-BAB 1-

28 3 0
                                    

   Della merenung jauh saat Kai menyambut tangan Lizzy lalu menyarungkan sebentuk cincin yang sangat bermakna pada jari manis milik Lizzy. Sayu hatinya apabila melihat kekasih hatinya yang dahulu dicintainya, menjadi milik perempuan lain buat selama-lamanya. Ingin sahaja dia menikam Kai dan Lizzy saat itu.

   Della memejam rapat matanya. Cuba merelakan segala perbuatan yang semakin terlayar berulang kali dalam mindanya. Terasa seperti ingin sahaja dia menghantukkan kepala hotaknya pada meja . Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Kai beberapa minggu yang lalu.

   "Della. Aku nak kata sesuatu. Kau tahu kan parents aku baru balik dari oversea. " Kata Kai perlahan namun masih dapat didengari oleh Della. Della hanya mengangguk walaupun sebenarnya dia keliru apa yang Kai sedang sampaikan.

   "Dorang dah pilih bakal menantu dari oversea. "Jelas Kai dengan selamba. Mata Della membulat tak percaya apa yang baru didengarinya. Namun, dia berharap sangat Kai tersilap kata.

   "Tak faham? Huh! Maksudnya, dorang dah jodohkan aku dengan perempuan lain, yang jelas bukan kau. Nama dia Lizzy, anak kawan papa aku, dari Australia. Get it?" Jelas Kai panjang lebar dengan nada sedikit ceria. Siap beritahu asal perempuan tu sekali.

   Della terkesima. Lidahnya kelu. Otaknya bercelaru mentafsirkan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Kai. Matanya berkaca-kaca. Satu per satu mutiara jernihnya jatuh ke pipi. Dia fikir Kai akan melamarnya. Namun, harapannya sia-sia. Mahligai impiannya hilang.

   Kai hanya memerhati reaksi Della dengan senyuman sinis pada bibirnya.

   "Poor my little baby. "Ujar kai lembut sambil mengusap kepala Della. Della hanya membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu del tiada kudrat untuk menepis.

   "No need to be sad, sayang. I'll invite you as my special guest in my coming wedding."kata Kai sinis sambil menekan 'special guest'. Air matanya semakin deras mendengar kata-kata Kai bersama ketawa sinisnya.

   Tiba-tiba, terasa tangannya seperti sisentuh seseorang dan menyebabkan lamunannya terhenti. 'Kacau daun betul lah! ' rungutnya dalam hati. Della menoleh kearah tuan punya tangan. Della tersenyum pahit melihat sahabatnya.

   "Kau okey? Ke nak pulang? Aku boleh hantar kau pulang. "Tanya Michelle lembut dan dengan nada prihatin. Dia masak benar dengan perangai Della. Dia tahu Della sedang bersedih tapi masih menyembunyikannya daripadanya.

   "Aku okey je. Tak payah nak risau lah. " Jawab Della dengan senyuman kelat walaupun dengan sedikit sebak di dadanya. Michelle hanya tersenyum melihat Della yang berusaha merelakan apa yang telah terjadi antara dia dan Kai.

   Sekali sekala Della menjeling ke arah pengantin. Betapa sakit hatinya melihat Kai dan Lizzy yang sedang bergurau senda di atas pelamin. Terasa kelopak matanya mula panas dan mula berkaca-kaca.

   "Err... Chelle, aku ke tandas dulu eh?" Katanya lalu cepat-cepat dia melangkah meninggalkan meja menuju ke tandas.

   Beberapa minit kemudian Della keluar dari tandas dengan hati yang sedikit tenang. Tak tahu pula dapat cari ketenangan di dalam tandas. Dia berjalan menuju ke arah Michelle yang sedang menikmati juadah di meja. Namun, malang tak berbau. Dia terlanggar seseorang lalu menyebabkan minuman orang itu tertumpah pada gaun Della. 'OH MY GOAT!! BAJU AKU!! ' Kelihatan beberapa mata menyaksikan adegan itu.

   "Maaf... Maafkan saya. Saya salah cik. " Katanya berkali-kali sambil membersihkan kotoran pada gaunnya menggunakan tisu. 'Aduh! Malunya!' Monolognya dalam hati.

   Della hairan tiada balasan daripada orang yang dia tak sengaja langgar. Dia mendongakkan kepalanya untuk melihat dia susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya itu. Kelihatan dua pasang mata sedang memerhatinya bersama senyuman sinis yang menyakitkan bak berjuta-juta pisau tertusuk pada hatinya. 'Kai dan Lizzy!' Terlintas dua nama empunya badan itu. Hatinya kembali sakit. Nafasnya terhenti seketika.

   "Aku ingat kau tak datang tadi. By the way, Babe, ni Della ex I. You ingat tak yang I cerita kat you dulu tu. Ini lah dia. "Kata Kai menekan perkataan 'ex'. Kemudian memeluk pinggang ramping milik Lizzy sambil menjeling tajam bak pisau kepada Della yang masih kaku tidak berkata apa-apa. 

   Ditahan air matanya daripada gugur. Dia tidak ingin kelihatan lemah di depan Kai. Dadanya berombak-ombak menahan amarah yang berbaur sedih. Tiba-tiba kepalanya terasa ringan semacam. Dunianya kelihatan berpusing dan matanya berpinar-pinar. Penglihatannya menjadi kabur, perlahan-lahan menjadi gelap. Akhirnya, tubuh Della rebah bertemu bumi.

 

Matahari Bersinar KembaliWhere stories live. Discover now