#4

7.9K 469 8
                                    

Syafiq mengangkat barang-barang dapur ke dalam. Beg laptop Qaira yang tertinggal pun dia bawa masuk sekali.

Kelihatan Puan Azmah sedang membuat cupcake di dapur.

"Mama memang tak boleh duduk diam kan? Fiq keluar beli barang je. Mama pula sempat buat cupcake?"

Syafiq menggeleng. Kesemua barang dapur diletak di atas meja.

"Fiq lama sangat. Fiq beli barang ke buat barang?" soal Puan Azmah.

"Tadi Fiq terserempak dengan kawan. Kereta dia rosak kat tengah jalan. Fiq tolongla dia. Lepastu hantar dia balik baru balik," kata Syafiq. Beg laptop Qaira yang berwarna pink itu dipegang.

Puan Azmah mengangguk faham. Matanya tertacap pada beg laptop pada pegangan Syafiq.

"Fiq normal kan?"

Syafiq mengerutkan dahinya. "Normal la.. mama yang lahirkan Fiq takkan mama tak tahu," kata Syafiq. Pelik betul mak dia ni?

"Tak lah. Tu beg pink tu. Fiq punya ke?" tanya Puan Azmah.

Dia duduk di atas kerusi. Beg laptop diletakkan di atas meja.

"Mama. Perempuan yang tak suka cakap sopan dengan lelaki ni macam mana eh?" tanya Syafiq. Soalan Puan Azmah tadi dibiar sepi.

"Perempuan tak suka cakap sopan dengan lelaki? Hmm.. boyish ke?" Puan Azmah cuba menjawab.

"Tak. Dia feminin tapi cara percakapan dan layanan dia kat lelaki agak kasar. Lepastu dia suka barang budak-budak. Perempuan macam tu kira boyish jugak ke ma?"

Puan Azmah tersenyum.

"Kalau dia feminin, tapi cara layanan dan percakapan dia agak kureng, biasanya perempuan macam ni jenis yang tough. Tak pun happy-go-lucky? Tapi Fiq cakap dia suka barang budak-budak kan? Barang macam mana tu?" tanya Puan Azmah.

"Sebenarnya, Fiq ada kenal seorang perempuan ni. Baru kenal bebrapa hari yang lepas. Masa tu Fiq tengah beli buku mewarna untuk Anis. Masa Fiq nak ambil buku mewarna frozen, dia ambil buku tu jugak. So, kitaorang berebutlah. Tapi Fiq menang,"

Puan Azmah tersenyum mendengar kata-kata Syafiq.

"Lepastu Fiq beli buku tu. Fiq keluar dari kedai buku then dia jumpa Fiq," sambung Syafiq. Tersengih-sengih dia menceritakan peristiwa kat kedai buku haritu.

"Dia mintak buku tu. Dia sanggup nak bayar semata-mata nakkan buku tu,"

"Jiwa kanak-kanak lah ni?" sampuk Puan Azmah. Syafiq mengangguk.

"Kitaorang bertukar nombor. Lepastu kitaorang terserempak lagi hari ni. Kereta dia lah yang rosak tu. Fiq hantar dia balik sebelum Fiq balik rumah," kata Syafiq.

Puan Azmah tersenyum senget.

"Perempuan macam ni biasanya susah didekati. Dia dapat pikat orang dengan perangai dia. Perempuan ni jenis yang tak suka nak pikat lelaki. Dia ada daya tarikan dia yang tersendiri. Tapi, kalau dia pikat orang, dia takkan lepaskan!" kata Puan Azmah.

"Dia mudah terpikat tak ma?"

Puan Azmah tersenyum lebar. Penuh makna.



****

"Huarghhh! Gila! Mana laptop aku?!"

Qaira menyelongkar beg-beg yang ada di apartment nya. Baru sebentar tadi dia menerima mesej daripada Miss Hyuna berkenaan dengan kes terkini. Kata ketuanya itu, semua maklumat sudah di e-mail kan kepada nya.

Dia Amaran Mama!Where stories live. Discover now