Aku pun sudah pulang ke rumah selepas melawat Mitsu. Semasa aku nak masuk ke halaman depan rumah , Aku melihat seseorang. Rupa-rupanya , Miyako telah tunggu aku di depan pintu rumah sambil memegang kayu kendo kesayanganya. Aku menjadi takut melihat Miyako yang garang macam raksasa. " Abang , kenapa lambat balik!!!" Jerit Miyako. Sakit telinga aku dibuatnya. "Miyako, Abang dari melawat kawan abang yang sedang sakit. Kenapa kau marah dengan Abang." Kata Aku. Terus Miyako terus memeluk aku dan dia menangis. "Abang.... Maafkan Miyako. Miyako cuma risau dengan Abang..... huhuhuhu" kata Miyako. "Tak pe Miyako , kau ni ialah adik yang baik. Jawab aku. Lalu aku membawa Miyako masuk ke dalam rumah. Selepas Mandi dan makan malam dengan Miyako , aku masuk ke dalam bilik untuk membuat kerja rumah. "Haish , banyaknya kerja rumah hari nii." Kata Aku. Selepas 2 jam membuat kerja rumah , akhirnya siap. Aku berehat di atas katil selepas membuat kerja rumah. Tiba-tiba aku teringat dengan Mitsu. Aku pun segera mengambil Telepon Sony Xperia aku untuk menchat Mitsu di LINE.
Takuya : Selamat petang , Mitsu
Mitsu : Selamat Petang (///-///)
Takuya : Awak dah sihat?
Mitsu : Ye , demam saya beransur pulih , apa-apapun terima kasih kerana menjaga saya 😄
Takuya : Sama-sama. Oh ya apa kata kita jalan sama-sama pergi ke sekolah esok. Kau mahu ke.😏
Mitsu : Boleh juga😄, sebab saya selalu jalan seorang diri.
Takuya : Ok , Mitsu aku akan tunngu kau di rumah awak.
Mitsu : Baiklah. Oklah saya nak tidur ni. Selamat malam Takuya😆
Takuya : Selamat Malam Mitsu😊
Ini kali pertama aku berchat dengan Mitsu. Selepas aku berchat dengan Mitsu , aku mengemas buku aku ke dalam beg dan pergi tidur.
Keesokan Harinya , Aku seperti biasa bangun awal untuk pergi ke sekolah. Selepas aku menyiapkan diri dan bersarapan dengan Miyako , aku terus menuju ke rumah Mitsu. 10 Minit kemudian , Aku sudah sampai ke rumah Mitsu. Aku melihat Mitsu sedang menunggu Aku sambil mengikat rambutnya yang cantik itu. Aku terus berlari ke arah Mitsu. " Selamat Pagi , Mitsu. Dah lama tunggu." Kata aku dengan tercungap-cungap. " Ta-tak, jom kita pergi " kata Mitsu dengan malu. Lalu , kami pun berjalan bersama-sama pergi ke sekolah. Semasa perjalanan , kami langsung tak bercakap sesama diri. Aku juga melihat muka Mitsu menjadi merah sebab menahan malu. Selepas 10 Minit berjalan , kami pun sampai ke sekolah. "Kita jumpa kat kelas ye Mitsu." Kata Aku. Mitsu hanya mengangguk faham je. Aku pun terus pergi ke bilik perwakilan pelajar untuk mengadakan Mesyuarat dengan perwakilan pelajar.
Selepas Mesyuarat itu tamat , Aku pergi ke kelas. Tiba-tiba aku melihat Mitsu sedang menangis. Aku terus pergi ke arah Mitsu. Apabila aku mendekati Mitsu , dia terus mengelap air matanya yang sedang mengalir di pipinya. "Mitsu awak tak apa-apa" soal Aku. "Saya okey , jangan risau" kata Mitsu sambil mengelap air matanya. Aku terus memegang bahu Mitsu. "Aku tak nampak kau ok sekarang ni. Cuba cakap kat aku , apa masalah kau. Aku boleh tolong." Kata Aku. "Saya Okey Takuya!!! Jangan Risaukan Saya!!!" Mitsu menjerit kat aku. Lalu Mitsu menolak aku jauh dari dia dan terus berlari jauh dari aku. Aku melihat Mitsu menangis semasa dia berlari tadi. "Mitsu...."Kata Aku dengan sedih.
YOU ARE READING
My Love Story
Teen FictionSinopsis : Akihiko Takuya Seorang Pelajar Tahun Ketiga Sekolah Tinggi Harusaki Di Osaka telah bercinta dengan Seorang Pelajar perempuan Baru Dari Tokyo, Namika Mitsuzaka . Kedua - dua mereka mempunyai Kisah Silam masing - masing .Adakah kisah cinta...