#20

5.3K 312 20
                                    

"Kerangka kasar kau buat je macam proses awal. Tapi kerangka kasar ada 5 column tau. Satu untuk perkara, satu untuk isi, satu untuk huraian, satu untuk contoh dan satu lagi untuk rujukan. Setakat ni faham tak?" soal Afiq.

Mai sekadar mengangguk.

"Laporan akhir tu macam mana pulak? Aku tak jumpa pun contoh dalam internet," rungut Mai.

Ya. Sekarang dia dengan Afiq je kat kantin sekolah. Kan dia tidur masa perjumpaan haritu. Afiq volunteer nak ajar dia sebab dia tahu kalau Aimi atau Zahra yang ajar budak ni, sampai tahun depan pun dia tak faham.

Budak dua orang tu cara dorang ajar berbelit so budak yang lambat pick up macam Mai ni takkan faham.

Baik dia yang ajar satu persatu.

Kang budak ni gagal Sejarah, meraung tak henti-henti dia.

"Eh haritu aku tengok kau dengan Aimi serius je buat kerja. Kerja apa tu? Nak kata Math, kau ni cepat mengantuk tengok nombor." soal Afiq setelah beberapa minit mereka berdua mendiamkan diri membuat tugasan.

"Tak. Kitaorang on mission sekarang," ujar Mai sambil tangannya masih lincah membuat tugasan berpandukan sumber rujukan yang telah dicari di internet dan buku-buku ilmiah.

Sesekali tangannya mencapai correction tape untuk membetulkan ayat.

"On mission? What do you mean? Roses kan stop," Afiq masih bertanya walaupun matanya fokus mencari maklumat di google.

"Kau pun tahu yang kitaorang cuma akan beroperasi kalau keluarga kitaorang dapat ugutan,"

"In this case, Rosa lah. Someone bagi ugut bunuh maksu dia. So, we go on our first mission after 2 years 'holiday'." ujar Mai.

Afiq sekadar mengangguk.

Bercakap tentang misi, Mai memandang Afiq.

"Weih. Kau kan under Puan Xia jugak. Ni aku nak tanya. Kau dapat apa-apa kes tak lately?" soalan Mai dibalas dengan gelengan oleh Afiq.

"Asal kau tanya?"

Mai tersenyum senget.

"Afiq-Afiq, kau tau tak yang kau ni hensem? Macho. Segak, bergaya. Semualah!"

Afiq membuat wajah toya. Tahu sangat cara Mai bodek orang.

"Kau baik hati, comel. Lepastu pandai pulak tu! Ka--"

"Apa kau nak?" tanpa menunggu Mai menghabiskan ayatnya, terus dia bertanya.

Mai tersengih.

"Siasat latar belakang Wafiy boleh? Nanti aku bagi kau detail pasal dia,"

"Wafiy mana?"

"Wafiy sepupu Waqiu tu,"

"Waqiu tu siapa pulak?"

Mai menepuk dahi. Lupa pulak yang mamat ni tak tahu Waqiu.

"Nanti lah aku bagitahu kau. Kau tolong eh?" Afiq sekadar mengangguk.









****

"Fasha! Fasha!"

Budak perempuan yang sedang menelaah buku sains itu mengangkat kepalanya. Aimi tersenyum.

"Fasha kan?" Fasha mengangguk. "Nampak Mai tak?"

"Kak Mai kat kantin. Study date dengan Abang Afiq. Kenapa kak?" soal Fasha. Baru sebentar tadi dia menghantar minuman kepada mereka berdua.

Dapat upah RM 2 pulak tu.

Aimi hanya mengangguk.

"Takde apa. Tanya je. Thank you," ucap Aimi sambil tersenyum sebelum berlalu ke kantin.

Dia Amaran Mama!Where stories live. Discover now