VAMPIRE 2 (PART 2)
Pada keesokan paginya pada pukul 12 malam. Ketujuh-tujuh jejaka Vampire itu berkumpul di loteng. Jin telah mengambil kapur lalu melakarkan satu bulatan besar dilantai. Satu lagi bulatan dilukis didalam bulatan besar itu besertakan bintang berbucu 5. Jin juga telah menulis satu tulisan yang tidak difahami dimana tulisan itu merupakan ayat memuja syaitan. Mereka bertujuh duduk mengelilingi bulatan itu. Lilin dipasang dan diletakkan disetiap buju bintang yang dilukis oleh Jin itu dan sedikit darah mereka bertujuh dititiskan ditengah-tengah bintang itu. Permujaan bermula...
Jin membaca mantera dengan kuat sementara yang lain menutup mata sambil memegang tangan antara satu sama lain. Disaat Jin hampir selesai membaca mantera itu, angin disekeliling menjadi semakin kencang.
Wushhh....satu tiupan angin yang kuat menyebabkan lilin yang terbakar itu terpadam. Semua orang membuka mata. Jin telah bertindak untuk membakar semula. Semasa membakar lilin yang terakhir, ketujuh-tujuh jejaka itu terkejut kerana terdapat satu lembaga besar bertanduk seperti tanduk kambing berdiri di tengah-tengah bulatan itu.
''ada apa kau memanggil aku!'' makhluk itu bersuara. Suara yang sangat garau membuatkan masing-masing mendiamkan diri.
Mata makhluk itu berwarna merah menyebabkan mereka bertujuh tidak berani untuk bertentangan mata.
''buang masa sahaja...'' makhluk sudah bosan melihat reaksi mereka bertujuh yang ketakutan itu.
Makhluk itu telah mengubah dirinya kepada lelaki pertengahan umur.
''jadi cepat cakap ape yang kamu semua nak..'' Tanya makhluk itu dengan sopan.
Walaupun mukanya tidak lagi mengerikan mereka bertujuh masih lagi tidak mahu berkata apa-apa.
''kami..se..semua..nak...min...ta perto..longan....''kata V dengan suara menggeletar.
''pertolongan ape?'' Tanya makhluk itu.
''kami semua nak tahu ape yang terjadi sebenarnya kepada Nara semasa saya menikam dia sampai mati dahulu?'' Tanya Jimin dengan penuh berani.
''Nara? Ooo...budak perempuan yang tinggal dengan kamu semua tu...dia hidup balikkan?'' Tanya makhluk itu.
Jimin mengangguk.
''dia ingat kamu semua?'' Tanya makhluk itu lagi.
''tak..'' mereka bertujuh menjawab serentak...
''hahahahahaha......''makhluk itu ketawa besar.
''korang dah bawa masalah besar dekat Nara dan diri kamu sendiri..'' kata makhluk itu.
''masalah?''tanya Rapmon.
''Nara tidak ingat kamu semua kerana masa dia hidup balik..Nara bukanlah Nara yang sebenar-benarnya'' kata makhluk itu.
''maksudnye?'' –V
''masa Nara mati dia telah melangkah kealam roh terlebih dahulu..semasa Jimin menghidupkan semula Nara..roh Nara tak sempat nak masuk semula kedalam jasadnya kerana ada satu syaitan yang sangat teruk perangainya telah masuk kedalam badan Nara...sebab tulah Nara tidak ingat kamu semua kerana dia bukanlah Nara.Nara yang sebenarnya masih didalam roh...merayau-rayau mencari jasadnya kembali.'' Terang makhluk itu.
''jadi macam mana nak kembalikan Nara ke dalam jasad dia semula?'' Tanya Jin.
''dengan salah seorang daripada kamu mesti pergi kealam roh untuk mencari Nara dan mendapatkan dia semula kedalam jasadnya kembali..'' kata makhluk itu.
''aku akan pergi cari Nara'' Jimin menawarkan dirinya untuk mencari Nara kerana semua ini berlaku bermula daripada dia sendiri.
''bagus...kamu mesti mendapatkan Nara sebelum bulan purnama...bulan purnama akan berlaku seminggu daripada sekarang..pintu yang menghubungkan dunia manusia dan alam roh terdapat di rumah yang mana makhluk yang masuk badan Nara berada sekarang ni....''kata makhluk itu.
''sebelum itu..ambil ni *hulur seutas rantai kepada Jimin* rantai ni sangat berharga..rantai ni akan membantu kamu semasa di alam roh nanti....bersatu bila melangkah keluar daripada alam roh itu..'' pesan makhluk itu. Jimin mengangguk faham. Makhluk itu juga telah menghembuskan nafasnya yang kuat kepada mereka bertujuh.
''aku jadikan kamu semua manusia untuk sementara waktu supaya misi mencari rumah makhluk durjana itu menjadi mudah..tapi ingat kamu akan jadi Pontianak semula selepas kamu semua jumpa Nara''kata makhluk itu sebelum menghilangkan.
Naluri kemanusiaan mereka bertujuh kembali. Masing – masing berasa mengantuk teramat-amat kerana jam sudah menunjukkan jam 5 pagi.