1

82 11 3
                                    

Hai nama aku Akihiko Takuya. Aku berumur 18 tahun. Aku tinggal di Osaka , Jepun dan aku bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi  Harusaki yang berhampiran di rumah aku sebagai pelajar tahun ketiga. Sebelum aku menjadi seorang pelajar di sekolah menengah tinggi , Aku menghadapi pelbagai dugaan yang perit yang kena dihadapi.

Pertama , Aku sering kali dibuli oleh rakan aku sendiri selama 6 tahun di sekolah Rendah dan 3 tahun di sekolah menengah rendah. Aku sering kali diejek dan dibuli sampai aku takut berhadapan dengan orang lain. Akhir sekali, konflik yang berlaku antara keluarga aku. Aku asyik disindir oleh adik beradik aku sendiri kerana ibubapa aku sayang aku lebih dari adik beradik aku. Mereka benci aku sampai mereka tak nak bercakap dengan aku. Disebabkan oleh masalah yang aku hadapi , Aku menjadi murung dan sedih sehingga tiada sesiapa yang ingin berkawan dengan aku. Tapi , Aku tetap tabah , menghadapi hidup aku ini dan akhirnya Aku berjaya menjadi sebagai salah satu pelajar yang dapat bersekolah di sekolah menengah tinggi yang berpotensi tinggi iaitu Sekolah Menengah Tinggi Harusaki.

Selepas 3 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi tersebut , kehidupan aku dah banyak berubah. Aku yang mempunyai latar hidup yang sedih bertukar menjadi Indah. Banyak orang yang ingin berkawan dengan aku termasuk dua sahabat baik aku , Tetsuya Wakayama dan Hoshiro Yamada. Aku juga semakin berani berhadapan dengan orang ramai apabila aku dilantik sebagai Ketua Perwakilan Pelajar di sekolah aku. Malah , konflik yang berlaku antara adik beradik aku semakin reda. Adik beradik aku mula bercakap dan menyapa aku dan akhirnya hubungan kami semakin mesra dan bertambah erat . Aku berasa gembira kerana aku sudah bebas dari kesedihan yang aku alami . ALAMAK!!! Maaf aku asyik cerita pasal hidup aku sampai Aku lupa pula pasal cerita cinta aku. Pasal cerita cinta aku pula , panjang ceritanya......

My Love StoryWhere stories live. Discover now