"Della dah pulang, sayang? "Tanya Puan Ammy kepada anak sulungnya dengan riak risau. Apa taknya,takde angin takde ribut tetiba je pengsan kat majlis perkahwinan Kai dan Lizzy pula. Terus Puan Ammy mendekati anaknya. Della tersenyum melihat kasih sayang dan keprihatinan mamanya terhadapnya.
"Della okey dah. "Jawab Della dengan lembut. Mereka berjalan beriringan ke ruang tamu. Kelihatan adiknya, Nurynn sedang mengulangkaji manakala ayahnya sedang membaca surat khabar.
"Hah! Pulang pun. Papa ingat dah tak ingat jalan pulang tadi. Anak papa okey dah ke? "Tanya Encik Corey sempat menyelitkan sindiran buat Della. Tersengih Della dibuatnya.
"Kakak dah pulang? "Teriak Nurynn sambil berlari kearah Della. Dia tahu budak 11 tahun itu amat mengasihinya walupun dia hanyalah anak angkat yang dibela sejak kecil lagi dalam keluarga mereka. Ibu bapa Nurynn maut dalam kemalangan kerana bertengkar dalam kereta. Selepas itu, Nurynn yang baru berumur 1 tahun lebih itu dihantar ke rumah mak ciknya. Namun, di sana dia didera oleh mak ciknya sendiri. Akhirnya, mak ciknya dipenjara seumur hidup.
"Della okey pa. Ryn belum tidur? " Kata Della silih ganti antara papanya dengan Nurynn.
"Ryn tunggu kakak. "Jawab Nurynn sambil membuat muka comel. Della mencubit pipi kembam Nurynn.
"Siapa hantar Della pulang? "Tanya Puan Ammy sambil menjenguk halaman dari dalam rumah.
"Jeff yang hantar tadi. Michelle pun ada tadi. Oh ya! Michelle kirim salam. "Jawab Della.
"Kirim salam kembali. Nape tak suruh masuk je tadi?" Soal Puan Ammy lagi sambil menjenguk halaman kembali.
"Dia nak cepat tadi. Dia kena hantar Michelle, so tak sempat lah jawabnya. "Jawab Della panjang lebar.
"Takpe lah. Della pergi mandi. Pastu terus tidur. Nurynn pun tidur. Mama dan papa nak tidur dah ni. "Arah Encik Corey. Della dan Nurynn hanya mengangguk taat menurut perintah. Puan Ammy dan Encik Corey malangkah masuk ke dalam bilik mereka. Della dan Nurynn juga menuju bilik mereka.
"Nurynn tidur dulu. Kakak nak mandi. Tak payah tunggu kakak, okay?" Soal Della lembut kepada Nurynn. Nurynn mengangguk faham.
Beberapa minit kemudian, Della keluar dari bilik mandi hanya berkembankan tuala. Setelah mengenakan pakaian pada tubuhnya, dia membaringkan diri atas katil.
Matanya dipejam rapat lalu dibuka semula. 'Haish! Napa aku teringatkan Andy je ni? Jangan-jangan aku dah tersuka kat dia! Tak boleh jadi ni! ' Katanya dalam hati. Dia membetulkan posisinya. Nasib baik dia dan Nurynn tidur berasingan katil. Kalau tak, pasti tidur budak kecil tu terganggu olehnya. Bak kata pepatah bagai cacing kepanasan.
Beberapa kali dia memusingkan badan untuk melupakan Andy dari ingatannya. Namun, tidak berjaya. Senyuman manis Andy melekat pada otaknya. Macam digam menggunakan gam gajah.
Tanpa disedari, bibirnya menguntum senyuman. Senyuman yang susah untuk ditafsirkan. Hanya dia yang tahu. Degup jantungnya menjadi pantas setiap kali nama Andy terpampang dalam fikirannya. Dia segera menggeleng-gelengkan kepalanya untuk menghentikan lamunannya daripada pergi lebih jauh.
"Awak jahat! Awak buat saya menderita! "Bisik Della dengan sedikit kasar kepada diri sendiri.
Perlahan demi perlahan ingatannya tentang Andy mulai manjadi kabur dan akhirnya hilang.
* * * * *
Dikerlingnya jam tangan. Jarum jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.
Terbit dalam hatinya untuk mendail perempuan itu. Namun, takut pula mengganggunya. 'SMS je lah. ' Monolognya dalam hati.
'Hai awak. I just want to wish you goodnight. Sleep well. <3 Bye. '-Andy
Butang 'send' ditekan.'Eh! Apa aku buat ni? Oh my goat! Dah send! What happend to you dude?'rungutnya dalam hati apabila menyedari tindakannya sebentar tadi. Dia melelapkan mata untuk menghilangkan rasa gementar dan cemasnya.
'Ting! Ting! 'Iphonenya berbunyi manandakan ada mesej. Darah gemuruhnya naik secara mendandak. Menggelabah dia mencapai telefonnya.
Terpapar nama 'Linda' pada skrin telefonnya. 'Laa... Ingatkan siapa tadi. Buat suspen je! Rungutnya lagi.
'Hey dear! Still awake? Nape tak clubbing malam ni? Lama I tunggu tau! 'Andy mengeluh perlahan.
'Hey! I was too exhausted. Let me sleep. See ya! 'Andy mencampakkan telefonnya ke sisinya.
Perlahan-lahan dia melelapkan mata terlena juga akhirnya.

YOU ARE READING
Matahari Bersinar Kembali
Romantizm"You worried? I'm worried. How do I know you're not going to find someone Greek girl? " "You're the only girl for me babe. " "I am sure going to miss you. " "You're going to be all that's on my mind while I work. " "I love you so much. Please wait f...