PART 5

652 37 2
                                    

       Zahra bergegas meninggalkan pusat rawatan kecantikan nya.Enggan membiarkan Faiq Zayyan menunggu lama kedatangan nya.Bukan dia tidak kenal dengan lelaki itu,seorang yang suka menepati masa.Lebih tepat lagi seorang yang punctual!

        Sebaik saja sampai di tempat letak kereta,dia segera memasuki shopping mall disitu.Matanya meliar mencari kelibat Faiq Zayyan.Keluhan kecil mula kedengaran bila kelibat lelaki itu belum kelihatan.Baru saja matanya melirik jam tangan,terasa bahunya dipeluk erat dari belakang.

          "You're late my dear.."Tegur satu suara.

       Zahra tersenyum seraya melangkah sama mengikut langkah kaki lelaki itu.

        "Tadi banyak pelanggan."beritahu Zahra.

     Faiq Zayyan tersenyum,dia mengeratkan lagi pelukan nya dibahu gadis manis itu.

       "I know dear,lunch?"

        "Up to you sayang.."sahut Zahra sambil tertawa kecil.Faiq Zayyan mencuit hidung Zahra geram.

       Mereka segera memasuki sebuah restoran yang berada tidak jauh dari mereka.Langkah mereka tanpa sedar diperhati oleh sepasang mata dari jauh.

         "Apa yang urgent sangat ni sayang?Macam tak sampat nak jumpa kat rumah je." Bebel Zahra tidak puas hati.

Mana tak membebel,lelaki itu menghubunginya mengajak bertemu.Sudahlah dia ada temujanji membuat rawatan pada pelanggan nya,terpaksa dia meminta pada pekerja lain untuk menggantikan dirinya.Nasib baik lah pelanggan nya tidak menolak.

       Faiq Zayyan tersenyum.Zahra didepan nya dipandang penuh minat.Zahra seorang gadis yang suka berterus terang.Perubahan gadis itu sejak 5 tahun yang lalu membuatkan nya tertarik.Dari seorang yang lemah berubah kepada seorang gadis yang cekal.

      Zahra gadis yang cengeng pada suatu ketika dulu,gadis yang patah semangat bila di tinggalkan keseorangan tanpa ada sesiapa pun yang membantu.Disaat gadis itu mengharapkan sokongan dari saudara terdekat,semakin dia disisih.Apalah daya seorang gadis yang hanya berusia 17 tahun yang diduga kehilangan ahli keluarganya dalam sekelip mata.

        Pertama kali bersua,memandang kedalam mata Zahra saja dia faham apa yang gadis itu rasa.Takut!Ya!Zahra takut.Ditambah lagi bila ada saudara terdekat yang mengambil kesempatan untuk membolot semua hak milik peninggalan keluarga gadis itu.Dia segera bertindak.

         Tiada siapa yang tahu kehadiran nya dalam keluarga Zahra selama ini.Tiada siapa yang sedar siapa dia dalam keluarga Zahra.Kerana kehadiran nya itu lah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam keluarga mereka.Dia sendiri belum sempat menerangkan hal sebenar,kerana berada di luar negara ketika keluarga Zahra di timpa musibah.Hadirnya untuk memberi semangat pada gadis itu di saat gadis itu tidak mempunyai siapa-siapa melainkan dirinya.

Tiba-tiba saja terasa seperti ada sesuatu yang basah di wajahnya,kelihatan wajah Zahra Zulaikha yang ceria di ikuti dengan tawa kecilnya.Ditangan gadis itu terdapat sebatang straw,tahu lah Faiq Zayyan,kalau-kalau gadis itu sedang meniup air minuman nya menggunakan straw utk mengenakan wajahnya.

Nakal!Faiq Zayyan tersenyum sendiri.Zahra memang nakal,biar pun gadis itu banyak berubah,namun masih wujud diri nya yang sebelum ini.

"Asyik berangan je.Dah nak kahwin eh?"seloroh Zahra di ikuti dengan tawa kecilnya.

Faiq Zayyan segera menarik pipi gebu Zahra dengan geram.Gadis itu suka mengusiknya.

"Sakit lah sayang"marah Zahra.Pipinya yang terasa kebas sedikit di pegang perlahan.

KAU MILIK KU (ON GOING/SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now