Pagi itu,Zahra tampil ringkas dengan dress hitam yang agak santai tapi masih nampak elegan.Dia melangkah masuk dalam kedai rawatan kecantikkan miliknya dengan perlahan.Setiap sapaan pekerja hanya dibalas dengan senyuman.
Suraya terus menolak daun pintu sebaik saja diarahkan masuk oleh Zahra dari dalam.
"Morning sis lawa"
Zahra tertawa kecil sambil mengeluarkan beberapa buah fail dari kabinet belakang kerusinya.Terlalu banyak dokumen yang harus dia semak,termasuk kedatangan stok produk yang di datangkan untuk kedainya.
Dia tidak suka bila pekerja terlalu formal dengan dirinya,tambahan lagi pekerjanya ada yang berusia dari nya.
"Sis,petang ni ada customer booking buat facial "beritahu Suraya.
Zahra hanya mengangguk,lagipun dia bukan ada janji temu dengan siapa-siapa pun petang nanti.Jadi tak salah kalau dia sendiri yang akan membuat rawatan itu kepada pelanggan yang bakal datang ke kedai mereka.
"Okay,petang ni biar Zahra yang buat facial.Anything else?stok produk okay?"tanyanya sambil bersandar dibelakang kerusi.Tunak matanya memandang telefon bimbitnya yang tiba-tiba bergetar.
Suraya hanya tersenyum."Stok produk kita semua masih okay sis"jawabnya lembut.
Zahra kembali memandang wajah pekerjanya yang begitu setia dengan nya dari awal dia membuka kedai rawatan kecantikan nya."Kak Su,boleh tolong bungkuskan french toast with hot lemon jus dikedai sebelah?"pinta nya.Baru sedar dirinya belum mengambil apa-apa sarapan pagi tadi.
"No problem sis,kalau tak ada apa-apa,saya keluar dulu sis"
Zahra hanya mengangguk.
Selepas peristiwa pertembungan yang tidak disangka kan nya dua minggu lepas,Zahra lebih banyak menghabiskan masanya dirumah dan di cafe sahabat karibnya.Sesekali memang dia akan hadir di pusat rawatan kecantikkan miliknya,hanya menyemak kerja-kerja yang penting saja.
Benci nya pada Syed Budreez semakin membuak-buak,apalagi selepas lelaki itu tahu keberadaannya sekarang ini.
Sementara itu,di kaunter luar ketika Suraya dan Maya sedang mengemas fail-fail untuk Zahra semak di sapa oleh suara lelaki.
"Assalamualaikum.."
Serentak mereka menoleh kedepan.Kelihatan seorang lelaki yang agak segak sedang tersenyum kearah mereka hingga menyerlahkan lagi ketampanan nya.
"Wa'alaikumussalam.."jawab Suraya dan Maya serentak.
"Cari siapa ye?Sebab pusat rawatan ni tak buat perkhidmatan untuk lelaki" tanya Suraya sambil tersenyum.Dalam hati sudah beribu pujian diberikan untuk jejaka didepan mereka tika ini.Selama dia berkerjasama dengan Zahra,inilah kali pertama kalinya dia melihat jejaka itu datang kepusat rawatan kecantikan milik Zahra.
'Teman lelaki Zahra barangkali' bisik hati kecilnya.
Syed Budreez tersenyum kecil.
"Zahra ada?" Tanyanya sambil membuang pandang,meneliti setiap sudut pusat kecantikan milik Zahra.Simple tapi elegan.
"Ada tu ada tapi..."
"Oh,im her fiancé by the way" potong Syed Budreez.Gila!Ya memang dia gila!Gila kerana Zahra.Semakin menggila bila Zahra berani menyembunyikan diri dari nya sejak dari pertemuan pertama mereka 2minggu yang lalu.Tidak sia-sia ada banyak kawan,dari mereka lah Syed Budreez dapat menjejaki keberadaan Zahra.Negara mereka ni bukan besar mana pun,bisik hati kecilnya.
YOU ARE READING
KAU MILIK KU (ON GOING/SLOW UPDATE)
RomansaON GOING‼️ 'Marriage itself is a gamble thing.some people may win it and some people may lose it!we cant predict it' Bila sebuah perkahwinan yang terbina berlandaskan dendam semata,akankah kebahagiaan akan dikecap hingga ke akhirnya? Berjayakah seor...