-BAB 5-

8 1 0
                                    

'Eh? Andy? 'Desis hatinya apabila melihat mesej yang dihantar Andy semalam.

'Hai awak. I just want to wish you goodnight. Sleep well. <3 Bye. ' -Andy

'Thanks Andy. ( ^_^ )' -Della

Selepas menekan butang 'send', dia terus meminta izin Puan Ammy dan Encik Corey untuk keluar.

"Jangan lewat pulang ye. Hati-hati memandu tu. "Pesan Puan Ammy. Della mengangguk faham. Terus dicapainya kunci kereta dan segera melangkah ke arah kereta Honda milik ayahnya. Perlahan-lahan kereta itu dipandu keluar dari perkarangan rumah satu tingkat itu.

Setengah jam kemudian, Della tiba di Pantai Purnama. Dia terus memandu kereta secara perlahan ke dalam kawasan kotak kuning. Selepas memastikan kereta itu terkunci, dia mencari kawasan lapang untuk membuat pemanasan badan sebelum membuat larian anak. Maksudnya jogging la tu.

"Sekali lagi kebetulan. "Sapa satu suara agak garau dari belakang. Della menoleh belakang untuk melihat siapakah empunya suara itu.

"Hai Andy! Tak tahu pula awak ada kat sini. Awak buat apa kat sini? Tanya Della.

"Kita pakai baju sukan, dia tanya kita buat apa kat sini pula. Mestilah nak bersukan. Takkan nak tidur kat sini kot. "Perli Andy dengan tawa. Della ketawa besar mendengar jawapan Andy. Andy senang dengan perwatakan Della yang mudah terhibur.

"Oh. Okey. "Ujar Della menutup malu selepas tawa mereka reda.

'Tak perasan pulak dia pakai baju sukan, singlet dengan seluar sukan paras lutut. Oh my goat! Sexynya! Tergugat imam kite! Dia ni nak bersukan ke apa? 'Monolognya panjang lebar melihat penampilan Andy atas bawah.

"Kenapa awak tengok saya macam nak telan saya je? "Perli Andy lagi. Lamunan Della terhenti apabila Andy menegurnya. 'Alamak! Kantoi pula.' Desis Della dalam hati. Laju Della menggeleng kepala.


Kelihatan seorang perempuan yang berpakaian singlet sukan dan seluar sukan paras paha menghampiri mereka.

"Hai dear! Napa tak gitau I yang you datang awak? By the way, siapa perempuan kampung ini? "Linda mengutuk Della dengan menekankan perkataan 'perempuan kampung' sambil memeluk lengan sado milik Andy. Sempat menjeling-jeling Della dengan tajam.

"Watch out your mouth,Linda! " Tengking Andy dengan nada sedikit perlahan tapi masih dapat dilihat ada kemarahan terselit pada perkataannya sambil menepis kasar tangan Linda. Linda hanya memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.

"Della, sorrylah sebab mulut dia ni takde filter. Kurang hajar sikit. " Kata Andy meminta maaf.

"Eh? My fault? I jealous la okey?! " Rengek Linda tidak mahu kalau dengan nada sedikit tinggi sambil memaut kembali tangan Andy. Dengan cepat Andy menepis.

"Memanglah you yang salah! Mulut tu control sikit! "Tegas Andy dengan kasar. Linda sudah masam mencuka.

"Takpe la. Saya dah biasa. "Ujar Della dengan penuh sopan. Sebenarnya perit juga telinganya mendengar kutukan perempuan yang tak cukup kain tu. Tapi sabarnya masih menggunung.

"Hah! See! She's fine! You pula yang berlebih-lebih kenapa?! "Soal Linda dengan nada tinggi. Nyaring. Sakit telinga Della dan Andy mendengarnya. Andy hanya menjeling tajam ke arah Linda.

"Okey lah. Saya nak jogging dah ni. Bye. "Kata Della lalu perlahan-lahan meninggalkan mereka berdua.

"See you later! "Teriak Andy apabila melihat Della semakin jauh dari pandangan.

"Eh! I kat sini, you buat-buat tak nampak! "Kata Linda gedi sambil memukul bahu Andy.

"So what? You bukan siapa-siapa I pun. "Jawab Andy sinis sambil berlalu meninggalkan Linda yang masam di belakang.

* * * * *

"Ish! Siapa perempuan tu nak kutuk-kutuk aku? Gedi je lebih! Geli aku! Dahla baju tak cukup kain! Kalau kena culik,pastu kena jual baru tahu!"Bebel Della sendirian.

"Dia peluk lengan Andy? Berani dia! Nasib baik aku bukan girlfriend dia. Kalau tak aku lenyek -lenyek muka dia. "Sambungnya lagi.

"Ehem! "Terkejut Della. Terus dia menoleh belakang.

"Eh? Saya ingat awak dah pulang. Mana perempuan tadi tu? "Tanya Della sambil meneruskan larian.

"Dia kata ada urusan sikit. By the way, awak marah saya ke? "Tanya Andy ingin tahu.

"Kenapa pula saya nak marahkan awak pula? Saya sedih sikit sebab Michelle tak dapat teman saya hari ni. Sibuk date lah tu dengan Jeff. "Jawab Della sambil membuat muka. Andy tergelak sikit malihat telatah Della.

"Awak comel gak ye. "Kata Andy terlepas cakap. 'Aduh! Why, mouth?! '
Marah Andy dalam hati.

"Apa awak kata? Tak berapa jelas. " Tanya Della sambil memerhati Andy yang sedikit gelabah.

"Huh? Erm... Saya kata... Tak pe lah. Saya boleh temankan awak. "Kata Andy gagap akibat panik.

"Thanks sebab awak sudi temankan saya. "Kata Della ikhlas dengan senyuman manis pada bibirnya. Andy membalas senyuman Della.

Matahari Bersinar KembaliWhere stories live. Discover now