat otak dia. Doktor kat sini tak berani nak ambil risiko bedah dia sebab ada ketumbuhan kat otak dia. So, I need to find a good doctor for her," terang Mai panjang lebar.

"Got to go now. Bye Abang Fiq. Don't worry Aimi tak ikut. Budak tu fokus exam," ujar Zahra lalu menarik Mai ke balai pelepasan memandangkan flight mereka adalah 30 minit sahaja dari sekarang.

Dia Amaran Mama!Where stories live. Discover now