Aku masih tak lupa peristiwa kelmarin. Sampai aku ketawa sendiri kat rumah."Hei kenapa kau ketawa sendiri? Abang sudah gila. Nanti saya panggil ambulans ye , nak hantar abang pegi rumah sakit jiwa." kata Miyako , adik perempuan aku yang bersekolah di sekolah di Sekolah Tinggi Yamazaki di Hokaido. Aku tak pedulikan dia. Tiba-tiba , dia pukul aku menggunakan Kayu Kendo sebab adik aku seorang yang aktif dalam sukan Kendo. Men!!! Jerit Adikku. Kayu Kendo tersebut terkena kepala aku lalu terjatuh dari kerusi. "Miyako!!! Sini kau!!" Marah Aku. Miyako terus keluar dari bilik aku. Aku bangun dari lantai sambil memegang kepala aku. Aku duduk atas katil sambil mengambil Kayu Kendo Miyako. " Hai Miyako Miyako , kau nii memang tak berubah dari dulu. Suka bersaing dengan aku." Kata Aku seorang diri. Miyako satu tahun muda dari aku. Dia selalu suka bersaing dengan aku. Tapi , dia berada jauh dari aku sebab dia tinggal jauh dari aku. Ibubapa kami tinggal di Tokyo sebab ada urusan kerja. Jadi kami hidup berdikari tanpa ibubapa kami. Aku gembira sebab Miyako selalu sayangkan aku meskipun dia tu nakal. Semasa aku memikirkan Miyako tiba- tiba Miyako jerit kat aku , "Abang!!! Jom lah makan. Saya buat daging panggang kegemaran abang." Aku terus pergi ke ruang makan untuk makan malam bersama Miyako. Selepas makan malam , aku menyusun buku untuk persekolahan esok dan masuk tidur.
Keesokan harinya , Aku bangun dari tidur untuk pergi ke sekolah. Aku ambil jam tangan G-Shock aku dan jam menunjukkan pukul 5:45 pagi. Aku terus bergegas masuk ke bilik mandi untuk mandi. Selepas aku mandi , Aku mengambil beg sekolah aku dan turun ke ruang makan untuk bersarapan dengan Miyako. Apabila aku sampai ke ruang Makan , Miyako dah menyediakan French Toast dengan jem strawberry. Selepas bersarapan , Aku pun bergegas ke sekolah. "Miyako , jaga rumah ok. Nanti abang belikan makanan untuk awak. Bye Miyako , sayang adik." Kata Aku sambil mencubit-cubit pipi Miyako.
" Hmm , Yelah abang Takuya." Kata Miyako dengan selamba. Aku terus keluar dari rumah untuk pergi ke sekolah.
Selama 10 minit berjalan dari rumah , Aku sudah sampai ke sekolah. Aku terus masuk ke kelas untuk berjumpa dengan Wakayama dan Yamada. Semasa aku masuk ke kelas , kawan -kawan aku berada dalam kelas tapi aku perasan bahawa Mitsu tiada di Mejanya. "Guys , mana Mitsuzaka?" Kata Aku dengan rakan-rakan sekelas aku. "Oh Mitsuzaka , Dia tak sekolah hari ni sebab dia sakit." kata salah seorang kawan sekelas aku."Apa!!! Mitsu sakit" kata aku. Tiba-tiba Yamada tepuk bahu aku. "Mitsu demam hari nii , dia kata kat aku tadi masa aku hendak pergi ke sekolah." Kata Yamada. Selepas mendengar penjelasan dari Yamada , Aku terus minta alamat dengan Yamada."Selepas tamat persekolahan , aku akan melawat Mitsu." Kata Aku kepada Yamada.
YOU ARE READING
My Love Story
Teen FictionSinopsis : Akihiko Takuya Seorang Pelajar Tahun Ketiga Sekolah Tinggi Harusaki Di Osaka telah bercinta dengan Seorang Pelajar perempuan Baru Dari Tokyo, Namika Mitsuzaka . Kedua - dua mereka mempunyai Kisah Silam masing - masing .Adakah kisah cinta...