PART 10

1.2K 40 7
                                    


Faiq Zayyan hanya menggeleng kecil mendengar nyanyian dan petikan gitar Zahra yang sedang berada di laman rumah mereka.Lagu pun bukan main lagi gadis itu sampaikan sepenuh hati.

Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua

Banggakah dirimu
Kekasihmu sahabatku
Rupanya selama ini
Dia menaruh hati
Kadang kala aku terfikir
Kau berikannya janji yang sama
Dan kau katakan padaku
Sepuluh tahun yang lalu

Oh lelaki
Tak guna kuberikan semua

Faiq Zayyan mendekati tubuh Zahra yang sedang asyik menyanyi sendiri.Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 10.00 malam.Anak ani banar,keluhnya sendiri.

Senyuman Zahra semakin melebar,lagi-lagi bila dia menyanyikan sebuah lagu dari Yuna.

"dear,bukan semua lelaki sama"Tegur Faiq Zayyan sambil tersenyum.Dia pun lelaki,dia sendiri tahu batasnya.

Zahra sudah menjulingkan mata keatas tanda tidak suka diganggu,namun saat Faiq Zayyan memeluk bahunya erat,dia terasa nyaman hingga melentokkan kepala di bahu lelaki itu.Gitarnya turut diambil sebelum di petik mengikut alunan musik yang agak sentimental oleh Faiq Zayyan.

Lama mereka berdua mendiamkan diri,masing-masing melayan fikiran sendiri.

"Menyanyi ala-ala ditipu lelaki,macam dah kena tinggal je."perli Faiq Zayyan sambil tertawa kecil.

Zahra hanya menjeling sebelum bahu Faiq Zayyan di gigit geram.Sampai menjerit kuat lelaki itu.Kepalanya ditolak lembut oleh Faiq Zayyan.Dilihatnya lelaki itu menggosok bahu dengan laju.

"It's hurt okay"Rajuk Faiq Zayyan yang sudah memuncung.Zahra hanya tergelak suka.Rajuk Faiq Zayyan tak lama.

Zahra kembali melentokkan kepala dibahu Faiq Zayyan sambil memandang kedipan bintang dilangit.Keluhan kecil mula lepas.

             "What happen?share...."

Zahra geleng perlahan.Hatinya serba salah saat dilayan bagai puteri sepanjang berada di hospital oleh Syed Budreez.Namun dendam,benci dan amarahnya seakan menghalangnya untuk bertolak ansur.Hatinya pula bagai mengkhianat pada tuan punya badan.Takkan semudah itu dia melupakan apa yang telah lelaki itu lakukan.

             "Dear,Come on,share with me.Syed ada cari you tak?"soal Faiq Zayyan tiba-tiba.

Hairan bila Zahra selama sebulan ini seakan mengelak untuk keluar,bagai takut terserempak dengan lelaki itu.

Zahra hanya mengangkat bahu.Sebulan dia mengelak dari bertemu dengan Syed Budreez,mana mungkin dia tahu apa yang lelaki itu sedang lakukan.Malas mahu fikir.Cukup serabut kepalanya bila mengenangkan segala caci maki dan kata nista dari Puan Marissa,5 tahun yang lalu.

             "Keturunan kami,keturunan baik-baik.Tak ada dalam keturunan kami yang tidak bermaruah,pergaulan ala-ala orang tak ada agama.Keluar masuk rumah lelaki,berdua-duaan dengan lelaki lain. Aku paling tak ingin kalau ada keturunan tak baik datang dalam keluarga aku"Lantang suara Marissa menuturkan kata-kata nistanya pada mereka sekeluaga sebelum mereka meninggalkan kawasan rumah wanita itu.

Kata-kata yang sukar untuk dihadam walau setelah sekian lama.Namun bagi Zahra,peristiwa itu seperti baru semalam menimpa mereka sekeluarga.

KAU MILIK KU (ON GOING/SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now