PART 19

525 28 1
                                    

Syed Budreez merenung wajah lena isterinya di sebelah.Sukar untuk dia menyelami apa yang tersemat di dalam hati isterinya tika ini.

Melihat kediaman isterinya saja membuatkan dia terasa sedikit kerdil.Jika dulu,kehidupan Zahra dan keluarganya sangat sederhana,kini perubahan itu jelas ketara.

Wajah tenang Zahra dipandang penuh kasih.Perlahan jemari kasarnya mengelus pipi isterinya.Matanya sukar mahu lelap mungkin kerana berada di tempat yang sangat asing baginya biarpun dikediaman isterinya sendiri.

Bibir Zahra dikucup kecil sebelum dia mula bangun dari pembaringannya.Langkah di hala ke balkoni bilik yang mereka diami saat ini.Perlahan dia membuka pintu,enggan membuat sebarang bunyi.

Punggung nya dilabuhkan dikerusi yang berada di balkoni luar.Sesekali dia meraup wajah.Hati tiba-tiba rasa tidak sedap.Dia seperti dapat rasakan isterinya sedang merancang sesuatu.Bukan baru dia sedari,malah dari awal perkahwinan mereka.Zahra seperti orang asing jika berdua dengan nya.Sesekali sikap isterinya akan berubah mesra bila mereka bersama ahli keluarga yang lain.

"Where are you Hanis?"

Tiba-tiba dia teringat pada Hanis merangkap bekas tunangnya.Sedari awal pertemuannya bersama Zahra,tidak pernah walau sekali isterinya membuka cerita keberadaan kakaknya, Hanis.

Lama dia termangu di situ hingga dia sendiri tersentak saat bahunya di tepuk lembut.Zahra tersenyum kecil sambil melabuhkan tubuh di ribanya.

"Abang tak boleh tidur ke?kenapa?tak selesa?" Soal Zahra seperti perihatin.

Bukan dia tidak sedar saat tubuh suaminya seperti gelisah disebelahnya.Sengaja dia tidak mahu bangun.

            "Tak boleh tidur mungkin sebab tak biasa." Jawab Syed Budreez lembut.Lengan isterinya di elus lembut.Sesekali dia melabuhkan ciuman di sisi kening Zahra.

             "Sorry!" Ucap Zahra entah ikhlas entah tidak.

Syed Budreez senyum.Wajah Zahra yang merenung kearahnya hanya dipandang seketika sebelum dia memandang keadaan luar  rumah Zahra.Rumah yang boleh dikategorikan agak mewah.Selama ini dia hanya membayangkan Zahra berada di rumah teres biasa dua tingkat.

             "Jom masuk,sayang kan tak sihat.Nanti demam lagi,kena angin malam"

Tanpa menunggu jawapan dari Zahra,tubuh kecil itu terus di cempung dan dibawa masuk kedalam bilik.

Mata Zahra mula merenung wajah Syed Budreez tanpa berkelip.Entah mengapa dia suka merenung wajah tampan suaminya saat ini.Jemari halusnya mula bermain di permukaan wajah lelaki itu hingga menerbitkn senyuman kecil di bibir Syed Budreez.Segera jemari itu di tangkap dan dikucup halus sebelum diletakkan di dada.Mata dipejam rapat.

"Sleep!" Kata Syed Budreez lembut.

Zahra patuh.Matanya turut dipejam rapat.Adakalanya terbit rasa bersalah di hati namun cepat-cepat dia menepis rasa yang satu itu.Marissa harus di ajar.Tekad Zahra lagi.Hanya menanti waktu yang sesuai.

Tambahan pula semua rancangan nya sudah diatur dengan lebih teliti.Dan Faiq Zayyan juga tidak mengetahui kesemua rancangan nya.Bukan dia tidak tahu abang itu akan menghalang hasratnya.Leceh!Dan setentunya pasti Faiq akan menghalang rancangan nya.

             "Maafkan segala salah silap Zahra" ucap nya biarpun kalimah itu hanya diungkap dalam diam.

Entah mengapa semakin dia merancang sesuatu,semakin kuat rasa bersalah itu hadir.Puas dia menepis hingga akhirnya dia hampir tewas.Tak boleh!dia tidak boleh mengalah begitu cepat.Semuanya sudah pun tersusun rapi.Tidak lama pun,perut kempisnya di usap lembut.

KAU MILIK KU (ON GOING/SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now