Pagi itu sedikit mendung.Pagi-pagi lagi Syed Budreez menghilangkan diri.Kemana?Suatu tempat yang yang pernah menjadi tempat kegemarannya dan Hanis Zalikha suatu ketika dulu.
Di sebuah tasik yang sangat damai dan nyaman.Disana lah dia dan Hanis menghabiskan masa bersama.Mata nya merenung ke dalam tasik yang sering menjadi tarikan para pelancong ketika berada disana.Tenang!Tapi hatinya tidak tenang.Hatinya gundah!Jiwanya kacau.
Tiba-tiba dia rindu pada Hanis.Rasa bersalah pada Zahra semakin menjadi-jadi,setelah dia tahu apa yang menimpa pada Zahra sekeluarga pada hari dia meninggalkan mereka tanpa kata.Patutlah Zahra benci benar pada dirinya.Rasa terbeban sungguh dengan dosa yang telah dia lakukan pada mereka sekeluarga.
Terimbau kembali kemarahan Zahra saat mereka sedang makan tengah hari.Pada mulanya dia sangka kan Zahra marah kerana dipaksa untuk makan tengah hari dengan nya,rupanya dia silap.Zahra memberontak kerana salahnya pada mereka.Zahra marah kerana terlalu memendam dendam hingga tidak terbendung lagi.Melihat tangisan Zahra bagaikan tiada henti,semakin dia rasa bersalah dan berdosa.Bagai tidak tertanggung rasa bersalahnya itu.
Dia harus memohon ampun pada Hanis.Tapi Zahra seakan enggan memberitahu keberadaan Hanis dan kelihatan begitu benci padanya.Malah untuk tahu dimana Hanis berada pun dia buntu.
"I missed you so much Hanis"keluhnya kesal.Di bibir mengata rindu,namun di dalam hatinya seakan bercanggahan.Sungguh dia tidak mengerti dengan diri sendiri saat ini.
Flashback
Zahra zulaikha
"I hate you!sebab you,ibu dan babah tinggalkan I!sebab you kak Hanis terseksa"luah Zahra tiba-tiba.
Syed Budreez memandang wajah Zahra dengan hairan.Tiba-tiba saja Zahra neluahkan rasa benci padanya.Baru saja mereka mengambil tempat duduk,mujur dia membuat tempahan sebuah bilik makan di restoran tersebut.Jika tidak,pasti akan ada banyak mata dan telinga yang memerhatikan pertelingkahan mereka berdua.
"Zahra"panggil Syed Budreez lembut.Dia ingin Zahra sedar sekarang mereka berada di tempat awam.
Dia cemas bila melihat Zahra yang menangis dengan tiba-tiba."Zahra marah sebab abang bawa Zahra lunch ke ni?"soalnya lagi.Bengang seketika.
Zahra berbalas pandang anak mata Syed Budreez.Tanpa dapat di tahan,kolah airmatanya mula pecah.Dia meramas jemarinya dengan kuat dibawah meja.Sakit hatinya menjadi-jadi.Bencinya semakin membuak-buak!Dadanya seakan mahu pecah bila terlalu lama berdepan dengan lelaki yang telah membuatkan hidupnya merana.
"I hate you!!"Luah zahra lagi.Tajam bagai belati dia mengucapkan kata benci itu pada lelaki didepannya.
Syed Budreez terkesima namun cuba berlagak tenang.Dia sendiri mahu tahu kenapa Zahra begitu membenci dirinya.
YOU ARE READING
KAU MILIK KU (ON GOING/SLOW UPDATE)
RomanceON GOING‼️ 'Marriage itself is a gamble thing.some people may win it and some people may lose it!we cant predict it' Bila sebuah perkahwinan yang terbina berlandaskan dendam semata,akankah kebahagiaan akan dikecap hingga ke akhirnya? Berjayakah seor...