-BAB 2-

20 2 0
                                    

Terasa tangannya digenggam erat oleh seseorang. Kelopak matanya yang terasa berat perlahan-lahan dibuka.

'Cerahnya. Tempat apa pula ni? Syurga ke? 'Bisiknya dalam hati. Dikecilkan kembali matanya untuk meneliti setiap inci ruang tersebut.

'Eh? Macam hospital je. ' Sambungnya lagi. Kelihatan Michelle sedang nyenyak dibuai mimpi di sebelahnya sambil menggenggam erat tangannya.

"Chelle... Michelle... "Kata Della sambil menepuk lembut tangan Michelle untuk membangunkannya. Michelle menggeliat kecil. Apabila dia menyedari Della sedah sedar, dia bergegas keluar dari bilik untuk memanggil doktor.

Beberapa saat kemudian, Michelle kembali bersama seorang doktor wanita serta seorang pemuda. Doktor wanita itu segera mengeluarkan stetoskop lalu mengenakan alat itu pada kedua-dua telinganya. Kemudian membawa hujung alat ke dada Della untuk memeriksa keadaan jantung Della. Selepas itu, doktor wanita tersebut mencatat sesuatu pada buku rekod.

"Bagaimana keadaan Della,doktor? " tanya Michelle dengan tidak tenang hati.

"Berdasarkan buku rekod, Cik Della dibenarkan dibawa pulang hari ini. " jawab doktor wanita itu dengan tenang.

"Saya kenapa, doktor? " soal Della pula. Dia tidak berapa mengingati apa yang telah terjadi. Dia cuma ingat yang dia sedang menghadiri majlis perkahwinan Kai dan Lizzy.

"Cik Della telah pingsan dan tidak sedarkan diri selama dua jam. Hal ini mungkin berpunca daripada stress atau mengalami tekanan yang berlebihan. Adakah Cik Della mengalami stress atau tertekan? " Tanya doktor. Della teringat kembali peristiwa beberapa jam yang lalu. Raut wajahnya berubah.

"Ya. Sejak akhir-akhir ini saya seeing tertekan. " ujar Della dengan suara sayu.

"Oh. Cik Della tidak boleh terlalu stress. Ia boleh membahayakan kesihatan. Jururawat saya akan memberikan beberapa jenis ubat di kaunter. "Jelas doktor wanita itu sambil menghulurkan sehelai kertas yang mengandungi senarai ubat untuk diambil di kaunter.

"Terima kasih doktor. " ucap Della dengan hati yang lapang.

"Terima kasih doktor. " ucap Michelle pula dengan senyuman lega pada bibirnya. Doktor mengangguk disertai senyuman manis lalu melangkah keluar dari bilik.

"Chelle, siapa mamat tu? Boyfriend baru ke? " tanya Della separuh berbisik.

"Kau pandai-pandai je kan.Aku cili juga la mulut kau ni. Jeff aku nak letak mana? "Bebel Michelle dengan suara sedikit keras.

"Dia ni lah angkat kau masa kau pengsan tau tak?" Jelasnya. Pemuda lingkungan 20an itu senyum sambil menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Della berjabat tangan dengan pemuda itu.

"Saya Andy. "Katanya memperkenalkan diri. Dia juga berjabat tangan dengan Michelle.

"Eh! Kejap! Bukankah awak menyanyi masa wedding tadi? "Tanya Della apabila menyedari bahawa pemuda itu serupa dengan penyanyi di majlis perkahwinan Kai dan Lizzy .

"Ahaha... You caught me. "Jawab Andy selamba.

"Thanks sangat-sangat sebab tolong angkat saya tadi. Untuk balas jasa awak, awak nak apa? "Tanya Della penuh harapan.

"Saya tak nak apa-apa. Erm... Maybe exchange number? "Balas Andy selamba. Berkerut muka Della dibuatnya.

"Alright then. Beri saya number awak. "Della akur dengan permintaan Andy.

"Semoga cepat sembuh. "Kata-kata terakhir Andy sebelum beredar. Setelah itu, kelibat Andy hilang dibalik daun pintu.

"Kau buka lah baju tu. Aku tunggu kat luar. "Kata Michelle lalu melangkah keluar dari bilik. Beberapa minit kemudian, Della keluar dari bilik dengan pakaian yang dipakainya sejak petang tadi.

"Parents aku mana? "Tanya Della ringkas kerana dari tadi tidak melihat kelibat ibu bapanya.

"Dorang dah pulang. Dorang pun ada juga stay lebih kurang setengah jam jaga kau. Aku kesian dekat dorang. Aku suruhlah dorang pulang duluan. "Jelas Michelle panjang lebar.

"Eh,Dell! Handsome juga mamat tu kan? Dahlah macho, gentleman dan sado pula tu! "Ujarnya lagi apabila teringat kembali Andy.

"Berseri-seri muka kalau bab lelaki ni kan. Kenapa? Dah terpikat? Jeff kau nak letak mana? "Perli Della. Michelle hanya menjeling tajam.

Namun, Della juga tidak menafikan apa yang dikatakan Michelle. Andy memang kacak dengan misai dan janggut yang nipis seperti baru dicukur sehingga kelihatan kulitnya sedikit. Kelihatan matang. Senyumannya membuatkan para wanita cair. Terukir senyuman pada bibirnya tanpa disedarinya.

"Hah! Tengok tu! Dia kata orang,dia sendiri dah terpikat. "Sakat Michelle apabila melihat sahabatnya itu senyum-senyum sendiri.

"Perut aku sedang menyanyi lagu Imagination (Shawn Mendes) dah ni. Kita makan, nak? "Della mengubah topik perbualan. Malas dia melayan perasaan sendiri. Michelle tersengih mendengar kata-kata Della. Adakah perut pun boleh nyanyi?

"Hah. Yelah. Dua jam jaga kau, aku pun belum makan. Makan kat restoran je la. "Ujar Michelle sambil membayar bil perubatan Della di kaunter. Setelah mangambil ubat, mereka melangkah keluar dari hospital.

"Ajak Jeff sekali eh? "Tanya Michelle sambil tersenyum penuh makna bagai kerang busuk.

"Suka hati kau lah Chelle. "Jawab Della malas. Kelihatan Michelle menekan-nekan skrin Samsung Galaxynya dan mula mendail.

Matahari Bersinar KembaliWhere stories live. Discover now